
Cantiknya Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira, persis macam mamanya. Engku Aleesya puteri kesayangan Erra Fazira telah pun menginjak usia 16 tahun. Merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Engku Aleesya sering menjadi perhatian ramai dek kecantikan wajahnya.
Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Erra Fazira berkongsi gambar bersama puteri kesayangannya itu. Menerusi hantaran itu juga, primadona jelita ini juga turut menyampaikan ucapan hari raya.
Sumber: Instagram Erra Fazira
Baca artikel lain juga: Mahu Anak Dapat Kasih Sayang Sama Rata Erra Fazira Tak Mahu Berebut Anak Dengan Bekas Suami!