Sebagai seorang ibu, kita akan mengutamakan semua perkara sehingga terlupa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Bila buat sesuatu, ada masanya melebihi kemampuan diri kerana kita mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta. Jangan lupa untuk beri penghargaan kepada diri sendiri.
Sebagai seorang ibu, kita menjadi tunggak kekuatan keluarga. Andainya seorang ibu jatuh sakit, habis urusan lain akan tergendala. Untuk menggembirakan diri sendiri, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Bila ibu happy, satu keluarga akan turut rasa bahagia.
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
2. Keluarkan Peluh
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
4. Buatlah Apa-Apa Untuk ‘Me-Time’
Jangan sesekali menganggap masa ‘me time’ sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
5. Buat Benda Yang Kita Suka
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada ‘me time’ sendiri.
6. Belajar kemahiran baru
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.
Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi
Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.
Bagi ibu bapa yang tertanya-tanya, adakah selamat ubat gigi berfluorida untuk anak-anak, ikuti perkongsian daripada DR. Izaza, pakar pergigian.
Perlu ke anak saya guna ubat gigi yang ada fluorida?
YE, ubat gigi yang mengandungi fluorida sangat wajib digunakan bagi semua anak-anak yang sudah tumbuh gigi pertama.
Brand apa dan jenis macam mana ubat gigi tu?
Anak yang berusia 2 tahun ke bawah dan tiada masalah gigi seperti gigi berlubang, stained dan sebarang tidak normal boleh gunakan ubat gigi tanpa fluorida.
Kalau anak tak pandai meludah, boleh ke guna ubat gigi fluorida?
Jika pada usia 2 tahun dan ke bawah sudah ada gigi yang rosak, anak-anak wajib gunakan ubat gigi berfluorida
Umur berapa dah kena pakai berus gigi dan ubat gigi?
Jangan takut untuk gunakan ubat gigi berfluorida. Pengawasan orang dewasa sangat perlu setiap kali anak-anak bawah 6 tahun memberus gigi dan menggunakan ubat gigi fluorida
Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun (Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang). Berus dua kali sehari. Penting memberus di waktu malam sebelum tidur.
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan
#doktorgigisihat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangkitan selesema sering menyerang bayi. Biasanya selesema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.
Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan ibu bapa. Bayi yang selesema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.
Apabila bayi yang selesema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut. Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selesema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi yang selesema berhenti dan berisiko meninggal dunia.
Ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba atau pernah dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan masalah selesema pada bayi. Tak salah nak ikhtiar. Mana tau salah satu dari petua ini sesuai.
Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.
2. Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
4. Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
5. Boleh pakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
6. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
7. Sapukan balm yang sesuai dengan usia anak di bahagian dada, belakang dan hidung.
8. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.
Tip Elakkan Jangkitan Selesema
Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.
Sumber: wom magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...