Selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh cantik, 22 Februari lalu, Aurel Hermansyah, anak kesayangan Kris Dayanti kini sudah pun kembali ke rumahnya bersama bayi comelnya yang bergelar Baby A.
Sempena kelahiran sulung ini, suami Aurel yang juga Youtuber terkenal, Atta Halilintar memuat naik beberapa siri video kepulangan Aurel yang kini sudah semakin sihat dan cergas.
Malah Atta dan Aurel turut sama berkongsi wajah kesayangan mereka kepada umum melalui medium itu. Si comel Baby A yang sudah diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta turut sama dikongsikan wajahnya di Instagramnya keduanya. Comel sekali.
“My life” tulis Aurel dan Atta di kapsyennya.
Namun apa yang menarik perhatian, wajah comel Baby Ameena ternyata menarik perhatian ramai. Kulit mulus dan gebu dengan mata yang begitu cantik dikatakan persis ibunya, Aurel Hermansyah.
Malah melalui beberapa siri video yang dikongsikan Atta, pastinya video menyentuh hati dan sayu saat mendengar Baby Ameena menangis sebaik dilahirkan ke dunia.
Ads
Kekuatan yang bukan sedikit dibawa oleh ibu cantik ini untuk berjuang melahirkan bayi sulungnya. Kelihatan Atta setia di sisi memberikan semangat buat Aurel saat berdepan detik cemas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji wajah comel Baby Ameena yang begitu redup dan mulus.
“Naturally born beautiful like her mother ❤️”
Ads
“Maasyallah tabarakallah”
“Welcome to the world Sweetheart 💝💝💝”
“Sempurnanya, gemesh.”
“Omg so kyoootttt. Masha Allah masha Allah semoga jadi anak soleha amin.”
Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. Sebelum menyambut kelahiran Baby Ameena yang ditunggu-tunggu pada 22 Februari lalu, Aurel pernah keguguran di awal perkahwinannya.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama papa mesti seronok bila nampak ada gigi yang mula tumbuh pada si kecil. Tapi bila anak mula nak tumbuh gigi mereka biasanya jadi tak selesa dan menolak untuk makan.
Bila wujud keadaan ini, pastinya mama papa risau apa yang perlu dilakukan supaya si kecil tidak terus merengek dan rasa tidak selesa. Perkongsian oleh Pegawai Pergigian, Dr Iqbal Rosali untuk persediaan ibu-ibu bila anak mula tumbuh gigi boleh dijadikan rujukan.
TEETHING
Mak-mak dah bersedia bila anak mula mengalami teething?
Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar. Gigi susu pertama akan mula tumbuh lebih kurang umur baby 6 bulan.
Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ialah:
1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit seperti dalam bentuk gel,
untuk masalah teething?
Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu badan. Ini memang menguji kesabaran.
6. Bawa anak ke klinik sekiranya mengalami demam.
7. Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Bila anak dah mula tumbuh gigi, datang satu lagi tanggungjawab, iaitu kita nak pastikan gigi susu itu dijaga dengan baik.
Elakkan mereka tidur dengan botol susu dan bantu mereka bersihkan gigi setiap hari. Boleh kan?
Selepas pemergian puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardiah pada 26 November lalu, pelawak Ali Puteh berkongsi keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun cukup perit untuk menerimanya.
Jelas Ali mesin bantuan pernafasan terpaksa dicabut selepas kali ketiga kerana akan memberi kesan kepada otak dan buah pinggang arwah anaknya.
“Saya baru kehilangan anak saya yang berusia tiga bulan selepas mengalami masalah injap jantung terbalik. Dia hanya mampu bertahan selama 16 hari selepas pembedahan.
“Dia tidak memberi respon positif kerana paru-parunya tidak dapat menyokong walaupun jantung berdegup seperti normal.
“Saya difahamkan oleh doktor ini merupakan kali ketiga mesin bantuan pernafasan dicabut selepas mendapati ia akan memberi kesan kepada otak dan buah pinggang. Pada kali pertama dan kedua dicabut masih boleh disambung semula.
“Jadi saya dan isteri diminta untuk reda sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Saya sebagai ayah terpaksa terima dengan qada’ dan qadar yang telah ditentukan. Mati itu pasti kan,” katanya kepada HLive.
Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akui berasa tertekan dengan dugaan yang diberikan kepadanya.
“Semasa diuji dengan ujian cukup besar ini, saya agak tertekan kerana masih dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) di samping perlu membahagikan masa untuk menjaga anak di hospital setiap hari.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.