Sejak akhir-akhir ini viral gambar roti jala yang sangat cantik berbentuk bunga. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan roti jala jelita versi bunga ini? Nampak mustahil tetapi creativity si pencipta roti jala versi bunga ini memang di luar kotak pemikiran.
Bagi yang masih tak tahu bagaimana nak menghasilkan roti jala versi bunga ini boleh ikuti perkongsian wanita ini. Selamat mencuba!
Kepada yang teringin nak cuba jala bunga-bunga saya share video semoga bermanfaat atau sesiapa nk buat niaga ..
sesiapa yang tak mampu masuk pjj tp nak cuba.. saya tak join pjj saya belajar tiru3 jer saya selit sekali resepi versi saya.
Nah ibu share video jala jelita versi kekwa dan rose. tadi zhafirah lena lama sempat la siap.. hehe lawa dak? jangan pertikai org juai mahai na susah buat renyah..
Ni resepi jala versi ibu yang tak suka teluq..
1 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan air
Tapi tadi letak 1/2 cawan tu susu full cream
Garam secubik, minyak 2 sudu
Boleh tambah telur jika suka..
https://www.facebook.com/100007377216773/videos/pcb.1367551587036044/277903170778922
Blend sampai sebati dan ada pusaran kecik..bila ada pusaran kecik bermaknA adunan dah helok sangat.. tam boleh cair sangat dan tak boleh pekat sangat.
Boleh la menjala macam biasa. Guna botol mata 3 untuk bunga ya. mata 1 untuk daun..
Kalau nak jala biasa tu jgn menjala terlalu rendah utk dapatkan urat halus..
selamat mencuba!!
Kredit:Puan Eha
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI