Apa perasaan anda bila orang kata anak ikut muka ibu? Mesti akan rasa gembira kan? Yelah kita bawa ke hulu ke hilir perut selama 9 bulan mesti tetap harapkan anak yang lahir tu ada juga mewarisi aura ibu.
Namun ada juga anak-anak yang ikut muka suami tapi tak kisahlah janji semuanya sihat sempurna dan menjadi anak berjaya dalam hidup mereka.
Terkini, melalui perkongsian Fiza Abdul Halim di instagramnya, ramai yang tak sangka tiga anak perempuannya dah semakin besar dan cantik. Macam sekejap masa berlalu, tahu-tahu anak sulung Fiza dah usia 12 tahun.
Ads
Sebelum ini, Fiza jarang berkongsi gambar anak-anaknya tetapi ketika sambutan hari lahir Feeya Adyrra baru-baru ini, ternyata menjadi perhatian ramai. Walaupun dua daripada tiga anak Fiza ini masih bersekolah dan sedang meningkat remaja, dah terserlah kecantikan mereka.
Ramai memuji kejelitaan mereka yang mewarisi kecantikan ibu tersayang. Sekali tengok, rasa tak puas tambah lagi dengan senyuman yang manis, kulit cerah dan sikap lemah- lembut.
Beruntung sungguh tiga anak dara ini. Malah mommynya juga tetap muda dan cantik seperti zaman kegemilangan kumpulan Elite sekitar tahun 90-an.
Ads
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini Fiza ialah isteri Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, seorang juruterbang dan dikurniakan anak perempuan iaitu Baby Aleena.
Walaupun mengambil pendekatan low profile, sesekali dia ada juga berkongsi aktiviti harian bersama ahli keluarga di laman media sosial miliknya. Lepas ni bila semua anak-anak dah besar, dapat jadi BFF mommy ke mana-mana saja.
Ads
Lembut je muka anak-anak Fiza
Kredit: Fiza Abdul Halim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu bapa pastinya kita akan bimbang apabila melihat kesihatan anak terganggu. Ia termasuk Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Memang ia sering menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun. Penyakit ini akan mengakibatkan ada lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Dalam tempoh itu tentu anak tidak selesa apabila dijangkiti penyakit ini. Selain mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya. Boleh juga mencuba alternatif lain untuk meredakan penyakit ini. Boleh cuba perkongsian ibu ini, Sharifah Nurul Shahida
“Saya saya nak kongsi petua yang jiran India saya bagi ni. Ibu-ibu boleh amalkan ye jika nak anak cepat sembuh kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.
Tip 1- Askrim perasa vanilla
Saya bagi anak saya makan aiskrim vanila. Ais krim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah memang berkesan.
Tip 2- Mandian daun semambu
Ambil sebesen air paip. Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar.Ramaskan daun semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersabut di bawah cahaya matahari antara dua hingga tiga (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang). Apabila sudah agak suam. Mandikan anak guna air ini dan siram perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun sembambu ini di badan anak. Jadikan penawar.
Tip 3- Bedak sejuk daun semambu
Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan,kaki dan bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut ye. Bahagian dalam mulut hanya bagi makan ais krim vanila sahaja.
Insyaallah selepas tiga hingga empat hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Parut pun sudah tiada dibadan anak. Sangat mujarab petua ini.
Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ikhtiar dan tawakal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak menjadi tuan, adakah ia kesan daripada kesilapan ibu bapa dalam mendidik? Ikuti penerangan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini.
Mungkin ramai yang berpendapat ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak akhirnya akan menjadi mangsa keadaan, di mana si kecil setelah meningkat usia menjadi seorang yang agresif dan terlalu bebas bersuara hingga boleh mengganggu emosi orang lain. Adakah ia benar?
SUKA MEMANIPULASI
Menurut Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun sudah pandai memanipulasi untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Kajian menunjukkan kanak-kanak mula tidak bercakap benar apabila antara usia dua hingga empat tahun. Ini menandakan pemikirannya sudah terpisah daripada ibu bapa. Ini juga menandakan kefahamannya kepada perkataan ‘tidak’ atau ‘tak boleh’ membantunya menggambarkan sempadan antara keinginan, kehendak dan perasaan.
Manipulasi atau lebih mudah disebut berbohong ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah untuk mengelakkan daripada didenda, mendapatkan kelebihan, mengawal, sebab sesuatu akibat yang tidak diingini atau merangsang kendiri. Dia seperti orang dewasa, berbohong untuk mendapatkan kuasa, mengekalkan privasi atau melindungi rakan.
Anda perlu faham kanak-kanak pada usia ini sudah tahu perbezaan bercakap benar dan berbohong dan tahu ia adalah satu kesalahan. Senang sahaja kalau anda ingin mengetahui sama ada dia berbohong atau tidak. Selalunya dia akan berkata, “Saya tidak boleh beritahu” atau “Saya tidak tahu.”
BUKAN KRISIS MORAL, FAHAMI DULU PUNCA DIA BERBOHONG…
Walau bagaimanapun, jika anak anda mula berbohong pada usia ini, ia tidak boleh dianggap sebagai krisis moral. Dia hanya berbohong untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia dianggap normal dan sihat. Anda tidak perlu menjadi detektif menyiasat kerana ia akan membuatkan dia berasa dirinya tidak dipercayai.
Membantu si manja membina moral dan bertanggungujawab kepada perlakuannya adalah satu matlamat jangka panjang. Antaranya ialah anda sebagai model tingkah laku dengan mempercayainya, mengawal diri dan menghormati orang dewasa. Berikan dorongan dan rangsangan untuknya bertanggungjawab kepada diri. Sentiasa tenang kerana semakin tenang maka semakin baik cara anda berkomunikasi dengan anak.
MENGELAK DARIPADA DIMARAHI ATAU DIHUKUM SELALU JADI PUNCA DIA BERBOHONG
Peribahasa siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri tidak boleh digunapakai bagi kanak-kanak sebaliknya anda perlu melihat kembali sebab pembohongan itu terjadi. Ia adalah untuk mengelak daripada dimarahi atau dihukum.
Walau apa pun, anda boleh boleh menasihatkannya dengan kaedah bercerita seperti cerita “Budak Gembala Kambing” yang mempermainkan kepercayaan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing gembalaannya. Dengan ini, si anak akan menilai cerita dan memahami kesan berbohong.
Selain itu, anda perlu meneliti juga sebab dia berbohong, mungkin mahukan lebih perhatian dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberi. Berikan anak bimbingan bagi memperbetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri.
MEMBUAT PILIHAN
Ibu bapa menggalakkan anak kecil daripada awal membuat keputusan sendiri (seperti membuat pilihan pakaian sendiri dan memilih makanan sendiri) adalah baik. Memang ada kesan positif di mana anak berdikari, petah dan sebagainya. Tetapi ramai yang gusar andai cara ini punca kepada anak membesar menjadi anak bos, agresif dan sukar menerima teguran.
Menurut Prof Dr Bustam, perkara ini baik kerana ia membantu perkembangan personaliti dengan membina deria automoni. Apabila kita diberikan, selalunya kita akan merasakan ada kawalan. Anak membina keyakinan dalam membuat pilihan dan mengawal apa yang berlaku kehidupannya. Rasa ingin mengawal dengan mencuba secara negatif dalam diri si anak juga dapat dikurangkan.
Daripada ini juga, si kecil belajar bahawa apa yang berlaku dalam kehidupan adalah bergantung kepada apa yang dipilih. Cara terbaik belajar membuat pilihan terbaik adalah dengan membuat banyak pilihan. Biar anak belajar membuat keputusan sejak kecil supaya dia boleh membuat keputusan yang rasional dan waras apabila dewasa nanti. Tetapi bagi mengawalnya, anda boleh mengehadkan pilihan kepada anak seperti memilih satu antara dua pilihan yang ada.
ANAK JADI TUAN AKIBAT SILAP ASUHAN
Anak menjadi tuan ialah kesan gaya didikan ibu bapa permissive iaitu tidak mengawal tingkah laku anak. Akibatnya anak tidak tahu batas sempadan dan ikut gerak hati sendiri serta tidak matang. Ia juga boleh terjadi dengan gaya didikan yang terlalu mengongkong iaitu autoritarian. Dalam didikan cara ini, anak dipaksa patuh arahan tanpa sebarang alasan. Buat sahaja apa yang disuruh kerana menjadi takut kerana hubungan dan dendaan.
Gaya mendidik autoritatif pula lebih kepada kompromi iaitu memberi masa menerangkan peraturan tetapi masih menekankan peraturan. Ibu bapa ada masa mendengar pandangan anak. Anak memahami batas sempadan, bertanggungjawab dan cepat matang. Manakala gaya demokratik pula lebih berdiplomasi. Peraturan dipersetujui bersama bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga. Mengelakkan hukuman fizikal. Komunikasi mesra dan terbuka anak dan ibu bapa. Kesannya mesra penyayang dan emosi stabil.
Anda boleh memilih sendiri cara didikan autoritatif atau demokratik bersesuaian dengan personaliti anak. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan terjadinya fenomena ‘anak menjadi tuan’ pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!