Hidayah itu milik Allah..Bagi yang mengenali pelakon kecil molek, Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah, mesti akan ingat dia adalah antara pelakon kanak-kanak yang popular suatu masa dahulu.
Walaupun usianya mencecah 25 tahun, dirinya cukup dikenali ramai meskipun pada waktu kini dia kurang muncul di kaca televisyen tempatan semenjak mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.
Menerusi perkongsian di instagram, penampilan terbaru Erynne mendapat perhatian apabila dia dilihat tampil manis berhijab sambil menutupi bahagian dadanya.
Bukan setakat itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Medinah ini juga dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.
“Saja mencuba buat masa sekarang. Biar perlahan tetapi pasti, InsyaAllah,” tulisnya di ruangan hantaran tersebut.
Perkongsian Erynne itu menerima banyak doa di kalangan netizen di mana ramai menitipkan doa buatnya untuk terus kekal beristiqamah dan dipermudahkan segala urusan.
Malah diruangan komen itu juga, Erynne turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai dan dia turut berharap agar terus kekal istiqomah.
“Allahuakbar, ramai sungguh yang mendoakan baik-baik untuk Erynne. Subhanallah, moga Allah terus sama-sama memberkati kita semua dunia dan akhirat. Saya berasa sangat bersyukur atas kurniaan ini. Erynne sayang semua, terima kasih beribu-ribu kasih!
BACA JUGA
[“Ibu Halalkan Segalanya..Masa Keluar Tiada Tangisan, Ibu Tahu Muhammad Dah Pergi.”]
[“Sakit Pun Tenang Je Muka..”Elfira Kongsi Tip ‘Push’ Saat Baby Dah Nak Keluar]
[Bab Rezeki Jangan Berkira. Isteri & Anak-Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful!]
“Bagaimanapun, mungkin ramai yang ingat Erynne mula pakai tudung bermula dengan post ini, tetapi sebenarnya dalam proses nak belajar ke arah lebih baik.
“Niat untuk cuba dan cuba untuk sentiasa istiqomah,mula-mula dengan pakai baju yang longgar dan insyaAllah mana tahu lepas tu bertudung dengan senpurna pula kan?
“Tolong doakan Erynne ya, saya juga turut doakan segala kebaikan buat semua,” titipnya.
Terdahulu, penampilan Erynne yang serba ringkas ketika bercuti di Genting Highland membuatkan dia tidak kelihatan seperti seorang ibu malah ada yang menyangka anaknya itu adalah seperti adiknya sendiri. Malah, ada juga meluahkan ketidaksangkaan apabila pelakon tersebut sudah mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Erynne mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Afify Sazali pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Medinah pada 9 Ogos 2020.
Sumber: Instagram @erynneerynna
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)