“Eh tak sangka rupanya car seat pun ada tarikh luput. Bukan makanan je.”

Bila melibatkan soal keselamatan anak, ibu ayah tolong jangan ambil remeh atau pandang ringan kerana dibimbangi sikap tidak prihatin kita itu boleh mengancam keselamatan anak tersayang.

Hari ini semakin ramai ibu bapa yang mengambil berat soal keselamatan anak dalam kereta. Pemasangan kerusi keselamatan atau car seat dalam kereta memang langkah yang terbaik dilakukan oleh ibu bapa.

Tetapi berapa ramai yang tahu atau sedar yang setiap car seat mempunyai tarikh luputnya dan jika tidak diambil berat ia boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada keselamatan anak.

Baca lebih lanjut tentang hal tarikh luput car seat yang ditulis oleh Jururawat Terlatih, Bel Nawhen ini. Semoga ia bermanfaat.

Car seat dan Tarikh Luput.

Car Seat Pun Ada Tarikh Luputnya. Jangan Ambil Remeh Soal Keselamatan Anak Dalam Kereta

Saya tahu, ramai ibu bapa yang cakna dengan isu keselamatan anak-anak semasa di dalam kenderaan sehingga memastikan anak-anak duduk di dalam car seat.

Penggunaan car seat dilihat amat penting dalam mengurangkan risiko bayi atau kanak-kanak cedera akibat kemalangan.

Di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Afrika, Amerika Syarikat dan Kanada sendiri, mereka telah mewajibkan ibu bapa menyediakan penggunaan car seat, jika tidak mereka akan didenda.

Secara asasnya, car seat basic ni terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk bayi bawah satu tahun dan kanak-kanan berusia 1tahun-4tahun

Tapi, tahukah anda bahawa setiap benda mesti ada tarikh luputnya yang tersendiri.

IKLAN

Seperti kita tahu, car seat ni diperbuat dari plastik yang keras yang mana ketahanannya boleh merosot dari masa kesemasa.

Ada beberapa faktor yang boleh menjadi sebab kepada tarikh luput car seat antaranya:

• Kemerosotan bahannya disebabkan oleh haba, kesejukan melampau, pendedahan kepada matahari, kelembapan serta usia car seat itu sendiri boleh menyebab bahan plastiknya rapuh lalu menyebabkannya tidak selamat lagi.

• Karat. Ia boleh terhasil dari bahan besi/metal yang ada kalanya tidak kelihatan atau diselaputi oleh plastik dibahagian luarnya, hanya boleh kelihatan jika car seat itu mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan.

• Model itu tidak digunakan lagi atau tidak dikeluarkan pada batch seterusnya, ini bermaksud bahan gantinya juga tidak ada dijual dimana-mana ataupun sukar untuk ditemui.

• Kehilangan sebahagian alatan (missing pieces). Kita pun tahu, ada bahagian pada car seat boleh dibuka, dibasuh dan dipasang semula malahan ada yang mudah rosak dan terkoyak kerana fabrik buatannya yang tidak tahan lasak dan tidak mustahil ada bahagian kecil pada carseat boleh hilang tanpa sengaja. Ini boleh menyebabkan keberkesanan car seat itu tidak lagi di tahap optimum sebagai pelindung.

• Car seat pernah terlibat dalam kemalangan tidak kira kemalangan kecil atau besar, car seat itu sudah tidak selamat untuk digunakan.

Adalah amat penting untuk anda tahu bahawa tidak semua kerosakan pada carseat boleh dilihat pada mata kasar, anda boleh bayangkan apa terjadi kepada mainan kanak-kanak seperti lego yang bila kerap diguna, dicampak dan terdedah kepada pelbagai bahan asing lain hatta air liur anak-anak, ia masih boleh rosak dan berubah bentuk asalnya.

Car Seat Pun Ada Tarikh Luputnya. Jangan Ambil Remeh Soal Keselamatan Anak Dalam Kereta

IKLAN

BERAPA LAMA CAR SEAT ELOK DIGUNA SELEPAS PEMBELIAN PADA HARI PERTAMA?

Secara purata, kebanyakan car seat boleh digunakan dari 6tahun-10tahun (mengikut model tertentu) tetapi ia juga bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya.

Kebiasaannya tarikh luputnya dicetak dan ditampal pada car seat tersebut ataupun diletakkan pada manual yang disediakan. Jika tidak ada, anda boleh membuat panggilan kepada pengilang dan bertanyakan hal ini.

Anda boleh lihat jenama car seat dan tarikh luputnya di link ini :

https://www.healthychildren.org/…/Car-Safety-Seats-Product-…

Atau, anda periksa pada car seat anda dan lihat pada

1. Manufacturer Date.
2. Expired Date.

Tarikh luput disini bukan bermakna anda boleh terus lupuskan sahaja car seat itu, jika ia masih kukuh dan masih tahan lasak

• Jika ia tidak rapuh/mudah tercalar dimana-mana apabila anak anda menggigitnya, maka ia tahan lasak dan masih boleh digunakan.

IKLAN

• Ini juga tidak bermakna, semakin mahal harga satu-satu jenama car seat itu, bermakna jangka hayatnya juga panjang, tidak betul sama sekali.

• Jika car seat pernah mengalami kemalangan, bawa kepada pengilang bagi tujuan penilaian terhadap tahap kerosakan. Anda tidak boleh menilai sendiri tahap ini mengikut apa yang anda rasa.

• Tetapi, jika anda rasa ragu-ragu terhadap tahan lasak car seat anda, seeloknya ia dilupuskan sahaja bukannya diberi kepada orang lain.

• Kita pun kena menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak dari masa kesemasa.

• Seeloknya, dari sekarang, dah boleh menyimpan untuk membeli car seat anak-anak yang baru jika sudah tiba tarikh luputnya (jika berkongsi setiap anak untuk satu car seat).

• Sebenarnya, kalau ikutkan disini berbaloi kita beli car seat sebab ia memang tahan lama mengikut jenis dan jenama. Anak kita pun akan membesar dari tahun ke tahun hingga tidak perlu duduk di dalam car seat lagi.

• Dalam tempoh masa nak tiba tarikh luput tu, dah boleh bersedia untuk tukar kepada jenis baru dan terkini agar mudah nak cari alat ganti jika ada mana-mana bahagian yang rosak.

• Jika anda mahu membeli pre love car seat, anda dinasihatkan untuk terus beli kepada tuan punya dari direct kepada kedai kerana tuan punya lebih tahu sama ada car seat mereka pernah terlibat dalam kemalangan ataupun tidak.

Dengan adanya tulisan berkaitan car seat dan tarikh luput ini, saya berharap tidak ada ibu yang mengambil remeh tentang hal keselamatan anak kerana merasa satu kerugian ekoran adanya tarikh luput sebegini. Setiap benda ada tarikh luputnya, nyawa kita juga begitu.

Notakaki:
Dalam hal anak, kita tak boleh kedekut lebih-lebih lagi hal keselamatannya. Nyawa anak tidak boleh ditukar ganti. Wang ringgit kita boleh cari.

#BelNawhen
#SayaJururawat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI