Ramai merungut anak susah fokus. Cakap 10 kali pun anak buat tak tahu. Paling geram hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam tak ada perubahan pun.

Lama-lama ibu ayah mulalah rasa frust. Rasa nak marah je bila anak susah nak bagi kerjasama. Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita dulu dulu satu benda yang paling penting sangat ni.

Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?

Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?

Biasanya anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan. Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.

Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

Ada 3 cara macam mana kita nak tahu anak ada masalah susah fokus ke tak yang dikongsikan oleh Ezzaty Suffian.

Cakap 10 Kali Pun Anak Buat Tak Tahu. 3 Cara Ini Bantu Ibu Yang Ada Anak Susah Fokus

1) Sitting Attention

Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.

Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gajet boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.

Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi dua hala.

Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah di tetapkan.

IKLAN

Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri. Cara pengiraannya:

Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.

Contohnya Fayyadh :

umur 2.5 tahun x 3 minit = 7.5 minit (minimum)

Hingga

Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)

Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.

Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.

IKLAN

Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.

2) Join Attention

Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.

Contoh :

1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.

2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?

Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar sesuatu kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.

IKLAN

No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. Jadi info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.

Cakap 10 Kali Pun Anak Buat Tak Tahu. 3 Cara Ini Bantu Ibu Yang Ada Anak Susah Fokus

3) Channel Attention

Yang ni pula adalah satu skil yang buatkan anak dapat tangkap atau respon pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.

Contoh :

1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respon dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.

2) Anak tengah tengok buku lepas tu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.

Channel attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.

Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.

Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.

Kesimpulannya, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gajet selama mana yang boleh. Sebab perkara macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI