Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Sumber kredit: Zaza Zalina via #kemasrumahwithhani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gembira, Bahagia Bukan Pada Wang. Rahsianya Peluk & Ciumlah Selalu Pasangan Serta Anak-Anak
Mempunyai wang ringgit, ada pangkat, harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah pengukur sebuah kebahagiaan dalam diri setiap individu.
Bahagia atau gembiranya seseorang individu itu bukanlah bersandar pada kemewahan semata-mata. Apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang? Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama ada untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Tubuh kita boleh rasa happy dengan 4 hormon ni:
1. OXYTOCIN (Love Hormones): Caranya senang je. Peluk cium ibu ayah, isteri dan anak-anak selalu. Ni semua akan produce Oxytocin. Selain itu, bantu orang susah, charity work pun boleh merembeskan hormon ni.
2. DOPAMINE (Reward Hormones): Cara nak dapat hormon ni, kita kena setkan goal hidup kita. Then commit betul2 to achieve that goals. Kita akan rasa macam happy sangat bila kita capai goal ni. Sebab tu kenapa orang berjaya semakin berjaya, sebab dia dah ketagih dengan kejayaan pertama, dia nak kejayaan kedua pula, dah dapat yang kedua, dia nak kejayaan yang seterusnya. Perkara ni tak salah, sangat bagus, cuma jangan salah cara je. Ada orang dia ambil dadah, ni bahaya kat diri. Macam tu juga kalau tak diikat dengan iman lama-lama hidup kita akan hanyut dengan dunia. So balance kan dunia dan akhirat.
3. SEROTONIN (The Will Power Hormones)
Ini perlukan keazaman yang tinggi. Contoh, lawan rasa mengantuk untuk bangun tahajjud. Mula-mula memang rasa susah sangat, tapi kalau kita lawan rasa mengantuk tu & boleh tahajjud, kita akan rasa amazing sangat!
Selain dari tu, kalau nak buat sesuatu buat sampai habis. Bila kita berjaya buat sampai habis kita akan rasa macam nak melompat, nak bagitau kat semua orang yang kita ni bahagia sangat.
Contoh setkan esok aku bangun pagi aku nak kemas rumah. Mula-mula rasa macam malas sangat, tapi cuba lawan sifat malas tu. Once bila kita berjaya kemas rumah, sepanjang hari tu terasa macam best sangat. Tak percaya cubalah buat.
ARTIKEL MENARIK [Ibu Garang Dengan Anak Sebab Sayang. Niatnya Satu Nak Bentuk Anak Jadi Orang]
4. ENDORPHINES (Calm Hormones): Yang ni caranya kita kena setkan masa tertentu untuk rasa tenang. Waktu tahajud adalah waktu yang sebenarnya endorphin akan banyak produce. Sebab tu orang yang rajin tahajud, orang ni bila dengar dia cakap senang sangat untuk kita terima. Sebab dia ada aura yang sangat amazing you know. Selain dari tu juga, sesekali kena tinggalkan phone ke tepi, jangan sentuh, dan fokus baca Quran, baca buku agama. Ini juga akan bantu produce endorphin secara semulajadi dalam tubuh kita.
Sebenarnya tubuh kita ni sangat powerful Allah dah ciptakan untuk kita. Tinggal lagi kita tak tau nak gunakannya. So manfaatkan nikmat yang Allah bagi kat kita ni.
Sayangi orang sekeliling kita
Hassan Adli
Ustaz KRT
Sumber: FB Imam Muda Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mufti Wilayah Persekutuan Pesan Penting Bagi Nama Anak Ada Makna Baik Sebab Ada Perkaitan Dengan Keperibadian
Mufti Wilayah Persekutuan pesan penting bagi ibu ayah pilih nama yang ada makna baik untuk anak yang bakal lahir sebab ada perkaitan dengan keperibadiannya nanti. Jangan terlalu terpengaruh memilih nama yang moden dan terkini tanpa mengambil kira maksudnya.
Jom baca penjelasan dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hal ini.
Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak namakan anak lelaki saya dengan nama Dayyan Eijaz. Ada maksud yang tidak baik tak pada nama itu? Terima kasih.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Soal pemberian nama anak adalah satu perkara yang dititik beratkan oleh syarak. Ini kerana, penamaan nama yang baik merupakan di antara faktor dalam membentuk peribadi yang soleh pada diri seseorang itu. Berikut merupakan beberapa nas nabawi yang menunjukkan kepada hal tersebut:
Daripada Abu al-Darda’ R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُم
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.
Riwayat Abu Daud (4948)
Hadis ini dinilai sanadnya oleh Imam al-Nawawi sebagai jayyid manakala Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub mengatakan bahawa hadis ini sebagai hasan. Maka jelas daripada teks hadis di atas menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu memperelokkan pemberian nama anak-anak serta kaum kerabatnya.
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wahb al-Jusyamiy bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
تَسَمَّوْا بِأَسْمَاءِ الأَنْبِيَاءِ وَأَحَبُّ الأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Maksudnya: Berikanlah nama dengan nama para anbiya’. Dan nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abd al-Rahman.
Riwayat Abu Daud (4950)
Berdasarkan hadis di atas, Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub menyebutkan bahawa Bani Israil dahulu banyak menamakan anak-anak mereka dengan nama Emanuelle, dan maknanya adalah “Tuhan kami bersama dengan kami”. Oleh yang demikian itu, nama yang paling Allah S.W.T sukai adalah Abdullah dan Abd al-Rahman. Dari sudut seorang kanak-kanak itu, apabila dia dapat berfikir dan berakal kelak akan mengetahui bahawa dia adalah hamba kepada Allah dan Allah adalah sayyidnya dan juga maula (penolong) kepadanya. Rujuk Tuhfah al-Maudud (Hlm. 389).
Perkaitan Di Antara Nama Dan Keperibadian
Sebahagian para ulama menjelaskan bahawa terdapat kaitan yang ketara di antara nama dengan seseorang yang dinamakan dengan nama tersebut. Di antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Shamsuddin Abu Bakr Ibn Ayyub Rahimahullah dengan katanya: Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama.
Demikianlah nama-nama yang baik akan mendorong kepada akhlak dan perbuatan yang baik. Dan tidaklah Rasulullah S.A.W itu dinamakan dengan Muhammad dan Muhammad melainkan kerana banyaknya ciri-ciri dan sifat terpuji pada diri baginda S.A.W. Dan sesungguhnya pemilik nama yang baik kadangkala malu dengan namanya, dan kadangkala disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang bercanggahan dengannya. Lihat Tuhfat al-Maudud Bi Ahkam al-Maulud (Hlm. 250).
Maksud Nama Dayyan Eijaz
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami nyatakan penjelasan berkenaan nama Dayyan Eijaz. Perkataan Dayyan دَيَّانُ mempunyai beberapa maksud seperti berikut:
- Di antara nama-nama Allah S.W.T yang baik. Yang membawa erti yang menjatuhkan hukuman (Al-Hakim) dan yang melaksanakan hukuman (Al-Qadhi). Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:
يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عُرَاةً غُرْلًا بُهْمًا ، ثُمَّ يُنَادِيهِمْ : أَنَا الْمَلِكُ أَنَا الدَّيَّانُ
Maksudnya: Akan dibangkitkan umat manusia pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, tidak berkhatan, serta tidak memiliki sesuatu pun. Kemudian Allah S.W.T menyeru mereka: Aku adalah al-Malik dan Akulah al-Dayyan.
Riwayat Ahmad (15612)
- Ia juga membawa maksud yang memberikan ganjaran kebaikan terhadap perbuatan baik dan memberikan balasan keburukan terhadap perbuatan jahat.
- Ia juga membawa erti al-Qahhar iaitu yang Maha Perkasa.
- Saidina Ali bin Abi Thalib R.A juga pernah disifatkan sebagai Dayyan oleh sebahagian salaf dengan kata mereka: Adalah Dayyan bagi umat ini selepas Nabi mereka adalah Ali bin Abi Thalib. Iaitu qadhi dan hakim bagi umat ini.
Manakala perkataan Eijaz إيجاز pula membawa maksud berikut:
- Ringkasan, iaitu tidak memanjang-manjang.
- Lafaz yang sedikit tetapi mengandungi maksud yang banyak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kami berpandangan bahawa penamaan anak dengan nama Dayyan Eijaz adalah dibolehkan. Ini kerana, nama tersebut tidak membawa maksud yang buruk, dan tidak juga dilarang oleh syarak selain ia turut membawa kepada maksud yang baik. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas lagi terang kepada kita dalam beragama. Ameen.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa. Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh
Sesuai dengan tuntutan agama, setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan. Namun begitu, anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama.
Pun begitu, apa salahnya jika anda mahu mengajar anak anda berpuasa sejak awal usia mereka, bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa tip berkesan mengajar anak berpuasa.
Adakah ia selamat?
Sebelum itu, anda perlu tahu sama ada selamat atau tidak anak anda yang masih kecil untuk berpuasa. Jawapannya, ya, ia adalah selamat. Usia yang paling sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa pula adalah sekitar usia 7 tahun ke atas bergantung kepada kondisi kesihatan mereka secara umumnya. Pun begitu, ia tidak disarankan dilakukan untuk jangka masa yang terlalu lama.
Bagaimanakah mengajar anak berpuasa?
#1. Ajar mereka berpuasa setengah hari
Pasti anda pernah terdengar ibu bapa berkata kepada anaknya bahawa berpuasa setengah hari sudah memadai, bukan? Ya, ini adalah cara yang bagus kerana kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah tidak disarankan berpuasa penuh. Dengan cara ini, kanak-kanak akan terdedah dengan aktiviti berpuasa lebih awal dan tidak akan kekok apabila pertama kali melakukannya apabila sudah mencapai akil baligh kelak.
#2. Ajar mereka berpuasa menu yang spesifik
Setiap kanak-kanak pasti akan mempunyai makanan kegemarannya tersendiri. Oleh itu, apa kata anda cuba ajar anak anda untuk berpuasa daripada makanan itu sahaja. Sebagai contoh, minta mereka berpuasa daripada coklat kegemarannya selama waktu puasa yang penuh. Ketika iftar, anda boleh berikan mereka makanan kegemaran mereka itu sebagai satu bentuk ganjaran.
#3. Ajar mereka untuk bangun sahur, iftar dan tarawih bersama
Setiap pagi, kejutkan anak anda untuk bersahur bersama anda. Walaupun anda sendiri sudah tahu bahawa mereka tidak akan larat atau mahu untuk berpuasa, lakukan sahaja. Begitu juga dengan waktu iftar. Setiap aktiviti bersama-sama semasa ketika Ramadan termasuklah solat tarawih, libatkan anak anda. Ini akan membiasakan mereka dengan suasananya dan membuat mereka berasa lebih seronok lalu mendatangkan keinginan untuk berpuasa.
#4. Berikan ganjaran
Akhir sekali, berikan ganjaran kepada mereka jika mereka berjaya berpuasa tidak kira setengah hari ataupun tidak. Sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha, bukan? Anda boleh tangguh ganjaran ini untuk diberikan apabila tiba hari raya kelak. Anda juga boleh jadikan ganjaran ini berbentuk wang ringgit sebagai ‘duit raya’. Untuk lebih menarik perhatian anak anda, jadikan jumlah ganjaran ini setimpal dengan hari mereka berjaya berpuasa.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI