Cantik Sangat Onde-Onde Bunga Telang. Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde-Onde Tahan Lama

Share

Kuih onde-onde, kuih tradisi kesukaan ramai kerana rasanya yang manis (dari gula melaka) dan luarnya yang kenyal menambahkan lagi keenakan juadah ini.

Baca: Apam Milo 4 Bahan Guna Sukatan Cawan, Senangnya Nak Buat Ni!

Kebiasaanya warna kuih onde-onde bewarna hijau, dari air perahan daun pandan. Namun resipi kali ini sedikit berbeza kerana pemilik resipi, puan Lily Azhary 

Onde-onde bunga telang, bagi yang pertama kali mendegar nama ini pasti tertanya-tanya bagaimana penyediaan kuih ini. Luaranya sangat cantik, dengan warna bunga telang. Lain daripada yang lain. Ikuti resipi penuh ini.

Kuih onde-onde bunga telang sebagai pemanis mulut berbuka puasa hari ini.

ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Bahan-bahan;
2 cawan tepung pulut
1 cawan air ekstrak bunga telang
2 ketul gula melaka(dipotong dadu kecil)
1/2 biji kelapa parut muda (di ambil putihnya saja)
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
-Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan. Anggaran 50-70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki). Sejukkan.

-Apabila sudah sejuk boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.

-Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula. Ulang proses hingga doh habis.

-Rebus dalam air mendidih hingga bebola tadi timbul. Toskan , golekkan di atas kelapa parut yang sudah di gaul dengan garam.

Tips:
Setelah doh diisi inti dan di bentuk sapukan bekas/dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat.

Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.

Baca: Roti Pita Homemade Style Versi Mudah. Sedap Macam Beli Di Pasar Malam!

Sumber: Lily Azhary 

Published by
NuFa