Setiap detik kehamilan adalah momen yang penuh makna dari degupan jantung pertama si kecil hingga harapan yang menggunung tinggi untuk meniti masa depan. Kini bagi meraikan bakal ibu di Malaysia CARiNG Pharmacy membawakan satu peluang istimewa untuk meraikan perjalanan luar biasa ini.
‘Mom-to-be Moments Giveaway’ adalah kempen yang dikhususkan buat semua bakal ibu di Malaysia dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟎𝟎𝟎 yang menanti pemenang! Bersedialah untuk dimanjakan dan dihargai sepanjang fasa kehamilan anda.
Hadiah Lumayan Bernilai RM25,000!
Anda berpeluang menangi hadiah yang lumayan dalam Mom-to-be Moments Giveaway ini, antaranya:
Hadiah Pertama: Pakej Penjagaan Berpantang bernilai RM10,000 untuk 1 pemenang
Hadiah Kedua: Fotografi Potret Bayi bernilai RM1,499 untuk 3 pemenang
Ads
Hadiah Ketiga: Pakej Pilates Pascabersalin benilai RM1,000 untuk 3 pemenang
Hadiah Saguhati: Set Pemulihan CARiNG bernilai RM800 untuk 5 pemenang
Cara Penyertaan ‘Mom-to-be Moments Giveaway
Nak sertai? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Hantar 3 resit pembelian (min RM50 setiap satu) daripada mana-mana outlet CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy 2. Lampirkan gambar jelas kad temu janji antenatal anda sebagai bukti kehamilan 3. Isi borang penyertaan di pautan berikuthttps://bitly.cx/LJo4I Penyertaan terbuka hanya kepada ibu hamil warganegara Malaysia.
Ads
Tempoh Peraduan
Tempoh peraduan bermula dari 1 Mei – 25 Mei 2025, dan yang menariknya, resit pembelian yang bertarikh seawal 1 April 2025 turut diterima untuk penyertaan! Jadi, jika anda sudah membuat pembelian di CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy sejak 1 April, pastikan anda simpankan resit tersebut.
Kumpulkan 3 resit pembelian bernilai minimum RM50 setiap satu, dan anda sudah layak untuk menyertai Mom-to-be Moments Giveaway! 🎉 Anda juga boleh jejak pembelian anda melalui Caring Membership App lebih mudah dan tersusun!
Siapa Layak Sertai? Hanya Untuk Ibu Mengandung Sahaja
Ads
Peluang ini eksklusif untuk bakal ibu sahaja, kerana anda berhak diraikan! Tak perlu jadi influencer, tak perlu viral, cukup sekadar anda seorang ibu mengandung yang membuat pembelian di farmasi yang tersenarai. Paling best pemenang akan dipilih secara rawak, jadi semua orang ada peluang yang sama rata!
Syarat Mudah, Ganjaran Luar Biasa
Syarat-syarat adalah seperti berikut ✔ Warganegara Malaysia ✔ Sedang hamil semasa penyertaan dihantar ✔ Hanya satu penyertaan untuk setiap peserta ✔ Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik Para pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 4 Jun 2025
Jangan Lepaskan Peluang, Ini Saat Anda Bersinar Sebagai Ibu Hebat
Jadi apa tunggu lagi bakal ibu sekalian? Inilah masa untuk anda dihargai, disayangi dan diraikan dengan penuh gaya! ‘Mom-to-be Moments Giveaway’ bukan hanya tentang hadiah tapi tentang menyambut fasa kehidupan baru dengan penuh penghormatan.
Sertai sekarang dan jadikan kehamilan anda lebih bermakna dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai ribuan ringgit.
Perkembangan anak kecil kita jadi kurang menarik tanpa kenangan untuk diingati disepanjang hidupnya. Momen anak merangkak salah satu perkembangan yang amat menarik dan penuh cabaran.
Bagi menambahkan lagi keghairahan anak merangkak, Pa&Ma dan Simpan SSPN sekali lagi tampil menganjurkan program Baby Merangkak Race 2022 yang diadakan setiap tahun.
Program Baby Merangkak Race 2022 ini turut diadakan bersempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 atau BMS2022 yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Oktober ini.
Memilih lokasi di Sunway Velocity Mall, Karnival Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 bersama Simpan SSPN ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk Merangkak Race bersama Pa&Ma.
Apa yang menariknya, penyertaan kali ini turut membawakan tema Superhero yang menjadi lambang kekuatan ketika anak-anak merangkak.
Seramai 50 peserta yang terdiri dari bayi berusia lapan hingga 12 bulan akan mempamerkan aksi dan kegigihan masing-masing di pentas lawan.
Terdahulu, lima puluh peserta cilik ini akan dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut nama-nama adiwira kegemaran ramai.
Peserta kemudiannya dilepaskan untuk berentap dan disitulah lima peserta akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Peserta bukan hanya dinilai dari segi kepantasan masa merangkak bahkan daya kreativiti sepanjang berlumba.
Paling menarik, lima peserta ke peringkat akhir akan bakal memenangi akaun simpanan bernilai RM50 hingga RM250. Manakala pemenang kategori khas akan membawa pulang hadiah kemenangan RM200 ke dalam akaun. Memang menarik.
Karnival Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022
Tidak hanya Baby Merangkak Race, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari ini.
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang tiga hari ini termasuklah penampilan istimewa Meet & Greet bersama Ejen Ali & P&T Simpan SSPN.
Acara bertambah meriah dengan kehebatan hos Bell Ngasri, Fizi Ali dan Sarancak yang turut menggamatkan suasana sepanjang tiga hari ini.
Antara aktiviti menarik sepanjang tiga hari ini adalah seperti pertandingan mewarna, pertandingan Puzzle Simpan SSPN, pertandingan Action Song Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, pertandingan Pakaian Beragam Simpan SSPN dan banyak lagi.
Pastikan kunjungan anda ke sini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terasa dunia gelap apabila tiba-tiba dihubungi oleh pihak hospital dan dimaklumkan anak berada di bahagian kecemasan dan tidak sedarkan diri. Baru sahaja waktu pagi dihantar dalam keadaan baik namun semuanya berubah sekelip mata.
Tiada ungkapan yang mampu diluahkan saat itu, hanya mampu berdoa semoga si kecil ini membuka mata dan tersenyum kembali. Namun Allah lebih mengasihi si kecil ini. Pada awalnya baby Harith tidak sedarkan diri ketika tidur dalam jagaan pengasuh, segala usaha telah dilakukan. Namun, Muhammad Harith akhirnya menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu. Ikuti perkongsian penuh dari ibu, Puan Zulaikha tentang perjalan terakhir arwah baby Harith.
Selamat berehat sayang mamayah dari dunia yang kejam. Walaupun perit terpaksa mamayah lalui kerana Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Berat sungguh ujianMu Ya Allah.
4 tahun mamayah tunggu awak tapi Allah bagi pinjam setahun je untuk kami menumpang kasih, merasai pengalaman menjadi mamayah.
Terima kasih nak untuk setahun bersama kenangan kita. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada Harith.
20 oktober 2022
Masa ni mama shift pagi (7am-2pm). So, 6.30am mama serahkan Harith ke pengasuh seperti biasa. Sebelum keluar rumah tukar pampers apa semua lepastu letak Harith dalam carseat. Masa ni memang diA dah berjaga, dalam carseat pun berjaga. Dia tak sambung tidur balik.
9.54am: Mama whatsapp pengasuh tanya keadaan Harith macam mana. 11.04am: Pengasuh reply “Harith tidoq, tadi berjaga lama, hee”. 11.59am: Ada nombor tak dikenali call dan diA beritahu nama mama serta mengatakan anak mama nama Muhammad Harith ada kat kecemasan, di minta untuk turun sekarang.
Masa tu mama tak tahu apa yang berlaku dan mama terus call ayah minta datang cepat. Mujur ayah angkat call sebab ayah tengah tido sebab kerja malam time tu.
Sampai dekat rhesus mama tengok Harith dah terbaring atas stretcher sambil dikerumuni oleh doktor-doktor dalam keadaan mata terpejam. Mama sangat buntu dan terkejut dengan apa yang terjadi sebab pagi tadi mama hantar ke pengasuh ok je.
Hampir 20min doktor-doktor cuba selamatkan Harith. Alhamdulillah nadi Harith kembali berdegup tapi tiada respon dari harith. Masa ni ventilator dan wad tak sesuai untuk paeds jadi kene transfer ke PPUM utk warded dan ventilator support yang sesuai untuk harith.
Masa ni mama tak nak jumpa pengsuh lagi takut mama tak dapat kawal perasaan mama jadi mama pilih untuk berdiam diri dulu. Bagi husband yang jumpa pengasuh dan tanya kejadian sebenar.
Menurut apa yang diceritakan oleh pengasuh, lepas mama hantar tu dalam 6.40am suami pengasuh bagi susu dan main-main seperti biasa. Manakala anak-anak pengasuh seramai 4 orang tidur diruang tamu bersama-sama dengan Harith waktu itu.
Pukul 9.30am Harith menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk dan mahu tidur jadi suami pengasuh bagi susu. Susu yang diminum tak habis pun diminum lepastu Harith lepaskan botol dan terlena.
Dalam pukul 10lebih anak-anak pengasuh yang tidur diruang-tamu sudah mula bangun dan membuka TV. Suami pengasuh berpesan “ jangan bising nanti Harith bangun”. Mungkin disebabkan bunyi bising jadi Harith tersedar dari tidur.
Masa ni suami pengasuh yang take over menjaga Harith sebab pengasuh pening kepala kerana hamil 2 bulan jadi pengasuh tidur dibilik.
Suami pengasuh bawak Harith masuk ke bilik dan tidur bersama-samanya sekali. Baki susu yang tidak dihabiskan diberi sekali lagi dan Harith pun tertidur.
Katil quen, rapat di dinding dan diletakkan bantal disebelah dinding supaya kepala Harith tak terkena dinding. Disebelah harith ada pengasuh dan suami pengasuh yang tidur bersama-sama di dalam bilik.
Dalam 11 lebih suami pengasuh tersedar dan ingin mengejutkan Harith kerana sudah tiba waktu makannya. Sewaktu nak kejutkan Harith yang tengah tido meniarap suami pengasuh nampak muka Harith dah biru dan lembik. Mereka terus bergegas ke klinik putra perdana.
Sampai disana, doktor yang bertugas berkata dia tiada alat yang mencukupi dan diminta terus dibawa ke hospital. Suami pengasuh meminta doktor untuk panggilkan ambulan tetapi doktor cakap ambulan lambat sampai jadi kena segera ke hospital. Dengan handphone dan wallet tertinggal dirumah serta rumah yang tidak berkunci mereka bergegas ke hospital yang berhampiran.
Bila mama tanya kenapa tak call mama bagitau yang Harith tak sedar kat rumah. Dia cakap masa tu panik tak tau nak buat apa dan mereka terfikir klinik je paling dekat dan handphone suami tertinggal di rumah, handphone pengasuh tiada bateri.
Doktor buat MRI tiada pendarahan. Buat xray pun clear tak ada tanda-tanda tersedak susu. Kalau nak kata harith sakit dia sihat je sewaktu hantar ke pengasuh. 15hb sampai 17hb tu memang dia ada batuk dan terima rawatan. Tapi 17hb tu dia dah ok, tak ada batuk-batuk dah.
Nak kata punca tido meniarap pun mustahil sebab budak setahun kepala dah cukup kuat untuk alihkn muka kalau lemas.
Begitulah kronologi kisah tersebut. Kalau ada yang bertanya pengasuh ni jaga macam mana ok ke tak. Bagi saya memang dia ambil sambil lewa tapi masa tu kita fikir husnusdzhon je la, tak nak buruk sangka dan tak nak jadi parent yang cerewet. Tapi bila dah macam ni saya rasa terkilan sangat. Pernah datang ambil anak dengan tak mandi lagi.
Waktu tu saya kursus (8am – 5pm) tapi sebab habis awal jadi saya terus ke rumah pengasuh pada jam 2.30pm dan saya tak maklumkan pada beliau. Sesampainya saya disana die terkejut dengan kehadiran saya dan mengatakan harith belum mandi lagi. Masa tu saya rasa nak marah sangat dan cerita dengan husband.
Takpelah kita bertolak ansur dan nasihat jangan buat macam tu lagi sebab kita nak didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi. Saya akan bekalkan baju extra jika kotor terkena makanan ke apa.
Kes kedua dahi harith bergaris panjang. Bila tanya, dia cakap kena bath tub. Macam tak logik kena bath tub sampai bergaris macam tu.
Kes ketiga bibir lebam. Bila tanya kenapa die cakap harith gigit remote tv dengan mainan kuat sangat. Logik ke? Bila kita bagitau semua ni harapnya die lebih berhati2 lah jaga anak asuhan.
Andai ada yang berkata “sebab ni lah aku berhenti kerja”. Ketahuilah bahawa semua ibu mempunyai perasaan begitu tetapi apakan daya kita punya kasut lain-lain.
Buat ibu bapa diluar sana jadikan kisah kami sebagai iktibar. Buat pengasuh pula jalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Jika rasa tak mampu nak jaga ke apa berterus terang sahaja dengan parent.
Terima kasih buat semua yang mendoakan untuk kesembuhan harith. Tetapi Allah lebih sayangkan harith. Damailah anakku disana. Bermain dengan riang di taman syurga.
#muhammadharith
#bintangsyurga
#Jumaat 28 oktober 2022@11.44am
Edited:
Pengasuh mempunyai 4orang anak sendiri dan Harith seorang sahaja anak asuhan waktu itu. 4orang anaknya dalam lingkungan 8tahun hingga 3tahun.
Pengasuh tidur di bilik kerana alami alahan (pregnant 2bulan). Jadi suami take over dan menurut apa yang dicerita suami pun baru balik kerja malam. Pernah berkeras nak hantar Harith ke pengasuh lain sebab pengasuh tengah pregnant tapi berkeras juga mahu jagakan Harith.
Selepas kejadian dahi bergaris, lebam dan tak mandi tu memang dah cari pengasuh lain dan bagi peluang pengasuh tu jaga lagi sampai hujung tahun. (Sy assume maybe dia perlukan duit sebab tengah pregnant) kerana dia berkeras jangan hantar Harith ke tempat lain. Tapi saya terlambat 😭😭😭.
Pengalaman pertama kali membawa anak bercuti memang terasa cukup mendebarkan. Inilah yang dilalui oleh penyanyi, Wany Hasrita yang pertama kali membawa bayi comelnya bercuti bersama suami.
Kongsi Wany menerusi Instagramnya, banyak pengalaman indah dilalui ketika bercuti bersama anaknya, Aishah Al-Iman. Malah kata Wany lagi, jika boleh kesemua barang hendak dibawa bersama.
“First time staycation bertiga. Habis semua ibu angkut bawak sama.
“Diapers satu pack besar, susu 1 tin sampai tumpah-tumpah sayangnya, inflatable bath tub pun nasib baik bawak sebab bilik tak ada bath tub pastu ibu pun sejenis seriau kalau nak mandikan kat sink. Eeee tak boleh la,” kongsi Wany lagi.
Bahkan kata Wany, melalui percutian itu dia mengenal erti sabar dan penat lelahnya bergelar ibu. Apa lagi saat mempersiapkan segalanya untuk buah hatinya yang tersayang. Tak mudah namun cukup bersyukur dengan pengalaman indah itu.
“Overall lelah ofkosss ia tak sesenang seperti gambar yang diupload tapi masyaAllah Alhamdulillah sangat bermakna tiap saat bersama.
“Ibu banyak belajar, belajar untuk sabar jugak. Sebelum ni satu bag je sekarang dah berbag-bag. Bapak macam biasa steady je. Mak mak normal eh kalau travel rasa macam semua barang perlu bawak sama?,” kongsi Wany lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Wany turut berkongsi kisah mereka malah berkongsi tip untuk bercuti bersama anak-anak.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat bergelar ibu pada 8 Julai lalu selepas melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al Iman yang kini sudah pun berusia tiga bulan.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...