Sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP banyak rakyat Malaysia yang mula menunjukkan sisi kreatif masing-masing. Selain masakan, kita mula seronok untuk menghias rumah. Banyak bahan-bahan murah atau terpakai yang diubah menjadi hiasan dekorasi yang menarik.
Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh Raden Eryanie ini. Dia dan suami hanya mengeluarkan kos lebih kurang RM80 sahaj untuk menghasilkan art piece yang sangat cantik untuk hiasan rumah mereka.
Saya share kat sini. Kot2 ada yg nk try bt.
Asalnya nk cari IronWall tp xda jmp lg yg mampu milik. So blh la try yg ni
Barang2 tangkai daun beli kat KAISON + frame beli kat MR DIY size A4 Spray guna Warna Silver & Gold utk bg 2 tone color (Beli kat MR DIY) Glue Gun Cable tie
Total kos dalam RM 80
Benda ni senang nk gantung sbb ringan sgt2.
Ads
CARA MEMBUAT: 1. Semburkan spray pada daun mengikut kreativiti. Keringkan daun.
2. Apabila daun sudah mengering, bolehlah dilekatkan dengan gam pada bingkai gambar.
Ads
3. Untuk mengukuhkan kedudukan batang daun dan sebagainya, ikatkan dengan cable tie.
4. Bolehlah digantungkan pada mana-mana dinding yang dikehendaki.
Bila dah siap, nampak mewah. Kalau nak beli hiasan begini yang sudah sedia siap, pasti harganya mahal. Anda boleh mewarnakan daun hiasan mengikut warna pilihan, spray pun ada macam-macam jenis kan? Bila buat bersama-sama dengan pasangan, ia dapat menguatkan jalinan kasih sayang antara suami isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada waktunya, hati seorang isteri terasa bila mana terasa suami melebihkan orang lain. Apa lagi peluang untuk bercuti bersama langsung tidak ada. Hati seorang isteri terasa.
Inilah yang dilalui isteri penerbit dan pengarah popular, Syahmi Shazli, Anissa Faizul yang mendedahkan sikap sebenarnya suaminya.
Ujar Anissa, dia sendiri pada mulanya kurang memahami sikap suaminya itu yang sentiasa mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Malah kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, setiap kali bercuti, suaminya itu tidak pernah melupakan pekerjanya yang sentiasa turut di bawa bersama ketika bercuti.
Hati kecilnya pernah terasa namun dia kini memahami bila mana penghargaan diberikan oleh ibu kepada pekerjanya yang begitu bersyukur dengan sikap pemurah suaminya itu. Dia kini mengerti betapa membahagiakan insan lain adalah kebahagiaan bagi dirinya dan suami.
Menerusi facebooknya, isteri kesayangan Syahmi itu berkongsi cerita.
“Dari dulu sampai sekarang, Nissa cuba paham apa yang ada dalam kepala Syahmi. Selalu dahulukan orang lain sebelum diri sendiri. Kalau dulu, rasa terbeban kenapa tiap kali kami bercuti tidak berdua.
“Selalu ada orang lain bertemankan kami. Dan sekarang, Nissa dah paham.
“Tadi salah sorang ibu kepada staf Nissa ucapkan terima kasih pada kami sebab bawa anak dia jalan-jalan dan layan anak dia dengan baik. Dia cakap nak harapkan dia buat sama seperti kami buat, mungkin tak tahu bila. Dengan kami je, anak dia dapat rasa begitu.
“Ini la sebabnya. Terima kasih suamiku kerana banyak mengajar erti berkongsi. Meskipun bukan dari segi wang, tapi kenangan tu yang kami perlukan.
“Andai kata hubungan itu tidak kekal, tapi kenangan itu yang kekal dengan kami♥,” katanya berkongsi.
Syahmi seperti yang diketahui sering membawa pekerja-pekerjanya bercuti malah tidak kurang juga turut membelikan barangan sebagai ganjaran dan rasa tanggungjawabnya sebagai majikan.
Melalui perkongsian Anissa di facebooknya, Syahmi juga turut membawa pekerjanya membeli belah malah turut membelikan barang kemas sebelum berjuang berniaga air balang sepanjang Ramadan ini. Inilah sikap yang perlu dicontohi semua.
Kecomelan Bunga Elhaq sering mencuri perhatian warganet bahkan banyak foto atau video anak Elisya Sandha ini dikongsikan oleh ibunya melalui laman Instagram.
Bukan itu saja, cucu kepada pelakon serta pengarah drama terkenal, Sheila Rusly, ini juga selalu menghabiskan masa bersama Nanna yang sangat menyayanginya.
Meninjau ke laman Instagram Elisya Sandha, dia telah memuatnaik sebuah video ketika menyambut enam bulan kelahiran Bunga. Di dalam video itu dapat dilihat Bunga diletakkan dalam baby chair dan Elisya menyediakan sepotong kek di hadapan anaknya itu.
Kemudian Elisya menyusun enam batang lilin dan kemudian menyalakannya. Simbolik enam batang lilin untuk menandakan Bunga kini sudah genap enam bulan.
“Meraikan enam bulan menjadi ibu kepada kamu Bunga. Dah setengah tahun, begitu cepat masa berlalu. Semoga Bunga membesar menjadi anak yang baik dan solehah. Amin..”
Berikut adalah komen yang ditinggalkan warganet;
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi comel Bunga apabila melihat kek dan lilin tersebut. Seolah-olah memahami sambutan itu untuk dirinya, jelas kelihatan wajah Bunga yang teruja!
Anak memandu dan menunggang tanpa lesen, jangan normalisasikan budaya begini. Di jalan raya Malaysia, bukan sesuatu yang luar biasa melihat remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen atau memandu kereta tanpa kelayakan yang sah.
Anak Memandu Dan Menunggang Tanpa Lesen, Jangan Normalisasikan Budaya Begini
Ia seakan menjadi satu budaya yang semakin diterima oleh masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Malah, ada ibu bapa yang dengan rela hati membenarkan anak-anak mereka memandu sebelum umur yang dibenarkan, seolah-olah ia perkara biasa.
Tapi sampai bila kita nak terus tutup mata? Sampai bila kita nak biarkan mentaliti “tak apa, semua orang buat” ini berleluasa?
Statistik kemalangan jalan raya sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen bukan sekadar isu remeh, tetapi ancaman nyawa yang serius.
MENURUT LAPORAN INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS), GOLONGAN REMAJA ANTARA YANG PALING RAMAI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT, TERUTAMANYA MEREKA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.
Mereka tidak cukup matang untuk memahami risiko di jalan raya. Kemahiran mereka masih belum cukup untuk mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan. Ini bukan soal kecekapan sahaja, tetapi juga soal kebertanggungjawaban. Lesen memandu bukan sekadar sekeping kad, ia simbol latihan, pemahaman undang-undang, dan disiplin di jalan raya.
Peranan Ibu Bapa: Jangan Jadi Pendorong
Tidak dinafikan, sesetengah ibu bapa memberikan kebenaran kerana keperluan. Mungkin kerana anak perlu ke sekolah, ke kedai, atau membantu keluarga. Namun, keperluan bukan alasan untuk mengabaikan keselamatan mereka.
Bila ibu bapa membiarkan anak-anak memandu atau menunggang tanpa lesen, mereka sebenarnya sedang mengajar anak-anak bahawa melanggar undang-undang itu boleh diterima. Jika hari ini mereka dibiasakan dengan kesalahan kecil, esok lusa mereka tidak akan takut untuk melanggar kesalahan yang lebih besar.
Masyarakat Juga Perlu Ambil Peduli
Jangan tunggu sehingga ada kemalangan berlaku di depan mata baru kita mahu bersuara. Jika nampak anak jiran atau saudara mara yang masih bersekolah menunggang motosikal tanpa lesen, tegurlah. Jika nampak ibu bapa dengan bangga membenarkan anak mereka membawa kereta sebelum cukup umur, nasihatkan mereka.
Ini bukan soal menjaga tepi kain orang, tetapi soal tanggungjawab bersama. Keselamatan di jalan raya bukan hanya melibatkan individu, tetapi semua pengguna jalan raya.
Penegasan Undang-Undang
Undang-undang sudah ada, tetapi penguatkuasaan perlu lebih tegas. Hukuman terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka memandu tanpa lesen harus dipertingkatkan. Pihak berkuasa juga perlu lebih agresif dalam menangani isu ini, bukan sekadar menunggu operasi atau sekatan jalan raya semata-mata.
Selain hukuman, pendidikan juga perlu diperkuatkan. Kempen kesedaran harus digiatkan di sekolah dan dalam komuniti supaya semua pihak memahami risiko serta tanggungjawab mereka.
Normalisasi anak-anak memandu dan menunggang tanpa lesen harus dihentikan segera. Jangan biarkan ia menjadi satu warisan yang kita turunkan kepada generasi seterusnya. Kita mahu anak-anak membesar dengan selamat, bertanggungjawab, dan menghormati undang-undang.
Nyawa bukan perkara yang boleh diuji atau dipandang ringan. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk berubah.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...