Marahkan anak tak bermakna itu penyelesaian cepat untuk bagi anak dengar cakap. Sebaliknya ia boleh buat anak kita lagi menyimpan dendam dan melawan.
Cuba perhatikan apabila anak sering di marah, apa tindak balas anak selepas itu. Ya memang akan takut, tetapi kesannya anak boleh melawan balik, tiru balik apa kita buat padanya dan ada juga yang penakut seolah akan terus berdiam diri. Kesannya tak elok untuk perkembangan anak.
Perkongsian dari seorang ibu, Najibah Mustaffa mengenai kesilapannya yang terlalu cepat marah dan tengking sehingga bagi kesan pada anak tetapi mujurlah cepat tersedar.
Pernah lah dulu-dulu. Acapkali juga bila anak-anak buat kesalahan. Ibu ini marah beria. Siap tengking. Padahal kesalahan tu kecil sahaja.
Terpecahkan pinggan mangkuk. Habiskan mandian sebotol yang tak sampai 24 jam beli. Tak kemas katil. Bergaduh adik-beradik.
Walhal buat silap adalah proses setiap manusia lalui. Bila ingat balik, allahu teruknya lahai perangai ibu ni yang tak mampu kawal emosi sendiri. Nak anak terdidik emosinya, tapi ibu pun kelam kabut. Zaman baru jadi ibu, tak ada ilmu.
Kesan marah tengking ni teruk sangat rupanya.
Ibu perasan Aqilah anak sulung, bila kena marah dia diam sahaja. Wajah tak ada perasaan. Mata kebil-kebil. Bila ibu tanya, tak jawab. Kita pun jadi lagi nak marah.
Afiqah anak nombor dua pula, bila kena marah nampak takut-takut. Nak bercerita apa yang berlaku pun nampak anak matanya melilau.
Ads
Afifah anak nombor tiga jarang kena marah. Tapi sekali kena marah memang menangis terus. Teresak-esak!
Amirah anak nombor empat ibu tak ada lah marah. Kalau berlakon marah, dipukulnya muka ibu. Siap cakar pun ada!Huhu.
Sehinggalah ibu terbaca perkongsian Dr.Taufiq Razif tentang anak-anak yang selalu kena marah ni. Siap tengking, pukul pun ada.
Allahu. Bila jumpa perkongsian Dr. Taufiq ni terus insaf dan rasa syukurnya jumpa ilmu berharga ini. Lepas-lepas tu bila rasa nak marah anak terus ingat kesan 3F ini.
Ads
Bukan tak boleh marah langsung. Membesarkan anak-anak ini banyak cerita dan dramanya kan. Tapi ada caranya..
Contoh hari tu adalah mereka 4 beradik makan di dapur. Prangggg! Dengar ada bunyi sesuatu pecah.
Ibu tunggu sahaja. Datanglah Afiqah anak nombor dua. Dia selalu jadi orang tengah apa-apa hal pun.
“Ibu, tadi kitorang kat dapur. Tak sengaja terpecahkan cawan”. Wajahnya takut-takut.
Ibu tanya. “Dah buang yang pecah?”
Dah. Jawabnya.
Ads
Ok. Nanti ibu sapu. Lain kali hati-hati.
Okay. Jawabnya dengan suara ceria.
Sebenarnya mudah sahaja. Terbuat salah adalah proses. Yang penting, ajar anak apa solusi selepas buat salah tu, dan apa pengajarannya.
Anak-anak macam kita juga. Ada emosi. Ada sekeping hati. Yang jika dimarah selalu, disakiti selalu. Jadilah hati itu luka. Emosi tercalar. Fizikal mungkin ok, tapi dalamannya rosak. Dan sudah tentu akan beri kesan kepada pembentukan karektornya nanti.
Sekarang, bila ibu sudah jarang marah anak macam dulu-dulu. Anak-anak lebih mudah diurus dan mendengar kata. Emosi ibu pun lebih tenang.
Ibu pesan kepada diri selalu. Dalam rumahtangga. Guna kata-kata yang baik. Banyakkan bahasa kasih sayang.
Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal, ramai ibu dalam dilema. Kejadian ini telah membuka mata semua pihak dan ada yang mula risau.
Sebenarnya ibu bapa yang bekerja berhak untuk meletakkan anak masing-masing di rumah pengasuh atau taska. Cuma jika memilih pengasuh perlu ada lebih ketelitian.
Untuk pengetahuan semua pengasuh juga perlu ada lesen mengasuh anak di rumah. Perlu pergi kursus bagi melayakkan diri mengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah.
Antara sebab utama ibu bapa memilih pengasuh adalah anak-anak asuhan tidak ramai. Supaya pengasuh dapat fokus kepada anak kita. Sangat baik tujuan dan niat itu. Tapi adakah kita terfikir kesan sebaliknya.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim mungkin memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa. Antara pilihan taska atau pengasuh, ibu bapa yang selayaknya buat keputusan tepat.
Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.
Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.
Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.
Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:
Pengasuh biasanya dikenali. Jadi, bagi ibu, senang kalau pengasuh adalah orang yang dikenali. (Bagi saya lagi susah – sebab kalau ada isu, kita susah nak berterus terang)
Hantar pengasuh biasanya lebih murah compared to taska. Tapi ada juga pengasuh yang charge sehingga RM400 seorang which bagi saya, bagi pengasuh yang tidak berdaftar (kalau nak tahu, pengasuh di rumah pun kena daftar under JKM tau), rumah yang tentunya tak child friendly, tidak dipantau KKM, Majlis dan Bomba, bayaran tinggi sangat tidak patut.
Hantar pengasuh biasanya sebab tak ramai. (Saya pernah je dengar pengasuh ambil sehingga 10 anak dari baby sehingga abang-abang yang transit)
Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.
Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.
Berdaftar atau tidak? Pentingkah berdaftar? Ya, sangat penting bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa terutamanya JKM. Seperti yang saya nyatakan di atas, pengasuh di rumah pun wajib berdaftar dengan JKM.
Keselamatan? Selamat atau tidak. Child friendly tak? Tempat yang sangat merbahaya adalah dapur, tangga, pintu utama, pagar depan, jiran-jiran siapa?
Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?
Kebersihan? Bagaimana rutin pembersihan di rumah pengasuh? Pengasuh sebagai penyedia makanan, bersih tak? Ada ambil injection untuk penyedia makanan? Bagaimana pula carpet? Mainan dibersihkan tak?
Cuti? Cuti pengasuh bagaimana? Ikut takwim tak atau pengasuh boleh cuti sesuka hati sebab anak saudara nak kahwin, nak balik kampung dan tiada yang ganti jaga anak kita? Dan kita pun ambil cuti untuk jaga anak? Itu belum pengasuh sakit, atau anak pengasuh sakit. Pengasuh minta cuti lagi sebab dia seorang yang jaga anak kita.
Tetamu? Kalau ada tetamu seperti saudara mara atau jiran tetangga, bagaimana? Mereka boleh masuk ke dalam rumah dan memegang anak kita? Bagaimana jika mereka tidak sihat? Bagaimana jika anak kita perempuan dan tetamu pengasuh adalah lelaki yang…….?
Aktiviti? Pengasuh ada jadual asuhan yang teratur tak? Apa aktiviti anak selain makan dan tidur?
Pengasuh terlatih? Jika berlaku apa-apa, pengasuh boleh beri CPR? Siapa yang boleh bawa anak ke klinik/hospital berdekatan?
Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.
Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.
Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.
Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.
Bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak bukanlah perkara yang mudah ditambah pula dengan tanggungjawab menjadi ibu dan ayah serentak.
Bagi Rita Rudaini, perkara yang terjadi dalam hidupnya sebelum ini kekuatan untuknya dan anak-anak menempuhi setiap cabaran hari ini.
Walaupun ramai yang mengecam dan menyokong Rita, fokus utamanya sekarang adalah untuk membesarkan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Menerusi entri instagramnya, Rita ada memuat naik video sambutan ulangtahun kelahiran Arjuna yang sangat menyentuh hati peminat.
Apa yang membuatkan netizen sebak adalah ucapan yang disertakan bersama video tersebut. Sangat touching dan boleh meleleh air mata.
Walaupun Kamu hilang Satu dakapan di masa usia kecil mu….. Tp satu pelukan Masih ada…. Jgn risau anakku, xpernah sesekali Pelukan itu akan lepaskan mu Walau dlm susah dan senang Peluk kuat2 Sang Arjuna ku… Kerana pelukan itu Akan makin erat dan kuat… Love M O M M Y
Bukan Rita sahaja yang kuat menempuhi kehidupan ini, tapi anak-anaknya seolah-olah memahami apa yang dirasai ibu mereka.
Hubungan kedua beradik ini begitu rapat dan mereka sangat berdikari. Sikap kematangan anak sulung Rita, Rayyan yang dilihat sangat melindungi adiknya memang patut dipuji.
Melalui komen dari netizen juga, mereka percaya anak-anak Rita ini akan jadi pelindung kepada ibunya kelak.
Sungguh besar pengorbanan Rita untuk anak-anak. Menjadi ibu tunggal bukan mudah tapi Insha allah hikmahnya nanti akan membahagiakan Rita dunia akhirat… Ya Allah, Engkau lindungilah mereka ini.
Sumber: instagram Rita Rudaini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...