Bagi menjadikan anak kita anak yang baik dan santun budi bahasanya, kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik buat mereka.
Walau ketika sedang bermain, mereka masih mampu memerhati malah mendengar setiap perkataan yang dikeluarkan tanpa kita sedar. Jadi hati-hatilah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, bercerita dan berkatalah yang baik-baik pada anak. Apa yang kita ceritakan itulah juga cerminan pada anak.
“Ayah saya tak kerja, dia duduk rumah main games”
Jangan ingat anak anak kita ni diam diam tak tahu apa-apa ye, mata diorang ni macam CCTV bergerak tau! Dia duk perhati je apa kita buat kat rumah.
Mula mula dia lihat, lepas tu dia ingat. Nanti bila dia jumpa orang sesuai semua dia cerita.
“Ibu saya buat bisnes Nu*****a, satu rumah penuh tingkat atas sampai bawah barang Nu*****a je” ( budak 6 tahun )
“Saya dah biasa jaga diri sendiri. Kat rumah pun saya buat semua sendiri” (budak 4 tahun)
“Ayah saya asyik kerja dia jarang ada kat rumah.” ( budak 5 tahun )
“Kakak bad girl sebab selalu kena marah dengan ibu” ( budak 3 tahun )
“Saya tak pandai, abang yang cakap” ( budak 4 tahun )
Ish.. banyak lagi la hasil perbualan dengan anak-anak syurga ni. Nak pesan ni siap siap.
Dengan anak sebut yang elok elok, tunjuk yang elok elok dan ajar yang elok elok. Kerana kita tak tahu part yang mana satu anak tu akan ikut & cerita pada orang lain.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma