Pelakon kacak yang juga seorang bapa kepada sepasang cahayamata, Aeril Zafrel sering tunjukkan kasih sayang pada isteri depan anak-anaknya.
Anak-anak yang dibesarkan yang bahagia dan selalu melihat ayahnya sangat mencintai dan sayang isteri (ibunya), maka dia akan membesar sebagai orang hebat bila besar nanti.
Anak-anak yang dilimpahi kasih sayang secukupnya serta melihat layanan baik dan mesra ayah pada ibu akan menjadi individu yang berjiwa besar dan juga penuh dengan kasih sayang pada semua orang di sekelilingnya.
Melihat pada perkembangan anak Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sentiasa gembira dan ceria memang tepatlah teori yang seorang bapa memainkan peranan penting membentuk karektor positif anak.
Nampak simple tapi kesannya amat besar. Mencintai dan menyayangi ibu kepada Attar dan Hayfa adalah perkara terhebat yang Aeril lakukan untuk perkembangan positif anak-anak.
Cara Aeril layan dan tunjukkan kasih sayang pada Wawa sangat penting kepada anak-anak. Apabila anak melihat ayah sangat menyayangi ibu, mereka akan faham erti kasih sayang.
Anak lelaki belajar bagaimana cara betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti.
Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak.
Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
Apabila ayah dan ibu sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya.
Sumber foto: IG Aeril Zafrel