Gaya si kecil Rizqaa sentiasa jadi tumpuan, manakan tidak dirinya merupakan puteri pertama pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan isteri Nurida Suraya.
Penampilan dua beranak ini sering menjadi perhatian lensa kamera. Nurida dengan gaya anggun dan elegan mengenakan busana rekaan suami tercinta, Rizqaa juga tidak ketinggalan menyarung busana rekaan daddynya yang merupakan pereka fesyen terkenal tanah air.
Selamat diijabkabul bersama Rizman pada 13 September 2019, mungkin memberikan kelebihan buat Nurida dari segi fesyen dan tata rias.
Tidak keterlaluan menyifatkan penampilan Nurida tatkala menghadiri pelbagai majlis baik bersama suami mahupun secara solo sentiasa tampak anggun, elegan dan sofistikated.
Bahkan, kemunculan beliau pantas menjadi buruan lensa kamera jurugambar acara.
Ditanya adakah stail digayakan mengikut cita rasa sendiri atau ditentukan oleh Rizman yang bertindak sebagai pereka fesyen peribadi? Anak ketiga daripada enam beradik itu berkongsi cerita.
Ads
“Sejujurnya, saya seorang yang ringkas berfesyen dan kurang gemar bersolek, namun hari ini situasi berbeza. Percaya atau tidak, selepas berkahwin pemilihan pakaian, aksesori, tas tangan, gaya rambut dan konsep solekan semuanya ditetapkan oleh Rizman.
“Pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah pilihan suami. Tugas saya hanya menyarungkan sahaja. Mudah bukan?
“Saya sedikitpun tidak rasa terbeban dan terkongkong, malah gembira. Sebelum ini suami dan rakan bisnesnya, Ruzaini sering bereksperimentasi menghasilkan busana indah buat para wanita di luar sana, tetapi kini saya menikmati peluang itu saban hari,“ ujarnya yang menyifatkan rutin berhias secara tidak langsung membantu menjaga nama baik dan imej Rizman.
Ads
Graduan lepasan Diploma Pegawai Perhubungan Awam itu turut memberitahu, beliau tidak pernah canggung menyarungkan koleksi busana karya suami tercinta. Bahkan, sentiasa teruja dengan rekaan Rizman Ruzaini yang mengikut trend fesyen semasa.
Dalam pada itu, nampaknya Rizqaa juga ‘terikat‘ dengan aturan pakaian ditentukan oleh bapanya sendiri.
Jika singgah ke laman sosial Rizqaa yang menggunakan nama akaun @rizqaarizman, rata-rata warga maya menzahirkan betapa beruntungnya si kecil tersebut berpeluang menggayakan persalinan label, Rizman Ruzaini.
Ads
Koleksi foto yang paling mendapat perhatian ramai apabila Rizqaa dirias memakai gaun persis puteri Disney hasil kreativiti Rizman Ruzaini.
Selain Snow White, bayi comel itu juga ‘beraksi‘ watak Puteri Jasmine, Puteri Sleeping Beauty, Belle (Beauty and The Beast) dan Cinderella yang kononnya sedang menunggu kehadiran putera idaman membawa sebelah lagi sepatu.
“Benar, boleh dikatakan kebanyakan gaun Rizqaa direka khas oleh Rizman kecuali baju tidur. Kadangkala, beliau (Rizman) yang akan menyiapkan anak sebelum kami keluar bersama,“ ulasnya yang bersyukur memiliki suami gigih bekerja dan cahaya mata yang mudah diuruskan.
Sumber: Sinarplus & IG Nurida Suraya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, kumpulan itu dari Kuala Berang, Terengganu dan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.
Katanya, sebelum itu keadaan cuaca cerah, namun secara tiba-tiba keadaan menjadi diluar jangkaaa menyebabkan mereka terperangkap.
“Operasi menyelamat mangsa membabitkan lima lelaki, 16 wanita dan 18 kanak-kanak itu mengambil masa lebih dua jam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.24 petang memaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam gua akibat kepala air.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami tanggung jawabnya besar. Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga, tetapi isteri tersayang perlu dilindungi. Suami mempunyai hati yang keras, sukar mengungkapkan kata cinta. Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isterinya.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun ietsri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpamaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas viral video tarian penyanyi Ayda Jebat yang membuat persembahan cukup bertenaga di pentas walaupun sedang sarat hamil, Ayda tampil berkongsi cerita.
Menerusi satu entri di Instagramnya, Ayda amat berterima kasih kepada semua yang begitu prihatin akan kesihatannya dan bayi dalam kandungan.
“Mommy bersenam sikit hari tu.
“Turun je stage, Nabil cakap ‘bukan main lagi eh bila dapat mic! Lupa pregnant ke?’,” ujar Ayda memulakan cerita.
Malah ibu kepada Ana Nayla ini juga turut memberitahu dirinya dan bayi kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Mengakui terlepas gian ketika berada di pentas, Ayda turut memohon doa semua agar mendoakan yang terbaik buatnya dan kandungan.
“Semua don’t worry, alhamdulillah saya and baby okay. And belum 7 bulan sarat mengandung ya! 5 bulan lebih.
“Doakan semuanya baik baik saja ya! Hehe.. 🤍Sorry! Lepas gian! Lama tak pepommm,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ayda dilihat cukup bertenaga ketika membuat satu persembahan dengan tiga buah lagu popularnya. Tampil cukup lincah, penampilan Ayda Jebat begitu merisaukan wargamaya kerana dirinya yang kini hamil lima bulan.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...