Ketika di hujung minggu, sesekali ubah kelainan pada citarasa anak-anak dengan menyediakan Buttermilk Chicken. Rasa lemak-lemak bersalut ini buat anak suka. Makan bertambah-tambah gitu.

Resipi perkongsian Puan Umairah Jumaah ini memang ekpress dan nampak sedap serta mengiurkan. Langkah demi langkah yang disediakan memudahkan ibu mengikutinya. Jom cuba.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

Buttermilk chicken untuk anak-anak yang dah boleh mengunyah. Below 2 years pastikan guna unsalted butter.

Ini antara menu mudah bagi ibu-ibu sediakan untuk anak-anak. Rasanya sedikit berlemak pasti memikat hati si cilik. Baunya pulak wuuhuuu cukup membuatkan seisi rumah terangkat.

Tanpa berlengahkan masa. Ayuh kita ke dapur masing-masing. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Kita guna bahan-bahan yang mudah didapati saja. Kemungkinan besar dah tersedia kat dapur pun.

Bahan-bahan:-

Ayam (potong kecil mudah anak nak makan)
1-2 cawan tepung jagung
1-2 cawan Susu – fresh milk / susu tepung / susu cair
25g butter
1-2 ulas bawang putih dicincang
Daun kari – kalau nak guna tiada paksaan. Sebaiknya gunalah sebab ia sumber kalsium yang bagus.

Sebelum itu, ampun maaf dipinta. Bahan-bahan tak sempat diajak bergambar bersama. Semua tak sabar nak dimasak. Jom tengok cara-cara lebih lanjut di setiap gambar yang ada.

IKLAN

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

1. Salut ayam dengan tepung jagung. Kak Mai suka guna isi ayam. Sebab masak menu ini saja yang buat isi ayam laku. Kau orang kalau nak guna ketam,sotong, udang atau apa saja terpulang.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

2. Panaskan minyak. Lalu goreng. Dah masak angkat dan toskan.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

IKLAN

3. Di dapur sebelah pula kita cairkan butter. Untuk anak-anak bawah 2 tahun. Pastikan guna UNSALTED BUTTER.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

4. Tumiskan bahan-bahan yang ada. Bawang putih dan daun kari sehingga naik aromanya. Daun kari tu tak wajib letak. Tapi bila letak lagi aump! Juga ada nutrisi baik untuk badan anak-anak.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

5. Masukkan susu. Terpulang nak letak 1 cawan atau 2 cawan. Kalau nak berkuah sikit letak 2 cawan. Adjust la sendiri yo. Kak Mai guna fresh milk pada ketika ini.

IKLAN

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

6. Masukkan tepung jagung. Kak Mai guna dalam setengah sudu saja. Pun boleh adjust ikut selera masing-masing. Kemudian jangan dilupakn watak utama tadi. Ayam yang dah siap digoreng.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

Angkat sikit untuk sesi bergambar. Kuah dah mula kental. Dah boleh tutup api dapur.

Buttermilk Chicken Untuk Anak, Lemak Bersalut, 6 Cara Ekpress Mama Perlu Ikut!

 

Tadaaa. Amacam

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI