Tinggal lagi beberapa hari, pelakon Emma Maembong sudah pun habis tempoh berpantangnya selama 44 hari. Emma Maembong yang selamat melahirkan anak pertamanya pada 11 November lalu kini sudah pun semakin sihat.
Sepanjang tempoh berpantang ini, boleh dikatakan setiap hari Emma tidak lokek berkongsi pelbagai pertanyaan daripada peminatnya di insta storynya.
Walaupun menjawab pelbagai pertanyaan namun Emma tidak pula memberitahu nama anaknya. Semalam menerusi satu entri di instagramnya, Emma berkongsi sekeping gambarnya bersama anaknya dengan turut berkongsi sebuah nama indah.
“Me and Gabriel,” kongsinya ringkas di instagram.
Bukan itu sahaja, bahkan instagram khas dibuat untuk zuriat pertama itu juga turut ditukar namanya. Jika sebelum ini Emma dan suami menggunakan nama @eslovestory, kini instagram itu telah pun digantikan dengan nama @shariqgabriel.
Shariq Gabriel, itulah nama yang dikongsikan oleh Emma dan suaminya menerusi instagram tersebut.
Dalam pada itu, menerusi instagram suami Emma, bapa penyayang itu turut berkongsi sekeping gambarnya bersama anak dengan turut memaklumkan nama indah itu.
“My son baby gabriel,” kongsinya.
Rata-rata peminat memuji nama indah Gabriel yang sedap dan cantik. Kata mereka, bukan hanya memiliki mata yang unik dan comel seperti anak patung, bahkan turut memiliki nama indah.
Semoga yang baik-baik sahaja buat baby Gabriel. Teruslah membesar menjadi anak yang sihat dan bijak serta membahagiakan mommy dan daddynya.
Terdahulu, Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu. Pada 11 November lalu, Emma selamat melahirkan bayi sulungnya.
Artikel berkaitan: Cantiknya Mata Grey Dia, Emma Maembong Kongsi Gambar Photoshoot Anak, Peminat Puji Macam Anak Patung!
Alhamdulillah Baby Boy, Suami Umum Kelahiran, Emma Maembong Selamat Bersalin Anak Lelaki!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Kredit: @shariq.gabriel @emma_maembongofficial