Jika lampin si manja penuh atau bocor, bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis. Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar. Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham?
Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Ads
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Ads
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Ads
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Ramadan yang cukup bermakna buat Tya Ariffin apabila ‘naik pangkat’ dan bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata setelah dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Mei lalu.
Tya turut menitipkan doa untuk Arif dan Azzahra dan bersyukur kerana memberi kegembiraan untuk seluruh keluarganya.
Harapannya sebagai ibu juga untuk melihat anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti dan berhati mulia.
Wajah Azzahra Iras Muka Arif & Aafiyah
Selepas kehadiran Azzahra, nampaknya Tya mengaktifkan akaun instagram khusus buat anak perempuannya itu. Walaupun baru beberapa hari membuka instagramnya kini pengikut Azzahra dah lebih 61,000.
Dalam satu posting video yang dimuat naik Tya, kecomelan Azzahra dengan memberi senyuman dan berlesung pipit itu membuatkan peminat ibunya geram dan teruja.
Ada yang menyamakan wajah Azzahra mirip muka abangnya dan Aafiyah.
Arif juga seperti faham yang dia dah jadi abang. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh ibunya, Tya sentiasa dekatkan Arif dengan adiknya untuk elak rasa cemburu.
Bagus cara Tya kerana setidak-tidaknya Arif mula faham yang dia sudah mempunyai adik.
Sebelum ini Tya dan suami mengumumkan anak perempuannya itu diberi nama Azzahra kerana ringkas, senang disebut dan maksudnya juga baik.
Tya telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.
Sumber: ig Tya Ariffin & AzzahraJiwaAsyraf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penerbangan yang lama dan jauh dengan anak kecil selalunya akan leceh dan memenatkan. Bagi anda yang merancang untuk membuat perjalanan jauh dengan si kecil, apa kata ikuti tip yang dikongsi Ramona Zamzam ini.
Ramona bercerita tentang topik ini apabila dia membawa anak pertamanya, Ivanna Alashkar, 8 bulan ke Turki. Dia dan suami, Rami Alashkar bekerjasama untuk mengawal dan menjaga Ivanna di sepanjang perjalanan. Ini merupakan kali kedua membawa Ivanna ke luar negara yang melibatkan jarak jauh dan penerbangan yang lama. Berikut ialah perkongsian Ramona;
Ramai yang tanya Ramona how did I handle Ivanna on the long flight, Ivanna meragam ke tak, mcm mana dgn long journey and bla bla bla ?
I must say i’m super proud of her sbb tak cranky & tak byk meragam at all. Tipula tak nangis lgsg, dah la gigi dia tengah tumbuh, ada la juga but not for too long.
#1 PILIH PENERBANGAN WAKTU MALAM I picked a night flight so its easy sbb Ivanna mmg jenis tido mlm so most of the time dia tido je kat dlm plane sbb ngantuk.
#2 SUSUKAN ANAK SEMASA TAKE OFF & LANDING I breastfeed her during taking off and landing utk taknak bagi rasa pressure (i believe most moms who fly mesti tau trick ni).
#3 BAWA MAINAN KEGEMARAN
Time lain bila Ivanna berjaga me & Rami will just try our best to play with her, we purposely bwk a few of her toys (teether, her fav book, kain yg boleh touch mcm2 tu, anak patung kucing).
#4 GUNA BASSINET
We also ordered a bassinet so Ivanna gets her own space time dia tido (walaupun bassinet tu kecik mcm kotak tempat kucing main ?) but it was quite relaxing for me & Rami sbb tak payah nak dukung her all the time on our laps.
#5 CEPAT TEPUK SUPAYA TIDUR SEMULA
A few times she woke up mengigau and nangis sikit but we will cepat2 tap her ass dodoi2 sampai Ivanna tido balik.
Hope my sharing helps! My advice is, jgn takut utk travel dgn baby. Tgh kecik2 ni pun angkut je nanti lama2 they’ll get use to it cuz thats what i did dgn Ivanna.
First time nak naik long flight mmg nervous (i took Ivanna on her long flight pegi Bahrain when she was 4 months), time tu mmg taktau what to expect and penat gila rasanya but lepas first time tu terus ok dah and you’ll know how to handle soooo all the best mummies!! ??
Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul (shallow latch), kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung (tongue-tie/ lip tie),jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya. Pertama sekali, kita perlu mencari punca masalah ini kemudian barulah mendapatkan penyelesaian. Dapatkan bantuan konsultan laktasi bertauliah (IBCLC) jika usaha yang anda lakukan tidak berjaya.
Semasa penyusuan
Susukan bayi pada sebelah payudara yang tidak sakit supaya dia boleh menyusukan dengan lebih lembut pada payudara yang sakit.
Pelekapan ketika ini akan menyakitkan. Tuam ais pada puting untuk mengurangkan kesakitan.
Bereksperimen dengan payudara dan berikan si kecil payudara yang anda selesa dan tidak sakit.
Jika penyusuan secara terus amat menyakitkan, lebih baik susu diperah untuk mengelakkan mastitis dan mengelakkan produksi susu merudum. Gunakan perahan tangan jika perahan menggunakan pam menyakitkan.
Selepas penyusuan
Bilas dengan larutan air garam (saline) supaya payudara tidak sakit. Cara menyediakan larutan saline ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh garam ke dalam gelas berisi lapan oz air bersih. Sediakan baru setiap hari untuk mengelakkan kontaminasi. Anda juga boleh membeli larutan saline yang siap dalam pek individu di farmasi.
Selepas penyusuan, rendamkan, atau pancutkan puting yang merekah dengan larutan saline ini selama seminit.
Elakkan merendam terlalu lama melebihi lima minit kerana ia boleh menyebabkan kulit puting menjadi kering dan lambat sembuh.
Keringkan dengan tisu.
Jika bayi menolak payudara kerana ‘rasa’ puting yang agak masin, bilas dan keringkan puting payudara sebelum menyusukan.
Selepas bilasan air garam
Sapukan susu ibu pada puting untuk menggalakkan penyembuhan.
Sapuan krim atau gel boleh membantu melembap dan memulihkan bahagian terbabit.
Jika ada jangkitan thrush, sapukan dengan salap anti fungus setiap kali selepas rendaman air garam.
Jika perlu, sapukan ubat antibiotik seperti Bactroban/mupirocin, atau Polysporin setiap kali selepas menyusukan.
Ubat sapu seperti Per Hale, Bactroban (mupirocin adalah pilihan paling selamat bagi ibu menyusu). Ubat-ubatan ini hanya boleh didapati melalui preskripsi oleh doktor.
Manakala Polysporin (Polymyxin B Sulfate and Bacitracin Zinc) pula boleh didapati di farmasi tetapi terhad pada bagaian puting sahaja.
Ubat-ubatan ini tidak perlu dicuci sekiranya disapu sedikit sahaja. Tetapi jika sapuan agak banyak, lapkan bahagian terbabit dengan kain lembap.
Antara penyusuan
Udarakan puting sebanyak mungkin. Pastikan juga anda menukar pad payudara sekerap mungkin. Pakai breast shell untuk mengelakkan puting yang merekah lembap dan terhimpit.
Jika anda berasa sakit, letakkan pek ais yang dibekukan bebalut kain pada puting yang merekah selama 20 puluh minit dalam selang masa 20 minit.
Ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) juga penahan sakit yang boleh diambil bagi ibu menyusu.
Gunakan sabun tanpa pewangi bukan anti bakteria untuk membersihkan kawasan yang merekah kemudian bilas di bawah air yang mengalir. Penggunaan sabun pada puting tidak digalakkan pada waktu biasa melainkan ia merekah.
Saksikan Rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif minggu ini setiap selasa pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Maya HD
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!