“Buruknya Van Dia”, Terpantul Dari Mulut Anak. Cara Ibunya “Sekolah”kan Anak Tentang Kehidupan Sangat Menarik

Share

Anak-anak kecil ibarat kain putih, ibu bapa la yang perlu mencorakkanya. Tanpa didikan dan teguran yang betul, maka rosak lah tingkah laku anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan cara orang dewasa. Apa yang menariknya, Puan Insyirah Solehah telah berkongsi situasi dimana seorang ibu telah menunjukkan contoh yang baik terhadap anaknya. 

Dalam MRT, adik perempuan pegang Asif atas riba. Destinasi masih jauh jadi saya buka carrier.

Sampai di satu stesen masuk sekeluarga bangsa Inggeris, ada 2 orang anak perempuan. Anaknya pandang saya terkebil-kebil. Lalu beritahu pada ibunya.

“Ibu, dia pakai macam orang Arab.”

Ibunya pun angguk-angguk tengok saya.

“Ibu, adakah dia orang yang baik?” Sambil dia masih pandang saya. Huhu.

“Ya, dia orang yang baik.”

Tak lama kemudian saya ambil Asif dan masukkan dalam carrier.

“Dia orang yang baik, dia ada bayi.” Ibunya masih berbual dengan anak perempuan.

Kagum la juga saya.

Untuk mengatakan seseorang itu jahat atau baik bukanlah susah pun tetapi ibunya memilih untuk mendidik anaknya dengan sikap berbaik sangka pada orang. Mungkin anaknya takut tapi dia cakap dengan positif.

Seorang ibu, selalu jadi tempat rujuk anak-anak. Maka mahu atau tidak, tetaplah sekolah pertama untuk anak adalah ibunya yang menerap nilai kebaikan dan melihat potensi anak-anak. Apa sahaja kelulusan pelajaran seorang ibu, tetap seorang ibu adalah pintu kebaikan untuk mendidik anak.

Semasa isi minyak di stesen minyak ada sebuah van sudah uzur mengisi minyak.

Anakanda Amri pun cakap.

“Buruknya van dia.”

Lalu saya tanpa menunggu, ‘sekolah’kan beliau tentang kehidupan.

Perlu rasa empati pada orang lain. Mungkin van itu sahaja yang dia ada untuk kegunaan. Tak boleh sesekali kita hina barang milik orang, nanti Allah hinakan kita semula.

Apa sahaja yang kita ada, semuanya pinjaman. Bila Allah nak tarik, tak perlu tunggu sesaat. Jauh lebih singkat dari waktu tersebut pun Allah boleh ambil semula.

Tekankan berkali-kali tanpa jemu untuk bersyukur. Apa yang kita ada, perlu bersyukur. Syukur boleh dizahirkan dengan berkongsi (sedekah) kepada orang lain.

Masih banyak kelompangan tarbiyyah pada anak-anak dan masih banyak perlu dibaiki.

Adab dan akhlak, itulah yang paling mahal pada masa sekarang.

Sumber: Ummu Amir,
Cantikkan akhlak itu jihad.

Published by
NuFa