Puding roti marble sememangnya cukup mudah disediakan. Hanya campurkan sahaja dan lorekkan seperti marble di atasnya. Namun kali ini berbeza dengan puding roti yang dijadikan lapisan seperti buah tembikai.
Rupanya tidaklah sukar hendak mencorakkan seperti tembikai. Dengan konsep yang sama, hanya biarkan ia membeku dan keras. Jom cuba resipi puding roti yang dikongsikan oleh Merysona Edyson ini.
Roti pagi tadi ehh sahur tadi ada lagi. Jom tengok saya buat puding roti.
Bahan-bahannya
Bahan A:
4 keping roti (buang bahagian tepi)
1 biji telur
1 cawan susu cair (250ml)
1/2 cawan air(125ml)
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
3 cawan air(750ml)
1 paket agar-agar serbuk(10g)
Masukkan dalam blender. Kesemua bahan tadi kita kisar halus ya.
Dah blender tuang dalam kuali baru. Cantik tak kuali saya? Berat ui. Masak guna api sederhana, masukkan 3 cawan air (750ml).
Masukkan 1 paket serbuk agar-agar. Beli yang clear tau. Kejap lagi nak main kaler-kaler pulak.
Masak hingga mendidih. Jangan lupa kacau ye.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, (merah , hijau dan putih) untuk bahagian merah lebihkan banyak. Kaler adunan menggunakan pewarna makanan.
Sediakan loyang 8 inci dan basahkan dengan sedikit air. Supaya puding senang untuk dikeluarkan.
Tuang adunan hijau dahulu. Kemudian diikuti putih di bahagian tengahnya.
Terakhir tuang kan adunan bewarna merah. Aisehhh sikit pulak adunan merah saya. Huhuhuhuhu.
Takpe, masukkan dalam peti sejuk. Rasa-rasa dah sejuk boleh la makan. Haippp bagi yang puasa tunggu maghrib ye.
Taraaaaaa. Saya hiaskan dengan coklat cip. Nampak macam tembikai, tapi bukan dia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Jagung Bantu Naikkan Berat Badan Anak
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cubalah Masak Bubur Jagung, Sedap, Rasa Lemak Manis
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.
Nampak macam susah nak sediakan, rupa-rupanya kacang botak berempah bersalut tepung ini sangat mudah untuk disediakan. Modalnya pula tak lebih dari RM10 dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Bukan sahaja dapat disimpan dalam kuantiti yang banyak malah boleh diberikan sebagai buah tangan buat saudara mara.
Jom ikuti perkongsian resipi ini!
Kudap-kudap sambil membawang😁😁..
*Kacang botak @ kacang salut tepung
Bahan-Bahan
250gram kacang tanah
2 sudu kecil gula
1 sudu makan jintan manis(dikisar)
1 sudu makan jintan putih(dikisar)
1sudu makan serbuk cili
2sudu makan serbuk kari daging
1biji telur
sedikit garam
2sudu makan tepung gandum
Cara-caranya
Gaul semua bahan kecuali kacang,gaul sebati. Dah sebati masukkan kacang,gaul rata. Goreng dengan minyak yang banyak api slow-slow,leraikan kacang tanah sambil mengoreng.
Selamat mncuba😁
Kredit: Noor Baini Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap hari macam-macam menu mama papa cuba buat untuk gembirakan anak-anak kan. Kali ni jom kita cuba resipi donat mozzarella tarik, perkongsian daripada Puan Nd Yusof. (https://naddaily.com/). Menjadi lembut gebu donatnya dan paling penting bila tengok keju tu ditarik, terus terliur.
Paling menarik, bahan asasnya sama macam nak buat donat kampung biasa, cuma masukkan keju mozzarella di tengah-tengah donat. Memang superb!
Bahan Yis:
11 gram yis atau 1 peket
1 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat
Campurkan dan biar aktif 20 minit
Bahan doh:
5 cawan tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
1 cawan air (masuk sikit sikit ya)
Keju mozzarella parut
Satukan dulu bahan yis dan biar yis kembang atau aktif selama 20 minit. Tutup dengan kain supaya tak masuk habuk.
Sementara tunggu yis kembang. Kita mula buat adunan tepung donat. Masukkan 5 cawan tepung gandum, 3 sudu besar butter dan 1 sudu kecil garam. Ramas-ramas dengan tangan aja.
Kemudian tuangkan yis kita yang dah kembang tadi. Gaulkan dengan sudu atau spatula.
Sediakan satu cawan air, masukkan sedikit demi sedikit dan kita boleh mula menguli. Ramas-ramas dan tekan dengan tangan sampai tepung dan air tadi bersatu.
Adunan memang akan agak lembik-lembik sedikit macam ni. Tutup dengan kain atau tip nak bagi doh kita cepat naik, masukkan dalam oven tapi jangan ON apinya ya. Biarkan dalam oven 20 minit.
Bila doh dah kembang, boleh mula bentuk donat kita. Doh kembang tu selalunya dia naik dua kali ganda macam ni.
Bahagi doh kepada tiga bahagian. Ambil satu dan kemudian bulat-bulatkan. Lepas tu bahagi pula kepada enam bahagian sama besar (boleh agak-agak aje).
Gelek satu doh kecil agak nipis, kemudian masukan keju mozzarella di tengah-tengah. Lebih banyak keju, lebih sedap. Kemudian tutup doh kita tadi dan bulatkan semula. Letak dalam dulang dan ulang untuk yang lain.
Inilah dia donat kita sedia untuk digoreng.
Gunakan api sederhana untuk menggoreng. Balik-balikkan donat biar masak sekata. Bila dah kuning kecoklatan, boleh angkat donat kita.
Biar donat agak sejuk sedikit sebelum kita gaulkan dengan gula. Nanti gula tu cair pula. Makan donat sementara tengah panas-panas lebih sedap. Lembut, gebu dan barulah menjadi tariknya.
Untuk video cara membuat donat mozzarella tarik ini, boleh juga lihat video di sini ya. Selamat mencuba!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular perkongsian sebuah video berdurasi dua minit memaparkan seorang bapa memberikan beberapa dokumen hibah kepada anak-anak yang beratur untuk bersalaman di hari raya baru-baru...