“Cantiknya, Persis Ibu” Aurel Hermansyah & Atta Halilintar Kongsi Wajah Baby A!

Share

Selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh cantik, 22 Februari lalu, Aurel Hermansyah, anak kesayangan Kris Dayanti kini sudah pun kembali ke rumahnya bersama bayi comelnya yang bergelar Baby A.

Sempena kelahiran sulung ini, suami Aurel yang juga Youtuber terkenal, Atta Halilintar memuat naik beberapa siri video kepulangan Aurel yang kini sudah semakin sihat dan cergas.

Malah Atta dan Aurel turut sama berkongsi wajah kesayangan mereka kepada umum melalui medium itu. Si comel Baby A yang sudah diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta turut sama dikongsikan wajahnya di Instagramnya keduanya. Comel sekali.

“My life” tulis Aurel dan Atta di kapsyennya.

Namun apa yang menarik perhatian, wajah comel Baby Ameena ternyata menarik perhatian ramai. Kulit mulus dan gebu dengan mata yang begitu cantik dikatakan persis ibunya, Aurel Hermansyah.

Malah melalui beberapa siri video yang dikongsikan Atta, pastinya video menyentuh hati dan sayu saat mendengar Baby Ameena menangis sebaik dilahirkan ke dunia.

Kekuatan yang bukan sedikit dibawa oleh ibu cantik ini untuk berjuang melahirkan bayi sulungnya. Kelihatan Atta setia di sisi memberikan semangat buat Aurel saat berdepan detik cemas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji wajah comel Baby Ameena yang begitu redup dan mulus.

“Naturally born beautiful like her mother ❤️”

“Maasyallah tabarakallah”

“Welcome to the world Sweetheart 💝💝💝”

“Sempurnanya, gemesh.”

“Omg so kyoootttt. Masha Allah masha Allah semoga jadi anak soleha amin.”

 

Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. Sebelum menyambut kelahiran Baby Ameena yang ditunggu-tunggu pada 22 Februari lalu, Aurel pernah keguguran di awal perkahwinannya.

Menarik: Bila Susukan Emelia, Eusoff Menangis, Dilema Perhatian Pada Anak Kembar, Dr Halina Sebak!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM