Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu ayah seharusnya menyediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Salah satunya adalah menyediakan simpanan untuk pendidikan mereka. Anak-anak boleh dilatih sedari mereka kecil untuk membuat simpanan sendiri. Macam mana tu?
Bukan sahaja ibu ayah, tetapi anak-anak juga boleh diajarkan untuk mula menyimpan sejak mereka kecil. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar menghargai nilai duit.
Bagi menggalakkan anak-anak untuk membuat simpanan sendiri, SSPN X PA&MA telah mengadakan sebuah peraduan yang dipanggil CABARAN RM10 SSPN X PA&MA. Caranya mudah saja! Berikan anak-anak RM10.00 dan berikan mereka kebebasan untuk menggunakan duit itu.
Anak-anak bebas untuk membelanjakan duit tersebut, tetapi harus ada simpanan juga. Menarik kan?
Cara nak sertai :
- Pergi ke laman Facebook Pa&Ma untuk mendapatkan template seni khas untuk peraduan ini.
- Muat turun dan cetak template tersebut.
- Minta anak-anak untuk hiaskan template seni tersebut mengikut kreativiti mereka. Boleh tulis, tampal gambar, lukis atau buat apa sahaja supaya template tersebut nampak menarik.
- Kemudian ambil gambar template seni tersebut. Muat naik di laman Instagram anda atau mereka sendiri dengan menggunakan tanda pagar:
#cabaranrm10sspnxpama
#kempenbukbukubaru
#lovesspn
#majalahpama
Senang saja bukan? Dengan cara ini anak-anak dapat menyimpan duit dengan cara yang lebih kreatif. Mereka juga bersemangat untuk kekal konsisten menyimpan kerana mendapat sokongan penuh dari ibu ayah.
Salah satu contoh cara anak-anak boleh hiaskan template seni ini. Kreatif!
Template seni paling menarik akan dipilih sebagai pemenang. Nak tahu apa hadiahnya?
Tempat pertama – Akaun SSPN bernilai RM250
Tempat kedua – Akaun SSPN bernilai RM150
Tempat ketiga – Akaun SSPN bernilai RM100
10 x hadiah saguhati – Akaun SSPN bernilai RM50
Jangan tunggu lagi, muat turun template seni di SINI sekarang dan sertai peraduan CABARAN RM10 SSPN X PA&MA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI