Cantiknya Art Piece Guna Daun & Frame Gambar Ni. Modal Tak Besar, Tapi Nampak Mewah!

Share

Sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP banyak rakyat Malaysia yang mula menunjukkan sisi kreatif masing-masing. Selain masakan, kita mula seronok untuk menghias rumah. Banyak bahan-bahan murah atau terpakai yang diubah menjadi hiasan dekorasi yang menarik.

Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh Raden Eryanie ini. Dia dan suami hanya mengeluarkan kos lebih kurang RM80 sahaj untuk menghasilkan art piece yang sangat cantik untuk hiasan rumah mereka.

Ikuti perkongsian ini.

Artikel lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]

ART PIECE DAUN & FRAME

Saya share kat sini. Kot2 ada yg nk try bt.
Asalnya nk cari IronWall tp xda jmp lg yg mampu milik. So blh la try yg ni

Barang2 tangkai daun beli kat KAISON + frame beli kat MR DIY size A4
Spray guna Warna Silver & Gold utk bg 2 tone color (Beli kat MR DIY)
Glue Gun
Cable tie

Total kos dalam RM 80

Benda ni senang nk gantung sbb ringan sgt2.

CARA MEMBUAT:
1. Semburkan spray pada daun mengikut kreativiti. Keringkan daun.

2. Apabila daun sudah mengering, bolehlah dilekatkan dengan gam pada bingkai gambar.

3. Untuk mengukuhkan kedudukan batang daun dan sebagainya, ikatkan dengan cable tie.


4. Bolehlah digantungkan pada mana-mana dinding yang dikehendaki.

Artikel Lain: [DIY Doll House Paling Senang. Nampak Mahal, Tapi Modal Tak Sampai RM30!]

Bila dah siap, nampak mewah. Kalau nak beli hiasan begini yang sudah sedia siap, pasti harganya mahal. Anda boleh mewarnakan daun hiasan mengikut warna pilihan, spray pun ada macam-macam jenis kan? Bila buat bersama-sama dengan pasangan, ia dapat menguatkan jalinan kasih sayang antara suami isteri.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham