Setelah sekian lama, akhirnya pelakon dan pengacara Yana Samsudin tampil memuat naik beberapa keping gambar anak keduanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Yana turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Aura Aisy Sofea. Namun katanya, nama itu masih belum didaftarkan kerana menunggu slot temujanji di JPN yang masih penuh.
Yana selamat melahirkan bayi keduanya itu pada November tahun lalu.
“Assalamualaikum semua.. good morning.
“Memperkenalkan anak kedua ABC… baby Gaming @AuraAisySofea huhu Nurblackpink nama pemberian @AisyMateen tu KIV dulu eh.
“Yang pastinya selagi tak daftar lagi macam macam boleh jadi dengan nama baby ni hahahaha!!!
Pun begitu kata Yana lagi, nama yang dipilih olehnya dan suami itu masih belum didaftarkan lagi di JPN kerana slot temujanji yang penuh sehingga Februari ini.
Malah Yana juga turut menasihati kepada ibu bapa yang bakal melahirkan anak untuk segera menempah temujanji untuk mendaftarkan nama anak bagi mengelak lambat mendaftar sepertinya.
“Huhu tapi belum daftar nama lagi.. korang tau kenapa?
“Slot JPN Selangor full sampai tengah Februari. Nak ingatkan korang yang baru dapat baby atau nak lahir baby kena buat temujanji JPN awal-awal tau, ikut lokasi dan tarikh siap siap hihi,” kongsinya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut dan peminat Yana di instagram memuji kecomelan wajah anak kedua yang baru dikongsinya itu.
Tidak kurang juga yang berkongsi masalah sama yang dihadapi Yana untuk mendaftarkan nama anak mereka.
“Alhamdulillah sepasang. Aisy Mateen & Aisy Sofea 😍😍 Masyaallah comell nya.
“Masya Allah comel dedua. Cantik nama baby gurl.. Aisy Sofea. Semoga membesar jadi anak soleh dan solehah.
“Comelnya muka sebiji macam mateen. Adik mateen comel la.
Terdahulu, Yana mendirikan rumah tangga bersama, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aisy Sofea.
Artikel berkaitan: Sayang Mateen Dunia Akhirat, Rasa Terabai Sejak Ada Adik, Yana Samsudin Pujuk Anak Dengan Cara Sendiri
Mateen Dah Jadi Abang Long, Yana Samsudin Pilih Berpantang Di Kampung
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yanasamsudin & @fadzilzahari