top pama tv

Kalau dahulu biasanya aktiviti perkhemahan sering dijadikan aktiviti di sekolah, namun pada hari ini ia seakan menjadi trend percutian singkat atau short vacation bersama keluarga. Malah aktiviti sebegini turut melibatkan anak-anak yang masih kecil.

Aktiviti seperti perkhemahan antara salah satu cara untuk mama dan papa mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak. Tak perlu yang ekstrem, kadang cukup hanya berkhemah di rumah sudah cukup buat si kecil teruja.

Terbaru muncul pula trend perkhemahan terbaru yang konsepnya tidak eksktrem dan lebih kepada percutian yang lebih selesa untuk keluarga.

Camping Atau Glamping, Mana Satu Pilihan Nak Luang Masa Bersama Si Kecil? Bukan Je Seronok Dapat Bantu Perkembangan Anak-anak!

Glamping semakin popular di negara-negara Asia seperti Korea, Jepun, China, Indonesia dan Malaysia yang membolehkan anda beriadah sambil menikmati suasana fun berkhemah namun dalam keadaan yang sangat selesa dan ada juga menawarkan pakej mewah tidak ubah seperti menginap di hotel 5 bintang!

Ads

Tidak seperti berkhemah cara dulu-dulu yang ada banyak kesukaran seperti kesukaran untuk mendapatkan bekalan makan minum, kemudahan tempat mandi dan tandas yang bersih dan selesa serta tiada sebarang tawaran aktiviti hiburan yang menarik untuk mengisi masa lapang dan sebagainya

Namun apa sahaja pilihan mama papa untuk dibuat bersama si kecil anda, paling penting masa yang diluangkan bersama dapat menjadi momen indah untuk dikenang selain secara tak langsung dapat mengajar si kecil dalam perkembangan tumbesaran mereka.

Camping Atau Glamping, Mana Satu Pilihan Nak Luang Masa Bersama Si Kecil? Bukan Je Seronok Dapat Bantu Perkembangan Anak-anak!

Ads

Camping atau glamping, ini antara persediaan yang boleh dibuat oleh anda untuk buat aktiviti tersebut:

1. Kena ada persetujuan daripada semua termasuklah anak-anak. kalau mama papa je beria anak tak berminat bimbang ia akan jadi aktiviti yang tidak menyeronokkan pula.
2. berkhemah bersama anak-anak tidak perlulah sesuatu yang ektrem, perkenalkan mereka dengan cara yang selesa agar tak serik dan seronok nak buat lagi aktiviti sebegini.
3. Kalau perlu boleh beli khemah sendiri dan cuba dahulu camping di kawasan rumah.
4. jangan lupa bawa kelengkapan dan makanan yang cukup, bila dengan anak-anak mereka memang akan sering lapar. Jadi persediaan untuk penyediaan makanan dan stok makanan sangat penting.
5. Bawa pakaian yang sesuai dengan lokasi perkhemahan yang dipilih. Kalau pergi ke kawasan air terjun atau pantai, jangan lupa bawa lebih baju untuk anak-anak mandi.
6. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan lengkap untuk memudahkan segala urusan bersama anak-anak.
7. Kena ada plan dan senaraikan itinerary untuk sepanjang perkhemahan, barulah anak-anak teruja nak join!

Paling penting pilih lokasi dan siapkan keperluan diri dan anak-anak. perkenalkan mereka dengan aktiviti sebegini pastinya buat mereka rasa teruja kerana anak-anak yang sedang membesar memang suka meneroka.

Ads

Seperti yang dipaparkan dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara pada minggu ini. Dengan episod ‘Camping’, papa mama berpeluang untuk belajar apa langkah pertama yang boleh dibuat untuk memulakan aktiviti sebegini.

Camping Atau Glamping, Mana Satu Pilihan Nak Luang Masa Bersama Si Kecil? Bukan Je Seronok Dapat Bantu Perkembangan Anak-anak!
top pama tv

Bagi yang terlepas untuk menonton episod minggu ini, jangan lupa saksikan ulangan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara episod ‘Camping’ pada Ahad ini jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Jangan lupa juga untuk saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi dengan pelbagai episod menarik!

Camping Atau Glamping, Mana Satu Pilihan Nak Luang Masa Bersama Si Kecil? Bukan Je Seronok Dapat Bantu Perkembangan Anak-anak!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI