Bila anak menolak nasi, mama perlulah usahakan sesuatu agar anak berselera kembali dengan menu nasi. Nasi pastinya buat perut anak lebih kenyang berbanding pilihan makanan lain yang tidak sihat.
Cara kreatif ibu ini, Rarra Sakura yang dikongsikan di facebooknya wajar mama cuba. Selain dijadikan lempeng, idea kreatif membungkusnya seperti kuih lepat memang awesome. Barulah anak makin teruja hendak makan. Tak gitu? Jom cuba resipi Lepat Nasi Berlauk ini. Memang terbaik!
Arini balik kerje terus siapkan bahan-bahan untuk Lepat Nasi Berlauk untuk si twins. Senang je nak buat. Dah lama dah nak buat. Hari-hari berinovasi dengan nasi rasa best pulak. Sikit pun rasa tak jemu dan penat. Jom tengok bahan-bahan.
Lepat Nasi Berlauk
Mesti ada daun pisang (layur dengan api dulu baru carikkan daun ikut saiz nak bungkus nasi lemak daun pisang atau lepat)
1 mangkuk nasi
1 cawan isi ikan kembung (dah kikis, rebus dulu)
Sayur-sayuran
Sedikit tepung gandum dan tepung ubi (just nak bagi bahan sebati je serta sedikit air)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Gaul semua bahan dalam mangkuk. Tak perlu banyak air dan tepung. Sekadar untuk sebati je.
Ambil sepotong daun (saiz macam nak bungkus kuih lepat. Ambil sesudu atau 2 sudu adunan, letak atas daun dan gulung kemas.
Kemudian kukus sehingga masak.
Ni hasilnya.
Boleh juga buat seperti pancake atau lempeng. Just ambil sesenduk adunan, goreng atau grill atas kuali dengan mengguna sedikit minyak.
Selamat mencuba.
Wow hebatkan. Boleh sediakan dua sajian sekali dalam satu adunan. Anak tak perasan pun. Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI