Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 November yang lalu, kini selepas berusia sebulan, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham tampil berkongsi wajah bayi kesayangan mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, keduanya tampil segak mengabadikan kenangan bersama puteri sulung mereka yang kini genap usianya sebulan.
Wajah si comel Azzalea Safiyya dipotretkan dalam satu sesi fotografi khas dengan busana warna merah jambu. Paling comel pastinya gaya Azzalea yang menaiki buaian comel sambil dikelilingi bunga-bunga indah.
“Our beautiful Azzalea,
May you grow up to be righteous, May you grow up to be true, May you always know the truth and see the lights surrounding you, May you always be courageous, stand upright and be strong
Dalam pada itu, keduanya juga tampil dengan persalinan warna biru bersama buah hati tersayang. Tampak manis keduanya yang kini sudah pun menempuh dunia baru bergelar ibu dan ayah.
Ads
Kongsi detik kelahiran Azzalea
Dalam pada itu, Sheryl juga turut memuat naik video momen indah ketika detik kelahiran bayinya itu menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
Penuh kepayahan namun berbaloi selepas melihat buah hati tersayang di depan mata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Azzalea Safiyya malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapanya.
Ads
Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.
6 jenis vaksin ini diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Ia berupaya melindungi lebih dari 11 penyakit berbahaya.
Perkongsian daripada Dr Amirul Amzarpatut diketahui oleh semua ibu bapa. Vaksin diibaratkan seperti hadiah yang sangat bermakna buat anak sebagai adalah usaha untuk mengelakkan si kecil daripada dihinggapi penyakit berjangkit yang berbahaya seperti difteria, cacar, pertussis dan sebagainya.
JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA
Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.
Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.
Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.
Duntuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.
Tuntuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.
aPadalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.
IPVadalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.
HiBadalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.
Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.
Mpertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.
Mnombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.
Runtuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.
Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.
Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.
Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.
Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.
Si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin mencuit hati ramai.
Mana tidak tidaknya, Fatima yang kini berusia hampir dua tahun ini begitu petah bercakap. Jika sebelum ini Fatima menyebut nama ibunya sebagai ‘Zuwa’ kini Fatima atau nama panggilannya Nyamma begitu petah menyebut nama ayahnya, Fattah Amin.
Lucu mendengar Fatima menyebut nama keduanya dengan begitu jelas dan lancar selepas ditanya oleh ibunya. Bijak!
Menerusi Insta Storynya, Fazura turut memuat naik video Fatima menyebut nama keduanya-duanya dengan lancar.
“What your name? Nyamma.
“Whose your daddy? Fattah.
“Fattah apa? Fattah Amin..
“Mummy? Zuwaa..
Tak menunggu lama, Fatima menjawab setiap pertanyaan ibunya dengan begitu lancar. Paling mencuit hati pastinya ketika Fatima menyebut nama bapanya, Fattah Amin dengan begitu lancar. Comel sekali.
Dalam pada itu, video yang dikongsikan semula oleh kelab peminat Fazura itu turut mendapat reaksi dari peminat pelakon cantik manis ini.
Hujung minggu lalu, Fazura menghabiskan masa bersama si comel Fatima melawat zoo bersama ahli keluarga lain bagi memperkenalkan anak kecilnya itu dengan haiwan dan persekitaran.
Seronok melihat telatah comel Fatima yang memberi reaksi setiap kali melihat haiwan di depan matanya.
Ramai ibu risau berat anak tak naik-naik. Dah puas bagi macam-macam suplemen tetap sama. Bab makan kadang anak memilih juga. Tapi kalau air manis, cepat pula. Tapi ibu ayah tahu tak, air manis seperti teh atau kopi dan air berperisa lain salah satu faktor anak kurang berat.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M. Sobri.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak-kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah. Si abang usia 5 tahun tapi berat baru 10kg. Kerap selsema, demam dan batuk. Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska, maka semua makanan anak-anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam-macam saya dah kenalkan, macam-macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya” Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba-tiba si abg merengek nak balik. Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya tak nak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abangnya dan bagi abang untuk minum.
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut. Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang-kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 Kandungan zat sangat kurang.
Air manis hanya gula semata-mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding dengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam airnya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja. Kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botol air di mana anak boleh minum tanpa had.
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan imuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!