Secantik ibunya. Anak sulung kepada usahawan, Vie Shantie Khan menarik perhatian ramai bila mempamerkan kecantikan semula jadi sama seperti ibunya.
Anak sulung hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Dato Eizlan Yusof itu kini rupanya sudah pun berusia 16 tahun.
Menerusi Instagramnya, sekeping gambar terbaru Vie Zaara Khan yang dikongsikan Vie bersempena bersempena hari lahir anaknya itu pada 3 Mei lalu ternyata meraih pujian ramai.
Wajahnya lembut dan ayu malah cantik jelita persis ibunya. Cukup sempurna.
Ads
Menerusi gambar yang dikongsikan ibunya, Zaara kelihatan cukup ayu dengan sepasang kurung moden berwarna kuning yang dipadankan dengan tudung merah jambu. Manis dan ayu.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut setia usahawan jelita itu turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Zaara.
Ads
Selain Zaara, Vie Shantie dan Datuk Eizlan Yusof turut mempunyai tiga orang cahaya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Cuti sekolah bukan sekadar masa berehat di rumah atau leka dengan gajet. Inilah waktu terbaik untuk ibu bapa beri anak pengalaman baharu yang mencabar fizikal, emosi dan keyakinan diri.
Baru-baru ini, sempena cuti sekolah, Pa&Ma dan Bintang Kecil telah mengajurkan program Wall Climbing untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba aktiviti lasak dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
Bertempat di Rocky Basecamp, AEON Mall Shah Alam, aktiviti ini membawa anak-anak merasai sendiri pengalaman memanjat dinding sambil belajar mengurus rasa takut, meningkatkan fokus serta membina keberanian diri.
Wall climbing bukan sekadar aktiviti fizikal. Ia sebenarnya membantu perkembangan anak dari pelbagai sudut iaitu mMembina keyakinan diri apabila anak berjaya menamatkan cabaran, melatih fokus & koordinasi badan, menggalakkan keberanian mencuba perkara baharu dan belajar bekerjasama dalam kumpulan. Malah aktiviti ini direka khas untuk kanak-kanak dan dibimbing sepenuhnya oleh jurulatih berpengalaman.
Menambahkan lagi keterujaan, program ini tampil dengan tema Super Hero (warna-warna superhero) yang membuatkan anak-anak lebih bersemangat, seolah-olah menjadi wira kecil yang berani menawan cabaran.
Program seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi pengalaman berharga buat anak-anak. Saat mereka berani melangkah naik, walau sedikit takut, itulah momen pembelajaran sebenar yang sukar diganti dengan apa-apa di rumah. Bagi ibu bapa yang mencari aktiviti cuti sekolah yang sihat, selamat dan membina karakter anak, Wall Climbing Kids bersama Bintang Kecil dan Pa&Ma sememangnya pilihan yang berbaloi.
Program ini disusun rapi bagi memastikan setiap peserta mendapat pengalaman yang selamat, menyeronokkan serta bermanfaat sepanjang aktiviti berlangsung.
Seawal 9.30 pagi hingga 10.00 pagi, sesi pendaftaran peserta akan dijalankan. Ibu bapa dan penjaga digalakkan hadir lebih awal bagi melancarkan proses pendaftaran serta persediaan awal anak-anak sebelum aktiviti bermula.
Program diteruskan dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan (warm up) Sesi ini amat penting bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek keselamatan serta menyediakan fizikal dan mental anak-anak sebelum mencuba aktiviti wall climbing.
Seterusnya, pertandingan Wall Climbing akan berlangsung selama satu jam, Para peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pembahagian kumpulan dibuat melalui cabutan undi semasa pendaftaran bagi memastikan keadilan. Semua peserta diwajibkan mencuba aktiviti wall climbing dan penilaian akan dibuat berdasarkan penyertaan, teknik memanjat serta kerjasama dalam kumpulan.
Sementara menunggu keputusan pertandingan, peserta diberi peluang untuk aktiviti bebas di tempat yang sama. Dalam sesi ini, anak-anak bebas mencuba wall climbing dengan lebih santai namun tetap berada di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, bagi memastikan keselamatan dan keyakinan peserta terjaga. Program kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar beramai-ramai
Apa yang pasti, program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah menjadi ruang pembelajaran yang menyeronokkan dalam membina keberanian, fokus dan keyakinan diri sepanjang cuti sekolah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kita bakal hadapi satu lagi cabaran besar dalam hidup mereka – peperiksaan. Sebagai ibu ayah, kita pun sama-sama akan rasa debaran, kan?
Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk bantu mereka bersedia, bukan hanya dari segi akademik, tapi juga emosi dan mental.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Aminah Matt Yusoff yang boleh dijadikan panduan bersama. Ikuti perkongsian ini
Amalan terbaik ibu ayah ketika anak sedang menduduki peperiksaan.
Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian daripada sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang.
1. Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud:
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah,
Dan Engkau dpt menjadikn tanah (yang sulit dan keras), (iaitu kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”.
-Hadith driwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
Semasa bacakan doa ini, dalam hati niatkan supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2. Sedekah ikut jumlah hari peperiksaan .
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika Jumlah hari peperiksaannya 7 hari, infaq yang dilakukan juga 7 kali.
Jumlahnya tidak semestinya banyak, sedekahlah mengikut kemampuan, Jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupakan niatkan sedekah ini atas nama anak, dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting Allah kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3. Baca Al-Qur’an.
Saya pernah kongsikan satu kisah, seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan.
Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya, dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat Suci Al-Qur’an tanpa henti. Antara surah yang dibaca ialah surah yasin.
Akhirnya usaha ini memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya, dari 1A semasa trial melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar PT3. Kuasa Allah, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari Allah, kerana Allah itu maha berkuasa untuk tunaikan permintaan kita… Sungguh.. tidak ada yang mustahil bagiNYA.
4. Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim.
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran.
Boleh juga belikan air minuman, kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Amalan terbaik juga ialah tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka, santuni mereka dengan perkara yang mereka suka.
Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5. Puasa dan solat Hajat.
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan ayah.
Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat. Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan, urusan lain juga Allah permudahkan.
Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu ayah sedang meredhai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Dari redha ibu ayah, anak-anak akan mendapat redha Allah.
Redha Allah adalah resepi sebenar kejayaan seorang anak.
Sumber: FB Aminah Mat Yusoff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan kadang-kadang ada perangai anak yang buat kita nak marah. Maklumlah dalam tempoh nak membesar ni, ada saja yang kelakuannya yang pelik-pelik dan menguji kesabaran.
Akibatnya kita akan marah dan lebih teruk meninggikan suara sehingga mengganggu emosi mereka. Anak yang sering dimarahi ketika kecil akan mempengaruhi perwatakan mereka.
Salah satu kesan buruk apabila anak sentiasa ditengking adalah ia akan merosakkan berjuta-juta sel otak anak terutamanya dalam fasa tumbesaran mereka sekitar usia 2-3 tahun.
Menurut perkongsian Dr. Ahmad Luqman di akaun Tiktoknya, anak yang selalu dimarahi, dimaki mahupun dikasari ketika kecil biasanya akan membesar menjadi individu yang membenci dirinya sendiri.
Tonton video ini;
Anak juga akan menjadi kurang keyakinan diri serta sentiasa berfikiran negatif. Paling kita tak mahu adalah anak-anak meniru kita. Dek kerana selalu dimarahi dan ditengking, mereka juga akan membesar menjadi individu yang bengis dan panas baran.
Tambah Dr. Luqman lagi, dari menggunakan teknik mengugut tukarkan kepada ganjaran untuk buat anak-anak lebih mendengar kata.
Tonton video ini pula;
Diharapkan dengan perkongsian Dr. Luqman ni sedikit-sebanyak dapat membantu kita untuk menjadi ibu ayah yang lebih positif dan kekal tenang ketika handle situasi apabila anak buat perangai.