Musim cuti sekolah ini pastinya ada mak ayah yang mula buntu mencari pelbagai idea untuk membuat aktiviti bersama anak-anak.
Tanpa menggunakan modal yang banyak, anak-anak sebenarnya boleh melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Paling utama pastikan masa mereka di isi dengan aktiviti berfaedah yang baik untuk peringkat usia mereka.
Berikut beberapa idea aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah yang sesuai mengikut peringkat usia dari 3 hingga 10 tahun mengikut kesesuaian aktiviti.
Aktiviti Seni dan Kraf
* Melukis atau mewarna: Sediakan bahan lukisan dan biarkan mereka meluahkan kreativiti.
* Membuat kraf tangan: Buat barang-barang kreatif seperti bunga kertas, kad ucapan, atau mainan dari bahan kitar semula.
* Membaca Buku: Pilih beberapa buku yang menarik dan sesuai untuk umur mereka. Anda juga boleh buat sesi pembacaan bersama untuk merangsang minat mereka terhadap buku.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti mudah seperti mewarna dan membuat bentuk-bentuk dari tanah liat atau kertas warna.
Untuk anak 7-12 tahun: Membuat kraf yang lebih kompleks seperti origami, membuat kad ucapan, atau projek kraf yang melibatkan beberapa bahan.
Ads
Aktiviti di Luar
* Berjalan atau berbasikal di taman: Membawa anak-anak ke luar rumah untuk beraktiviti fizikal dapat membantu mereka kekal aktif.
* Bermain di taman permainan: Mainan seperti buaian, gelongsor, atau memanjat sangat menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Permainan seperti berjalan atau berbasikal di sekitar taman, serta permainan seperti bola, frisbee, atau bermain pasir.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti lebih aktif seperti berbasikal jauh, permainan bola sepak, bola tampar, atau bermain di taman permainan dengan lebih bebas.
Ads
Sains Eksperimen Mudah
*Buat eksperimen sains yang mudah seperti membuat gunung berapi mini atau mencampur bahan-bahan untuk melihat reaksi.
Untuk anak 5-8 tahun: Eksperimen mudah seperti membuat gunung berapi menggunakan baking soda dan cuka atau membuat slime.
Untuk anak 9-12 tahun: Eksperimen yang lebih kompleks seperti membuat roket air, eksperimen fizikal dengan bahan seperti magnet, atau eksperimen kimia asas.
Masak Bersama
Libatkan mereka dalam aktiviti memasak, seperti membuat kek, biskut, atau pizza sendiri. Mereka akan seronok dan belajar sesuatu yang baru.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti masak yang mudah seperti menghias kek, membuat biskut, atau memasak pizza menggunakan bahan siap.
Untuk anak 7-12 tahun: Mereka boleh membantu lebih banyak dalam proses memasak seperti mencampurkan bahan atau mengadun, serta menyediakan hidangan yang lebih kompleks.
Permainan Papan (Board Games)
Main permainan papan seperti Monopoli, Scrabble, atau permainan keluarga lain untuk merapatkan hubungan dan mengasah kemahiran berfikir mereka.
Untuk anak 4-6 tahun: Permainan papan mudah seperti “Candyland” atau “Snakes and Ladders”.
Untuk anak 7-12 tahun: Permainan yang lebih strategik seperti “Monopoly”, “Catan”, atau “Scrabble”.
Tonton Filem Pendidikan
Pilih filem atau dokumentari yang bermanfaat dan mendidik, sambil memberi peluang untuk mereka belajar perkara baru dengan cara yang menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Filem animasi pendidikan yang ringan, seperti “Sesame Street” atau “Dora the Explorer”.
Untuk anak 7-12 tahun: Dokumentari atau filem yang mengajar tentang sains, sejarah, atau alam semula jadi.
Latihan Fizikal di Rumah
Lakukan senaman ringan atau yoga bersama-sama untuk memastikan mereka kekal aktif walaupun berada di rumah. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Paling penting, pastikan aktiviti itu menyeronokkan dan mendidik!
Ads
Untuk anak 3-6 tahun: Senaman ringan yang melibatkan gerakan besar, seperti lompat bintang, menari, atau berjalan seperti haiwan.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti senaman seperti yoga atau latihan kekuatan sederhana yang mereka boleh ikut.
Banyak aktiviti yang boleh disesuaikan dengan pelbagai peringkat umur, dan yang penting adalah memastikan aktiviti itu menarik serta sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa ‘derhaka’ memang wujud pada zaman ini. Mungkin kedengaran agak kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, ungkapan anak derhaka kerana ia cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.
Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Ibu Bapa Derhaka Memang Wujud
Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.
Buat Dosa Pada Anak-anak Tanpa Sedar
1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT
2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN
3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN
4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK
5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN
6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI
7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK
8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN
Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Bercuti dengan anak-anak memang seronok. Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta. Mengapa?
Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadikan percutian lebih happening dan bermakna.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya. Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya. Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.
Dan banyak lagi. Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan akan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan penuh kesyukuran dan nilai kehidupan yang baik, meskipun dilimpahi dengan kemewahan. Begitulah yang dilakukan oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok selepas solat berjemaah bersama anak-anak di rumah, pasangan ini menitipkan pesanan yang cukup mendalam buat lima orang cahaya mata mereka.
Aliff mengingatkan bahawa segala kekayaan yang dimiliki kini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Katanya, anak-anak perlu belajar untuk bijak menyimpan dan tidak terlalu leka dengan kemewahan hidup.
“Jangan terlalu bermegah atau rasa kita ini anak orang kaya. Bila kita mula rasa begitu, kita jadi ego dan boros. Duit yang ada itu simpan, sebab tak mustahil satu hari nanti abah susah dan akan menumpang korang. Jadi berjimat-cermatlah.”
Pesanan itu nyata menusuk hati ramai ibu bapa yang menonton. Malah, Aliff turut mengingatkan anak-anak supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, sambil melihat bagaimana orang lain yang hidup dalam kesusahan.
Selain itu, beliau dan isterinya juga menegaskan agar anak-anak tidak sesekali melakukan perkara tidak senonoh di belakang mereka.
“Kalau nak buat benda tak elok, ingatlah abah dan mama yang penat siang malam cari rezeki. Jangan kecewakan kami,” kata Aliff.
Inspirasi Buat Ibu Bapa
Perkongsian ikhlas daripada pasangan ini nyata memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa. Ramai yang memuji cara mereka mendidik anak-anak meskipun hidup dalam serba kemewahan.
Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita bimbang anak-anak akan terbawa dengan gaya hidup mewah dan lupa nilai sebenar kehidupan. Didikan seperti yang ditunjukkan oleh Aliff dan Shahida ini boleh menjadi contoh bagaimana mendisiplinkan anak dengan penuh kasih sayang, tanpa menafikan nikmat rezeki yang ada.
Pesanan kecil yang diulang-ulang inilah yang akan menjadi bekal anak-anak apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Baby Merangkak Race kembali lagi lagi! Kali ini bertemakan Jungle Adventure, penyertaan terbuka untuk bayi berusia 6-13 bulan. Yuran penyertaan RM30 dan si manja anda akan menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM30 dan goodies istimewa.
Nak daftar, klik je sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/156?title=baby-merangkak-race
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.