“Cantiknya Nama” Nama Indah & Makna Pun Elok, Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Nama Anak Keempatnya!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi keempatnya pada 26 Mac yang lalu, personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim kini tampil mengumumkan nama indah buat bayinya itu pada hari ketujuh kelahirannya.

Tidak hanya mendedahkan nama, pada masa yang sama juga Azrinaz turut melakukannya upacara tahnik kepada bayi perempuan itu sekaligus mengumumkan nama buatnya.

Menerusi Instagramnya, Azrinaz berkongsi cerita dan gambar majlis tahnik yang di lakukan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, yang merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, @abdulkarimalmakki Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“To recap, tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan,” kongsinya.

Mengambil keberkatan dan disunatkan ketika hari ketujuhnya itu, Azrinaz turut memberikan nama yang cukup indah buat anaknya itu.

“Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi

“Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH.

“ATHEERA bermaksud harum. MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Azrinaz turut memanjatkan doa agar Atheera menjadi anak solehah malah mengharumkan nama keluarga serta berjaya dunia akhirat.

“Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” kongsinya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Azrinaz di Instagram turut memuji nama yang dipilih Azrinaz dan suami itu cukup indah dan mempunyai makna yang baik.

“Alhamdulillah lovely name❤️

“Alhamdullilah…..cantikkkk nama tu #AtheeraMedinah”

“SubhanAllah. Semoga Atheera Medinah mmbesar jd anak yg mmbahgiakan ayahanda bonda , cemerlang dunia akhirat… aaminnn Allahumma Aaminn”.

 

Semoga Atheera menjadi anak yang solehah malah membahagiakan ibu dan ayahnya. Terdahulu, Azrinaz selamat melahirkan bayi keduanya bersama suami pada 26 Mac lalu. .

Artikel berkaitan: Bersalin Kali Ni Sangat Lancar. Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Azrinaz Luah Rasa Syukur

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @azrinazmazharhakim

Published by
SRM