Cantiknya aturan Allah, kedua-duanya pernah kehilangan orang tersayang, kedua-duanya turut punya cahaya mata.
Setelah 4 tahun bergelar ibu tunggal dan kehilangan suami, Allahyarham Herman Sikumbang pemain gitar kumpulan Seventeen, akhirnya Juliana Moechtar kini selamat bergelar isteri kepada seorang tentera TNI, Left Kolonel Nur Wahyudi.
Arwah Herman Sikumbang menghembuskan nafas terakhir dalam Tsunami yang melanda pantai Tanjung Lesung, Banten Indonesia pada Disember 2018 ketika mengadakan persembahan pada majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Ads
Pelakon cantik ini juga sudah melakukan solat istikarah 3 bulan sebelum menerima pinangan pihak lelaki.
“Kami bukan yang sembarang dekat terus nikah. Kami benar-benar istikharah dan tahajud 3 bulan, benar-benar meminta. Sampai akhirnya Allah menghendaki, ya dilancarkan saja,”
Ads
Juliana Moechtar juga sudah bersedia menjadi ibu kepada anak Wahyudi dari pernikahan terdahulu. Sebelum bernikah, mereka sudah berbincang soal anak-anak.
“Sudah bersedia, anak dia perlukan ibu, anak saya perlukan papa, jadi kita berdua commit dari awal untuk menyayangi anak piatu, anak yatim,” katanya.
Sebelum keluar bekerja, arwah suami sempat memberi ciuman kepada anak kami, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan. Itulah kenangan terakhir anak bersama arwah ayahnya.
Menurut Nor Shahida Saidin, arwah suaminya, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada Khamis pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kerana kepenatan.
“Arwah suami menjalani rutin kerja yang panjang kerana hampir setiap hari perlu berulang-alik dari kediaman mereka di Tanjung Piandang, Kuala Kurau ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur,” katanya.
Kongsi Shahida, tempoh perjalanan yang jauh itu menyebabkan arwah selalu mengadu keletihan dan sakit-sakit badan.
“Dalam perbualan kami baru-baru ini dia ada kata nak berhenti daripada kerja sekarang dan nak memandu treler sahaja.
“Kerja sekarang dia perlu ulang alik ke Cameron Highlands dan lepas itu hantar barang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, serta Alor Setar, Kedah, perjalanan jauh dan memenatkan.
“Kalau bawa treler, mungkin seminggu sekali baru dapat pulang, cuma terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan saya sahaja,” katanya.
Nor Shahida yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, suaminya keluar rumah awal pagi pada Khamis dan sempat memberi ciuman kepada dua anak mereka tanpa menunjukkan apa-apa perubahan pelik.
Katanya, ketika meninggalkan rumah, arwah juga menitipkan pesanan bahawa dia akan kembali ke rumah selepas kerja.
“Semasa kawan suami maklumkan kejadian itu, saya masih tidak percaya dan nak tunggu maklumat lain.
“Sehinggalah majikan suami hubungi saya dan maklumkan lori dipandu arwah berada di bawah runtuhan itu, barulah saya percaya. Saya hanya terdiam,” katanya.
Jenazah Muhammad Hafiz dikebumikan di kampung halamannya di Tanjung Piandang pada Jumaat.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu telah mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan mereka tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kecil ni ada saja gelagat mereka yang mencuit hati. Kadang-kadang tu tidak terduga apa mereka buat dalam situasi tertentu. Biarpun apa mereka buat tu tak sesuai dengan keadaan, tapi bila tengok telatah mereka tu jadi lucu pula.
Kanak-kanak yang naif ni, mereka hanya bergembira dan menikmati momen ketika itu. Bila orang sekeliling melihat aksi mereka, ia sebenarnya menjadi hiburan.
Sebuah video yang dikongsikan oleh Tiktok Bintang Kecil menunjukkan suasana majlis pelancaran perisa Beaukids baharu yang berlangsung di Petrosains pada hari Sabtu yang lepas.
Dapat dilihat ketika ibunya sedang berucap, Aafiyah dan beberapa orang kawan barunya sibuk bermain di atas pentas. Rupa-rupanya Aafiyah dan kawannya nak memanjat hiasan yang ada di pentas.
Sempat juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza menegur anak sulungnya itu. Ternyata gelagat Aafiyah dan kawannya itu mencuit hati para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
“Haa.. Aafiyah buat apa tu? Sayang, kejap-kejap ya. Nanti kita panjat,” tegur Tokti.
Begitulah lumrahnya kanak-kanak. Tak kira masa dan tempat, mereka hanya mahu bermain dan menikmati waktu tersebut dengan kawan-kawan. Sebenarnya dalam keletihan atau mungkin stres, bila tengok gelagat anak yang comel ni boleh hilang semua rasa penat tu. Mereka memang penyeri hidup kita!
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mendera anak angkatnya berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur. Difahamkan kejadian ini berlaku disebabkan kanak-kanak itu membuang air besar di tilam dan tidak mahu makan
Kejadian itu turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum melaporkan kepada polis semalam.
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu bermula bulan lalu dan terbaru dia melakukan perbuatan itu jam 7 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur mereka memarahi mangsa.
Menurutnya, wanita terbabit juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.
“Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.
“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad Farouk berkata, susulan itu pada jam 5 petang semalam, polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.
“Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.