Busy Board Boleh Buat Anak Lupa Gajet, Leka Bermain Sambil Belajar
Busy board adalah antara alternatif permainan yang mampu mengalihkan perhatian anak-anak pada gajet. Jika diperhatikan sekarang ini anak-anak lebih banyak terdedah dengan gajet.
Biasanya bila duduk dalam rumah, televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan. Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan diri anak.
Sepatutnya anak perlu melakukan aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor halus dan kasar serta kemahiran deria. Berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain, itulah yang seeloknya dilakukan.
Kanak-kanak kecil harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi. Namun disebabkan kekangan waktu terutama bagi ibu yang bekerja, semua itu tak dapat dilakukan.
Jadi bagi memberi rangsangan untuk anak, pilihan busy board salah satu cara untuk elak ketagihan gajet. Apakah itu busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di luar negara dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau lembam. Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh bagaimana untuk membuka mangga mengunakan kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam lagi. Di samping itu, ia juga mampu membentuk anak yang lebih kreatif, kritis dan inovatif.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas atau apabila anak anda sudah belajar untuk duduk dan menunjukkan minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Berikut perkongsian Puan Suhaiza Sa’at yang membuat busy board buat anak-anaknya dengan cara mudah. Busy board ini terpulang kepada ibu bapa nak letakkan barang apa, asalkan memberi keseronokan pada anak.
Busy board yang dihasilkan oleh Puan Suhaiza Sa’at ini terhasil daripada kertas kadbod 2 lapis.
Busy board terdiri daripada:
-zip
-snap button
-tali pinggang
-ring
-velcro
-selak pintu
-selak pintu macam pintu hotel tu (sorry tak tau nama) – buka pintu, ada gambar famili
-roda 3
-lampu pulas
-keyboard
-cermin
-tutup botol (penutup attach dgn botol via tali)
-towel bulu
-rumput tiruan
-span basuh pinggan
-lampu tekan
-opener kotak susu
-opener wipes (bila buka, ada gambar anak2)
-container ubat
-pompom track by tissue role
Sekurang-kurangnya dalam 30 minit anak bermain dengan busy board ini cukup untuk melatih kemahiran motor, selain memberi masa dan ruang untuk ibu melakukan kerja rumah. Cubalah!
Kredit: Suhaiza Sa’at & awal.my