Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak buat choco jar yang coklatnya tak keras dan sentiasa cair tapi masih mengekalkan keranggupannya. Kalau anda nak tahu resipi ni sangat special.
Melalui perkongsian Effa Samat, resipi choco jar yang dibuatnya sedikit lain kerana menggunakan tambahan coklat cadbury untuk menambahkan rasa coklat yang lebih kaw.
Nak tahu cara membuatnya, disertakan langkah demi langkah untuk anda dan jika nak buat pendapatan sampingan pun boleh dijual.
Ingin berkongsi resepi choco jar, pernah buat jualan, laris tak sangka-sangka kerana ada kelainan rasa.
Cara penyediaan pun amat mudah. Paling best dan sedap sangat-sangat kerana semua tersalut dengan rasa coklat.
Bahan-bahannya:
✓ 1kg milk coklat coin beryl’s.
✓ 250g – 300g minyak canola.
(Nak cair lebihkan minyak @ nak pekat kurangkan minyak).
Bahan-bahan disangai tanpa minyak.
(Api perlahan 5 – 10 minit)
✓ 500g bubble rice.
✓ 500g mini coco crunch.
Cara penyediaan:
✓ Biarkan coklat dan bubble rice sejuk boleh lah gaul sehingga sekata.
**Tips
1. Pakai minyak canola (rasa tak muak).
2. Tunggu sejuk baru gaul ( bagi tak lemau).
3. Tambah coklat cadbury (lagi sedap).
Kredit Resipi: Effa Samat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)