Biskut sarang semut antara biskut legend yang saban tahun memenuhi hidangan biskut raya di atas meja kita. Namun biskut sarang semut biasa mungkin sudah sebati dalam diri kita. Apa kata kali ini, demi memenuhi permintaan anak-anak, biskut sarang semut dengan tema warna-warni dijadikan pilihan.
Paling menarik, cara penyediaannya cukuplah mudah. Nak tahu macam mana, jom cuba air tangan Pn Nurhayati Abd Malek ini. Sedap!
Anak-anak suka biskut sarang semut. Tapi sebab depa dok kata nak yang versi colourful, maka terhasillah, Biskut Sarang Trolls.
Bahan:
250gm Butter
1 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Coklat rice secukupnya
Paper Cup kecil
Pewarna: Kuning, biru, merah, Ungu
1. Panaskan oven 180° selama lima blas minit.
Ads
2. Gaulkan butter dan gula. Masukkan esen vanilla dan kuning telur, gaul lagi.
3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Titiskan doh pewarna biru, ungu, kuning dan merah.
Ads
5. Sagat semua doh dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan coklat rice.
6. Bakar suhu 180° selama 25 minit ikut kepanasan oven masing -masing. SIAP!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak cepat bosan kala mama sediakan menu yang sama sahaja. Bila mama kreatif, anak pun makin berselera kan? Kalau mama tak ada idea, jom ikuti pilihan resepi yang dikongsi sesuai untuk anak berusia 8 bulan ke atas.
Selamat mencuba!
IDEA MAKANAN BAYI 8 BULAN KE ATAS 👶🏻
Semua resepi dalam ni;
❌NO SALT/SUGAR/MSG.
❌Baking Powder untuk setahun ke atas je.
❌MADU untuk setahun ke atas je.
❌MENU SERBUK KOKO untuk setahun ke atas je.
✅Nak rasa manis tambah puri kurma & madu.
✅Nak rasa masin tambah serbuk bilis.
Kadang-kadang buntu juga mama nak sediakan menu petang untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi waktu cuti dan juga waktu PKP ni, anak-anak asyik minta makanan je. Jom mama cuba resipi minum petang yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Untuk minum petang. Senang dibuat sedap dimakan. Popia Pisang Kayangan… Kat KB ni kalau beli 8pcs RM13 …10pcs RM15 … dua tiga kali juga saya beli … last-last buat sendiri …. senang aje buatnya …puas makan
Resepi disetiap gambar
Bahan-Bahan;
Pisang …jangan masak sangat cari yang sedang sedang masak. Saya guna pisang berangan. Tapi boleh aje guna pisang lain seperti pisang nangka, tanduk atau pisang raja. Cuma pastikan jangan terlalu masak.
Tepung gandum dicampur air untuk jadikan gam
Kulit popia- Saya guna saiz 8.5″ X 8.5″ ..apa-apa saiz pun boleh
Coklat – saya guna Hershey’s syrup dan hazelnut chocolate spread jenama tesco aja
Topping dia saya guna crush oreo, mini koko crunch, mini conflake, nestum, dan mini coklat chip. Nak guna cheddar cheese pun boleh… tapi saya tak guna sebab anak dah jemu dengan cheese
CARA PENYEDIAAN
Mula-mula pisang dibelah dua
Bungkus pisang dgn kulit popia … lipat begini
Sapukan adunan gandum tadi utk lekatkan popia
Yang dah siap dibungkus
Pastikan minyak betul betul panas, baru goreng
Dah kekuningan begini, angkat dan toskan minyak
Dah kekuningan begini, angkat dan toskan minyak
Dah habis bubuh coklat, taburlah topping apa pun … sy guna tu small crushed oreo, mini koko crunch, mini conflakes, nestum dan mini coklat chip….boleh juga guna cheddar chese …tp sy tak letak..anak tak nak ,jemu dah makan chese katanya.
Popia Pisang Kayangan … crunchy dan melting coklatnya memang layan laaa
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan cucur nasi dan cucur roti, lebihan keledek jangan dibuang begitu sahaja. Cubalah hasilkan bebola keledek untuk sarapan seisi keluarga. Keledek bukan hanya punya rasa manis yang asli bahkan isinya yang lembut buat anak mudah untuk makan.
Menariknya resipi Bebola Ubi Keledek, resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini cukup comel, bulatnya sekata. Malah nak buatnya juga cukup mudah. Paling penting rasanya cukup manis dan enak. Anak pastinya cukup suka!
BEBOLA UBI KELEDEK
Bahan Bahan :
2 cawan ubi keledek ( dah direbus dan dilenyek )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
4 sb gula ( boleh lebihkan / kurangkan )
1/4 sk garam
1/2 cawan santan pekat
Minyak untuk menggoreng
Satukan ubi keledek bersama garam dan gula. Untuk versi baby , boleh asingkan sedikit adunan dan masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) sebagai pengganti gula. Kacau sebati.
Masukkan pula tepung beras dan tepung pulut. Gaul adunan sambil ditambahkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola dengan kemas. Ulang proses sehingga selesai.
Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. Setelah siap dibentuk , gorengkan bebola tersebut sehingga kekuningan.