Berbanding kuih muih lain, apam antara kuih yang cukup mudah disediakan. Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan gaul sebati kemudian dikukus hingga masak. Mudah dan pantas.

Apam susu colourful ini antara apam yang pastinya mampu menarik perhatian anak kecil kita. Letak sahaja di atas me, pasti habis licin. Jom cuba!


Cantiknya Apom Susu Colourful Ni, Bahan Senang, Nak Buat Pun Mudah!

APOM SUSU COLOURFUL

Bahan-bahan & caranya :
4 biji telur greb B
1 cwn gula (tak mau manis boleh kurangkan)
1 sdb ovalett
1 sdk esen vanilla
4 sdb susu pekat
2 cwn tepung gandum

Mixed semua bahan kat atas sampai betul-betul kembang dan gebu.

Dah kembang bahan kat atas, masukkan susu pekat. Mixed lagi sampai sebati semua.

Ads

Kemudian masukkan tepung gandum. Yang ni saya kaup balik ja sampai sebati.

Bahagi beberapa adunan dan masukkan warna yang kita nak.

Cantiknya Apom Susu Colourful Ni, Bahan Senang, Nak Buat Pun Mudah!

Sambil panaskan air kukusan dulu bagi mendidih. Acuan sapu minyak sikit, masukkan adunan tadi sampai habis.

Ads

Kukus 10-15 minit untuk acuan kecik, kalau guna acuan besar 40-45 minit.

Pastikan balut kain penutup kukus, nanti wap air jatuh tak cantik permukaan apom.

Menarik: Popia Berinti Crab Stick Mayonis Guna 4 Bahan Je, Sedap Anak-Anak Suka

Cantiknya Apom Susu Colourful Ni, Bahan Senang, Nak Buat Pun Mudah!

Ads

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit : lyza anuar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI