Tak dinafikan, bila kita dapat sedia dan uruskan kelengkapan rumah dengan teratur, lagi semangat untuk kita masuk ke dapur. Lagi seronok kalau semua barang yang kita nak guna dan perlukan sentiasa ada malah diatur kemas dalam peti ais.
Menyimpan barang-barang basah, lauk-lauk frozen juga sayur dan buah perlu ada caranya agar dapat disimpan lama dengan baik. Barulah tak membazir kan?
Tip yang dikongsikan oleh Cik Puan Shakila ini sebenarnya mama boleh cuba. Bukan saja kemas bahkan teratur dan begitu sistematik sekali. Paling penting sayur dan buah diurus dengan baik agar tahan lebih lama. Barulah tak membazir. Jom intai apa tip yang dikongsikan oleh ibu ini.
Sekadar perkongsian dari saya. Ini cara saya simpan dan uruskan barang dapur dan barang mentah, untuk tahan lama dan lebih praktikal. Jimat masa, kemas dan mudah diuruskan.
Lagi pulak tinggal di bandar, barang-barang mahal walhal nak pakai sikit je, tak jual sikit, jual segenggam, baki bahan-bahan tu simpan frozen.
Bahan yang tak tahan macam buah-buah atau sayur, kena habiskan dalam masa kurang seminggu untuk pastikan nutrisi tak ganggu dan tak basi atau layu. Buah pun boleh basi kalau lama-lama dalam peti.
Semoga dapat di manfaat bersama. Lauk-lauk saya pastikan habis digunakan max 3 bulan. Tapi biasanya tak sampai 2 minggu pun hbis. Masak sendiri lebih terjamin kepuasannya. Tapi ada ketika bosan nak makan lauk sendiri, buka foodpanda juga.
p/s: Saya ada share kan di wall saya.. feel free to share post dekat wall atau simpanan memasing ye. Demi Allah, tak ada niat nak menunjuk-nunjuk “peti beso”..sekadar berkongsi idea sesama kita.
Ads
Musim sekarang, struggle sangat nak simpan-simpan barang plus simpan duit pun susah. tak gittew? Tambah pulak, rumah atas, takde tanah nak bercucuk tanam matahari pun susah nak tembus masuk rumah.
Lauk frozen buat untuk satu kali makan.
2nd layer ayam @ ikan frozen. Basuh siap-siap. Siang siap!
Ni cara saya simpan serai, daun kesum, daun limau, segala daun-daunlah.
Ads
Mix vege senang nak makan. Ambik pek kecik-kecik je.
Sayur pek siap-siap untuk sekali masak, nak masak, ambik sahaja. Siap basuh.
Buah-buah saya pek siap-siap bekas kecik. Mudah nak amik, makan dan bawa di mana-mana. Setiap kali meal, mesti ada buah-buah. Snacking time petang.
Ads
Bahan-bahan kering pun saya pek kan bekas kecik-kecik, tak terdedah, akan tahan lebih lama.
Ni lauk frozen, dr freezer, tukar ke chiller. Contoh nak makan tengahari, pagi bawa keluar dari freezer, simpan dalam chiller. So tengahari panaskan sebab saya tak suka guna microwave untuk panaskan makanan.
Ni makanan kering tadi. Saya pek kecik-kecik untuk satu kali minum. Rendam dalam air panas, simpan dalam termos. Minum sehari habis, ni ala-ala booster, orang pantang ke, menyusu atau untuk kesihatan sesuai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pujukan si ayah boleh meredakan drama anak, lebih-lebih lagi menempuhi minggu pertama persekolahan ini. Apa yang dilakukan oleh suami Datin Fouziah Ghous ini membantu, tips yang boleh ditiru bapa-bapa lain juga.
Anak sulung Fouziah, Muhammad Zeeshan, 6 tahun yang melangkah ke alam tadika pada tahun ini. Sebelum ini Zeeshan menghadiri play school.
Menjadi kebiasaan pada awal permulaan persekolahan selepas cuti sekolah yang panjang, kanak-kanak sedang menyesuaikan diri. Apatah lagi bertukar daripada playshcool ke tadika, ia adalah fasa peralihan yang perlu ditempuhi.
Si comel Zeeshan dikatakan tidak mahu menyarungkan pakai seragam tadika dan ini menimbulkan drama dengan ibunya.
Sebagai memujuk, suami Fouziah, Datuk Mohd. Zhafran Md Yusof bertindak memakai baju dan seluar warna yang sama dengan anak mereka iaitu baju berwarna putih dan seluar berwarna kuning untuk menjadikan mereka nampak seperti ‘satu geng’. Ini adalah sokongan yang boleh buat anak bersemangat!
zhafyusof السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ Good Morning. Permulaan pagi dengan penuh Drama between Zeeshan and Mama dia. Probably after one month school holiday,and transition from #PlaySchool to #PreSchool.
Wearing same #OOTD with Zeeshan’s school uniform. Initially,he refused to put on his uniform.Hence ,I pujuk him by telling him “daddy will put on same color of pants and shirt with you ok,Kita Geng !”
All the Best to you my Boy .I’m sure ,you’re a Great student ?. Be helpful and nice to everyone & your teacher.
Bila anak dah tidur ni la macam-macam penyesalan muncul satu persatu kan?
Yela, banyak sebenarnya salah kita yang kita tak sedar. Lebih lebih lagi bila tengah emosi. Emosi yang tengah tinggi ( Emotional Hijacking ) membuatkan fikiran rasional kita tenggelam.
Kita tengking. Kita jerit. Kita cubit. Kita jerkah.
Masa tengah emosi tu kira rasa kita nak didik anak kita tapi bila segala keserabutan rumah dah reda dengan anak pun dah mula tidur, baru la timbul penyesalan dalam hati kita..
” Ya Allah. Rupanya aku marah anak aku sebab aku sendiri yang tengah stress ”
Masa tu, otak rasional ( neocortex ) kita dah kembali dominan balik dah. Masa ni la biasanya ibu-ibu akan menangis tersedu dan teresak-esak penuh penyesalan.
Tanpa kita sedar.. – Kepenatan – Tak difahami pasangan – Tiada Me Time – Konflik dengan pasangan – Tak tahu cara kawal emosi diri
Ni semua antara punca kita mudah ‘terlampias amarah’ pada anak anak kita. Pada ibu ibu semua, jangan putus asa. Beribu lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami benda yang sama.
Ibu yang sempurna bukanlah ibu yang tak ada cacat cela..
Ibu yang sempurna adalah ibu yang tahu kelemahan dirinya dan tak berhenti belajar dan berubah untuk diri dan anak anaknya
p/s : Jom jadi ibu yang berilmu dan ibu yang hebat dengan belajar ilmu mendidik anak tanpa henti!
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Sebentar tadi kita baru dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam kanak-kanak tersebut meminta gula-gula jenis jeli sebelum terkcekik dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.
Sebagai ibu bapa, ada beberapa langkah yang perlu kita ketahui apabila berhadapan dengan detik cemas. Ikuti artikel penuh ini.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN: -Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan:
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Sumber: PORTAL MyHEALTH, KKM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.