Dalam Tak Sedar Menitis Air Mata Lihat Video Ni, Cara Adik Umar Jaga Ibu Strok Undang Sebak

Tular video seorang anak lelaki berusia 12 tahun sedang menguruskan ibunya di wad tanpa kekok undang sebak.

Pengorbanan kanak-kanak dikenali sebagai Iman yang baru berusia 12 tahun menjaga ibunya yang diserang strok membuatkan ramai kagum dan menitis air mata.

Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya

Muat naik video berdurasi 51 saat menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @norasni31 telah meraih tontonan hingga 2.8 juta.

 

Ads
@norasni31 bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Astro Ceria

“Iman anak tunggal. Sepanjang aku kat sini dia seorang diri menjaga ibunya yang mengalami strok.

“Tidak duduk diam dia untuk memastikan keadaan ibu betul-betul selesa.

“Dialah yang akan tukarkan lampin ibunya dan lap badan yang merupakan ibu tunggal. Dia buat semuanya seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun.

Ads

“Ibunya hanya ada Iman,” kongsinya.

Menurut wanita itu, Iman sebagai satu-satunya waris perlu ‘menghadam’ segala maklumat dan perkembangan kesihatan bondanya daripada pihak hospital.

“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun.

Ads

“Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.

“Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam.

“Semoga ALLAH permudahkan urusan kamu dik,” coret Norasni.

Meninjau diruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan simpati.

Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya Cara Adik Iman Jaga Ibu Strok Di Wad, Undang Sebak Wargamaya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI