BZU BZU, jenama penjagaan keluarga terkemuka, meneruskan komitmennya untuk memberikan impak positif kepada masyarakat melalui siri inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Inisiatif ini memberi tumpuan terhadap membantu komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan melalui kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan tisu basah antibakteria BZU BZU.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan
Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, En. Raphael Jiang dan pasukan BZU BZU mengagihkan tisu basah kepada komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur

Inisiatif ini selaras dengan pegangan BZU BZU bahawa keperluan asas kebersihan diri perlu diberi akses kepada semua tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Sehingga kini, BZU BZU telah menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak 30,000 unit tisu basah antibakteria BZU BZU, bernilai RM 350,000 kepada NGO tempatan seperti Suriana Welfare Society, The Hope Branch, Kechara Soup Kitchen, MERCY Malaysia, SHELTER Home For Children, dan Agathians Shelter. Inisiatif ini masih berterusan di mana lebih banyak NGO tempatan dapat menerima manfaat daripada usaha ini.

Inisiatif program CSR BZU BZU pertama kali diperluaskan kepada Suriana Welfare Society di mana BZU BZU mengedarkan tisu basah antibakteria kepada komuniti kurang berkemampuan dengan keadaan hidup susah di Kawasan Rukun Tetangga, Pangsapuri Taman Desa Ria Fasa 1. BZU BZU juga menyertai sesi pengedaran The Hope Branch di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit dan membantu mengagihkan tisu basah antibakteria bersama bungkusan makanan kepada komuniti gelandangan di sana.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan
MERCY Malaysia mengagihkan tisu basah antibakteria  BZU BZU untuk Misi Outreach Mobile Clinic mereka

BZU BZU menyedari cabaran unik yang dihadapi oleh komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan dalam mendapatkan akses mudah kepada keperluan asas kebersihan diri seperti air bersih dan kemudahan sanitasi. Dengan tisu basah antibakteria ini, ia dapat membantu penjagaan kebersihan diri mereka dengan membunuh 99.9% kuman dan lembut terhadap kulit.

Tisu basah BZU BZU ini mendapat pensijilan Halal dan diformulasikan khas untuk kulit bayi yang lembut. Selain itu, tisu ini dicampur dengan Ekstrak Okura yang membantu melembapkan dan melegakan kulit, serta ekstrak artichoke yang dapat memberi kesan kulit yang lebih cerah dan segar.

Kandungan bermanfaat ini dapat membantu komuniti kurang berkemampuan ini – terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak – dalam mengekalkan kebersihan diri tanpa merosakkan kulit mereka.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan
Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, En. Raphael Jiang menyertai sesi pengedaran The Hope Branch di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit

Ketua Pegawai Eksekutif, En. Raphael Jiang berkata, “Pada masa di mana kebersihan yang baik menjadi keutamaan kesihatan, tisu basah antibakteria dapat menjadi tambahan penting. Inisiatif CSR ini menandakan bahawa tiada seorang pun diabaikan dalam hal menjaga kebersihan, yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan keseluruhan kebersihan masyarakat. Dengan menerajui kempen ini, kami ingin menekankan kepentingan keperluan asas kebersihan diri untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat bagi mereka yang memerlukan.”

BZU BZU, Produk Berkualiti & Bagus Untuk Anak!

BZU BZU – berasal daripada perkataan Perancis ‘Bisou’ yang bermaksud ‘ciuman penuh kasih sayang’ – ialah jenama penjagaan keluarga dari Singapura, yang diasaskan pada 2019 ketika pandemik dengan matlamat untuk mencipta produk penjagaan kanak-kanak dan keluarga untuk setiap golongan usia menggunakan bahan-bahan semula jadi dan berkhasiat yang berkesan dan selamat digunakan pada kulit sensitif.

Semenjak itu BZU BZU telah mengembangkan populariti dan keyakinan dalam kalangan ibu-ibu Malaysia, merangkul anugerah termasuk 2021 Supermom Awards untuk Penjagaan Kulit Terbaik untuk Bayi, memenangi dua kategori dalam anugerah 2021 BabyTalk Reader’s Choice Awards dan terkini, dianugerahkan sebagai Penjagaan Kulit Sensitif Bayi Terbaik daripada Motherhood Choice Awards 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://bzubzu.my/

Hebatnya Losyen Pelindung Cahaya Matahari BZU BZU, Pembungkusan Boleh Tukar Warna! 

Losyen Pelindung Cahaya Matahari BZU BZU dengan pembungkusan berubah warna. Berbeza dengan losyen pelindung cahaya matahari konvensional, losyen ini akan mengalami transformasi apabila terdedah kepada sinaran matahari.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan

Payung mini pada tiub Losyen Pelindung Cahaya Matahari BZU BZU berubah dari warna beige ke merah jambu, menandakan kepentingan penggunaan losyen pelindung cahaya matahari. Ciri menarik ini mengukuhkan mesej yang disampaikan bahawa penggunaan losyen pelindung cahaya matahari adalah penting untuk perlindungan utama terhadap matahari dan sinar UV yang berbahaya sepanjang hari.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan

Losyen Pelindung Cahaya Matahari BZU BZU mempunyai formulasi unik yang memanfaatkan sifat semulajadi Aloe Vera Juice dan Portulaca Extract untuk mencipta pelindung UV yang berkesan. Aloe Vera Leaf Juice yang kaya dengan sifat anti-radang dan antioksidan yang membantu mengekalkan kelembapan, meredakan kulit yang kerengsaan, dan melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi matahari.

BZU BZU Salur Sumbangan Tisu Basah Antibakteria Bernilai RM 350,000 Bantu Golongan Memerlukan

Manakala Portulaca Extract pula dapat membantu menghidratkan kulit dan menjaga kelembapannya sepanjang masa kanak-kanak bermain. Losyen ini juga mempunyai SPF 30 PA+++, tanpa paraben, formaldehid, dan alkohol.

Produk mesra kanak-kanak ini mengandungi bahan yang melembabkan kulit dan anti-radang seperti Aloe Vera Leaf Juice dan Portulaca Extract. Produk ini boleh didapati dalam 40 ML dengan harga RM29.90 di Watsons, HealthLane, Babyshop, dan Big Pharmacy. Losyen Pelindung Cahaya Matahari BZU BZU juga boleh didapati di BZU BZU Malaysia Shopee dan Lazada.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI