Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pengunting rambut kerana membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, lima tahun lalu.
Media sebelum ini melaporkan bayi itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh bayi tersebut.
Ibu mangsa sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit yang mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya dan laporan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala dan tengkoraknya.
Barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan oleh Hazmi Majid, 41, kerana hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.
“Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.
Ads
“Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan,” kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Hazmi bersalah atas keputusan tersebut pada 20 Ogos 2021.
Hazmi, adalah suami kepada pengasuh mangsa, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 November 2018.
Ads
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.
Mulai 1 Mac 2019 , ibu bapa dengan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan tahun satu pada tahun 2020/2021 sudah boleh isi borang permohonan pendaftaran sekolah di public.moe.gov.my.
Ada yang beritahu, mereka tidak faham istilah dalam buku rekod imunisasi anak-anak kerana ditulis singkatan sahaja berbanding borang atas talian yang diisi penuh nama jenis imunisasinya (Rujuk Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3).
Untuk memudahkan ibu bapa, Jururawat Terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah menerangkan maksud satu-satu huruf di dalam buku REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK-KANAK 0-6 TAHUN (Pink = Perempuan, Biru = Lelaki).
BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
DTap
D – Difteria
T – Tetanus
P – Pertusis
DT
D – Difteria
T – Tetanus
* Ni isi kat ruang dos tambahan.
Hib
Haemophilus Influenzae type B.
MMR
M – Measles
M- Mumps
R – Rubella.
MR
M – Measles
R – Rubella
* Ni isi kat ruang dos tambahan
JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
Anda perlu tahu:
Bagi anak-anak yang lahir pada 2013 dan 2014, ruang dos 2 untuk MMR itu tidak perlu diisi kerana HANYA jadual imunisasi baru yang dikeluarkan pada 2016 mempunyai MMR dos 2 (Rujuk Gambar 4)
Dalam rekod atas talian, setiap imunisasi MEMANG diasingkan satu demi satu dan tarikh setiap imunisasi diberi adalah SAMA. Ramai yang keliru disini tapi jangan pelik pula bila tarikh yang akan diisi adalah sama bagi setiap set imunisasi.
Dos tambahan dan BOOSTER adalah dua benda yang SAMA.
Semoga posting ini memberi manfaat kepada ibu-bapa yang akan mendaftarkan anak-anak untuk sesi kemasukan tahun 1 pada 2020 dan 2021.
Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas dia dilahirkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa wabak itu boleh berjangkit ketika bayi di dalam rahim.
Difahamkan bayi tersebut adalah mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti virus maut yang telah meragut hampir 500 nyawa sejak virus itu ditemui tahun lalu.
Menurut laporan penyiar CCTV, dua bayi telah dijangkiti wabak Wuhan dengan mangsa paling muda hanya berusia 30 jam.
“Ibu bayi baru lahir itu adalah pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus. Buat masa ini, tanda vital bayi stabil,” katanya.
Doktor kanan di jabatan neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr. Zeng Lingkong berkata, kes itu adalah isyarat bahawa semua harus prihatin mengenai kemungkinan laluan penyebaran baharu koronavirus.
“Wanita hamil perlu menjauhi pesakit yang dijangkiti,” katanya.
Difahamkan, Hospital Kanak-Kanak Wuhan telah mengasingkan kawasan untuk merawat wanita hamil dengan mereka yang disyaki. – Agensi
Gara-gara nak record momen bersalin, Mawar Rashid rasa nak pregnant lagi tatkala si kecil Raden Muhammad Rafael baru cecah sebulan.
Memang menjadi kebiasaan ibu-ibu hilang sakit bersalin, akan rasa rindu ingin mengandung lagi. Apatah lagi apabila mendapat layanan yang baik sepanjang hamil, bersalin & berpantang.
Mawar yang baru bersalinkan bayinya Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu menyuarakan rasa hatinya apabila dia ingin merekodkan momen bersalin.
Para peminat mengakui memang perasaan itu akan dirasai para ibu. Selepas tahu keindahan proses bersalin, rasa rindu untuk hamil semula. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini.
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!