
Penyanyi Adira Suhaimi melahirkan anak kedua semalam 9.9.2018. Netizen kata cantik tarikh lahirnya. Baby pun comel sangat, 3.8 kg.
Adira yang sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan diberi nama Anggerik yang dilahirkan pada 10 Mac 2017. Penyanyi berkulit putih ini telah memuat naik gambar yang menunjukkan butiran lanjut mengenai bayinya di Instagram dengan kapsyen yang pendek.
![]()
Suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pula memuat naik gambar bayi lelaki kedua mereka di aplikasi story di Instagram.

Para peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan selamat berpantang buat pemenang tempat kedua Akademi Fantasia musim ke-8 ini.

Sumber: Instagram Adira Suhaimi & Dato Red
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan Kuman, Luka Caesar Bengkak & Bernanah. Bila Tekan Keluar Macam ‘Cheese’

Bersalin secara pembedahan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti. Namun setiap pembedahan mempunyai risiko tersendiri. Salah satunya ialah bernanah, membengkak dan tidak sembuh-sembuh jika tidak dijaga dengan baik.
Demi melahirkan zuriat yang dikandung, para ibu reda apabila disarankan melalui proses pembedahan caesarean. Namun pastikan luka dijaga dengan baik dan tahap kesihatan diri perlu dipertingkatkan untuk membantu proses penyembuhan.

Jururawat Bel Nawhen mengulas mengenai penjagaan luka caesarean setelah tularnya video luka pembedahan seorang wanita yang mengeluarkan nanah seperti keju cair. Video yang dipercayai dari luar negara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Video ini tular kembali. Ada yang mengatakan ia berlaku kerana tidak berpantang sebaik-baiknya. Siap ada salahkan makanan dan lain-lain lagi.
7 SEBAB LUKA CAESAREAN BERNANAH
Bel turut menyatakan 7 perkara dan sebab yang boleh menjadi punca luka caesarean bernanah.
Sedangkan kalau ada nanah macam cheese tu, maknanya berlaku jangkitan pada luka.

Sebab berlaku jangkitan adalah:
#1. Keadaan penjagaan luka yang tidak sempurna seperti ibu tidak mandi dalam tempoh masa yang lama,
#2. Luka pembedahan dibiarkan lembab (kelembapan tu favourite kuman).
#3. Luka tak dicuci sempurna.
#4. Ada uncontrolled diabetic mellitus yang mana kita tahu luka memang akan lambat sembuh.
#5. Berat badan yang tidak dikawal.
**Pesakit yang mempunyai masalah obesiti, penyakit kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah berisiko menyebabkan luka lambat sembuh.
#6. Sukat segala mak nenek air. Dah sukat air jadi sembelit dan kulit pun tak dapat kelembapan yang sebaiknya lepas tu dah sembelit tu, buang air besar nak kena teran dah bagi tekanan kat abdomen (bagi caesarean) dan perineum (bagi kes kelahiran normal dengan luka episitomi)
#7. Sapu kunyit, manjakani, manjalara, manja-manja, herba entah mana asal usul kat luka pembedahan hingga kuman akibat penyediaan bahan sapuan tadi menjangkiti kawasan luka.

PEKA JANGKITAN KUMAN & ELAK JAHITAN TERBUKA
Selain itu, turut dikongsikan penjagaan yang perlu dilakukan ibu untuk menjaga luka pembedahan. Dalam tempoh selepas bersalin, ibu perlu memastikan bahagian luka dijaga dengan rapi dan peka tanda-tanda terjadinya jangkitan kuman.
Dah bedah maknanya dah selesai ke?
Tidak.
Luka jahitan dan luka pembedahan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka.
Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka adalah;
- Terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka.
- Kulit sekitar bahagian tersebut merah dan kelihatan bengkak.
- Luka kelihatan seperti terbuka dan apabila disentuh, akan merasa sakit.
- Demam
JAGA KEBERSIHAN & KAWAL KENCING MANIS
Secara umumnya, pesakit akan dinasihatkan untuk;
- Menjaga kebersihan diri dan sekitaran.
- Mengambil pemakanan yang sihat.
- Pengawalan berat badan yang optimum.
- Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis
Sumber: Bel Nawhen
Artikel berkaitan: [1 Tahun 5 Bulan Lepas Caeser, Luka Bedah Berdarah Semula! Terbuka Sepanjang Jari Kelingking]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Breast Compression Elak Susu Semakin Berkurang! Lekapan Baik Dapat Merangsang Pengaliran Susu.

Tujuan pemampatan payudara adalah untuk mengekalkan aliran susu ibu yang berterusan semasa bayi menghisap. Ini adalah teknik yang membantu memastikan penyusuan dan penyusuan yang lebih cekap bagi bayi yang kecil, pramatang, mengantuk atau lemah menghisap.
Mampatan payudara boleh memastikan bayi anda aktif menghisap supaya mereka boleh mengeluarkan lebih banyak susu daripada payudara anda. Ini membantu meningkatkan bekalan susu anda. Mampatan payudara juga merupakan cara yang berguna untuk mendapatkan lebih banyak susu semasa anda memerah.
Menurut Noorfazila Binti Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi, lekapan mulut bayi pada payudara ibu yang baik dan dalam dapat memudahkan bayi untuk mendapatkan susu yang banyak. Lekapan yang dalam dapat membantu bayi menghisap dengan lebih berkesan membolehkannya mengeluarkan susu yang lebih dari payudara.

“Perkara ini dapat merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu dan cukup untuk keperluan bayi. Ramai bayi membesar walaupun lekapan tidak dilakukan dengan baik kerana kebanyakkan ibu menghasilkan banyak susu pada mulanya.
“Namun selepas beberapa bulan, jika bayi tidak merangsang payudara anda, pengurangan susu akan semakin berkurangan. Bayi akan mula gelisah apabila diberikan payudara dan enggan untuk menyusu atau menyusu dalam masa yang singkat kerana pengaliran susu yang semakin sedikit”. Kata beliau melalui perkongsian di Facebook miliknya.
Beliau juga berkongsi breast compression boleh dilakukan jika anak:
1. Anak gemar tidur dan susah untuk dibangunkan untuk menyusu.
2. Anak tidak bersungguh-sungguh menghisap dan hanya mahukan puting ibu di dalam mulut sahaja.
3. Anak mengambil masa terlalu lama untuk habis menyusu dan menyusu terlalu kerap.
4. Ibu sedang alami masalah puting melecet, Pastikan anak melekap dengan betul dan lakukan breast compression. la mampu bantu anak dapat lebih susu tanpa perlu lakukan hisapan yang terlalu kuat.
5. Anak menghadapi masalah kenaikan berat. Pastikan lekapan waktu menvusu dibetulkan terlebih dahulu dan bantu dengan breast compression.
6. Ibu menghadapi masalah salur susu tersumbat (clogged duct) atau mastitis. Lakukan breast compression dgn menekan kawasan yang berketul sepanjang anak menyusu.
7. Anak yang mudah tertidur waktu menyusu. Breast compression membantu menggalakkan anak kembali aktif menghisap bagi membolehkan anak cepat merasa kenyang seterusnya memendekkan tempoh menyusu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga Bulan Terlantar Di ICU Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin, Mama Kena Kuat Demi Syahmi!

Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan, Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain. Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par, 28, terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi dan jantungnya terhenti secara tiba-tiba ketika berjuang melahirkan Syahmi secara pembedahan.
Sejak itu Syahmi dijaga oleh ahli keluarga dan bergantung pada susu formula. Hingga saat ini, Fadilla tak boleh lagi memberi tindak balas.

Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par, sejak ditempatkan di ICU November lalu, Fadilla masih belum bagi respon walaupun keadaannya dah nampak ada perkembangan positif. Jika dahulu terpaksa bergantung dengan oksigen, kini mesin bantuan oksigen itu dah mula di buka dan boleh bernafas sendiri.
“Sekarang doktor fokuskan pada rawatan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya kerana terlalu lama terlantar.
“Cuma apa yang sedih, Fadilla masih belum dapat mengenali orang. Apabila bercakap dengannya dia hanya mampu merenung dan air matanya pasti mengalir bila beritahu yang dia ada anak,” katanya.

Bercerita mengenai komplikasi yang berlaku pada adiknya, Hasirah menyatakan sebelum doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, dah 3 kali induce tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
“Mungkin dah ketentuan Allah, kami reda. Kalau nak diikutkan semasa mengandung Fadilla tiada apa-apa masalah.
“Sekarang kami sekeluarga mengharapkan ingatannya kembali pulih dan sihat seperti biasa dan boleh membesarkan anak dengan baik,” jelasnya.
Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.

CORETAN KEADAAN FADILLA..
22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…
08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.
14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.
15.11.2018 mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.
16.11.2018 INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.
17.11.2018 INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm
18.11.2018 mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.
Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk.
Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)
Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…
18.11.2018 juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.
Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…
Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.
Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.
Sumber: Hasirah Nujiey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


