Ramai merungut anak susah fokus. Cakap 10 kali pun anak buat tak tahu. Paling geram hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam tak ada perubahan pun.
Lama-lama ibu ayah mulalah rasa frust. Rasa nak marah je bila anak susah nak bagi kerjasama. Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita dulu dulu satu benda yang paling penting sangat ni.
Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?
Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?
Biasanya anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan. Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.
Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.
Ada 3 cara macam mana kita nak tahu anak ada masalah susah fokus ke tak yang dikongsikan oleh Ezzaty Suffian.
1) Sitting Attention
Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.
Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gajet boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.
Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi dua hala.
Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah di tetapkan.
Ads
Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:
Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.
Contohnya Fayyadh :
umur 2.5 tahun x 3 minit = 7.5 minit (minimum)
Hingga
Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)
Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.
Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.
Ads
Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.
2) Join Attention
Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.
Contoh :
1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.
2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?
Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar sesuatu kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.
Ads
No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. Jadi info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.
3) Channel Attention
Yang ni pula adalah satu skil yang buatkan anak dapat tangkap atau respon pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.
Contoh :
1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respon dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.
2) Anak tengah tengok buku lepas tu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.
Channel attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.
Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.
Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.
Kesimpulannya, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gajet selama mana yang boleh. Sebab perkara macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya anak-anak kecil, lauk kegemaran adalah ayam dan jarang sekali jika mereka suka lauk kampung. Namun bagi Yana Samsudin, anak sulungnya, Aisy Mateen mempunyai minat yang berbeza kerana suka menikmati lauk kampung dan ulam.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Yana, 36, berkongsi gambar Aisy yang berusia 4 tahun sedang berselera menikmati lauk jantung pisang tumis kepada peminatnya.
Bukan itu saja, siap pakej dengan tauhu dang ikan goreng. Licin pula Aisy makan. Memang betul-betul berselera.
“Mommy rasa tersangat comel budak umur 4 tahun lebih makan lauk kampung..geram betul. Rasa nak cubit pipi tu.
“Nasib mommy ada geng suka lauk kampung! Yeay! Jemput makan semua,” tulis Yana di kapsyen gambar tersebut.
Di ruangan komen, wargamaya memberi pujian buat Mateen kerana tak semua anak-anak kecil suka lauk seperti itu. Malah ada yang memang susah nak makan nasi.
“Wah pandai la Mateen nie.”
“Hehee bagusnya kecik2 da pandai makan lauk kampung, pandai mateen.”
“Ye ke Yana…bucuk Mateen pandai mkn mknn kpg…budak bertuahhhh..”
“Wow lain maciam spiderman ni ek kak..reti n suke dia mkn tauhu kan”
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari, 37, ada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia 6 bulan.
Kredit: IG Yana Samsudin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakariadalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Setiap perkembangan anak tidak sama, ada anak yang cepat bercakap, ada anak lambat bercakap. Ada anak tulisanya cantik dan ada pula tulisan yang dia sendiri sukar untuk fahami.
Sebagai ibu, jangan letak 100% tanggungjawab mendidik pada bahu seorang guru. Anda boleh memainkan peranan utama dalam memastikan perkembanganya selaras dengan usia dengan mendapatkan bantuan pakar jika anak anda ada mengalami masalah perkembangan.
Dibawah ada beberapa tip yang boleh dilakukan jika anak anda mempunyai masalah seperti dibawah.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...