Cantik Sumayyah, Seindah Namanya. Muka Ayah Sangat!

Share

Sejak kehadiran anak kedua dalam hidup pasangan Syamsul Yusuf dan isterinya Puteri Sarah Liyana, kehidupan keluarga ini bertambah bahagia. Memiliki sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam berusia dua tahun dan Sumayyah baru berusia lima bulan, Puteri Sarah akui ia pengalaman yang paling bahagia buatnya bergelar ibu.

Baru-baru ini, perkongsian di laman Instagram Puteri Sarah telah memuat naik beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, yang dilahirkan pada Mac lalu.

Majlis ringkas, hanya jemput tetamu wanita

Bertemakan warna merah jambu dan putih, majlis yang diadakan kelihatan ringkas tetapi cukup menarik, ditambah pula dengan kecomelan bayi perempuan pasangan selebriti itu yang tidak jemu mata memandang.

Dengan kulit yang cerah, mata bulat rata-rata menyamakan Sumayyah iras ayahnya.

Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui untuk majlis akikah anak perempuannya kali ini, sedikit kelainan yang mereka lakukan iaitu hanya menjemput tetamu wanita sahaja.

“Sumayyah’s akikah semalam thank you to those yang datang meriahkan! Majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit. Akikah untuk wanita sahaja…”

Secantik nama dengan tuan empunya diri

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen memuji kecomelan Sumayyah dan mendoakan agar membesar menjadi anak solehah. Ada juga yang menyatakan Sumayyah turut mengambil aura mamanya.

Sumayyah cantik…

Melihatkan kecomelan bayi perempuan anak pasangan selebriti itu, rata-rata memuji kecantikan wajahnya yang diwarisi oleh ibunya.

Moga membesar dengan sihat, jadi anak solehah

 

Published by
Wan Amalia Mohd Daud