Saat Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan tahun lalu, ibaratnya satu kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia yang lama menantikan berita gembira tersebut.
Apa tidaknya selama 11 tahun berkahwin dan beberapa kali menjalani rawatan kesuburan, akhirnya Allah SWT memberikan rezeki kepada Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Namun sedar tak sedar, cahaya mata pertama yang dinamakan sebagai Siti Aafiyah itu sudah mencecah usia setahun satu bulan dan terasa sekejap sahaja masa berlalu.
Dengan keletah comelnya dan semakin banyak akal sekarang, nampaknya Siti juga tak sabar nak lihat perkembangan Aaafiyah dari semasa ke semasa.
Terbaru dia juga berkongsi apakah selepas ini Aafiyah akan mencari mangsa untuk digigit memandangkan 4 batang gigi atas nak tumbuh.
Menerusi perkongsian Siti, netizen juga mengakui masa berlalu begitu pantas sehingga tidak sedar puteri sulung itu semakin membesar.
Namun rata-rata memuji kecomelan wajah dan ramai mula menyamakan muka Aafiyah iras Datuk Siti dan membuatkan ramai peminat ibunya geram terhadap Aafiyah.
Geram Tengok Aafiyah, Cantik Sempurna
Sumber: ig ctdk