Setiap kali anak batuk berkahak dan selesema, masalah utama pastinya kesukaran anak untuk membuang hingus dan kahak itu sendiri.
Anak-anak tak pandai malah tak tahu apa teknik terbaik untuk melegakan selesema dan batuk mereka. Ini panduan untuk mak ayah bagi membantu anak lega.
1. Mak ayah tunjuk contoh
Ajar anak cara yang betul dengan menunjukkan contoh pada anak bagaimana membuang hingus yang betul. Mak ayah tunjukkan contoh dan biar anak ikut.
2. Ajar hembus guna tisu
Petua untuk mengajar kanak-kanak meniup hingus melalui hidung boleh dilakukan dengan menekan/tutup lubang hidung kiri ketika anak meniup hidung dari lubang hidung kanan. Ulang dengan cara yang sama pada lubang hidung yang satu lagi.
Ads
3. Berlatih menghidu
Apabila hidung anak sudah bersih, biarkan dia menghidu beberapa kali kerana ia adalah gerakan yang mudah. Seterusnya, pegang tisu pada hidungnya dan suruh dia menghembus menggunakan hidung, bukan mulutnya.
4. Latih dengan air
Bawa anak ke sinki dan biarkan anak menghembus hingusnya keluar beserta bunyi. Bantuan air buat anak lebih teruja untuk mencuba.
5. Buat bunyi bising
Kanak-kanak sangat suka buat bunyi hon seperti angsa atau meniru rakan atau saudara mara yang kuat mengeluarkan bunyi melalui hidung. Cadangkan si kecil anda mencuba bunyi yang sama sambil menghembus hidung.
Ads
6. Jangan lupa berikan peringatan dengan lembut
Jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan anak kecil untuk mengabaikan kandungan hingus dalam hidungnya dan membiarkan aliran hingus yang mengalir keluar daripada hidung. Tunjuk dan memperingati mereka secara perlahan-lahan bahawa sudah tiba masanya untuk mengelap dan meniup hingus.
Ibu jangan risau kalau berat anak tak naik. Berat sahaja bukan indikasi anak kita sihat semata-mata. Kebanyakan ibu banyak meluahkan rasa risau bila berat anak tak naik.
Menurut Dietitian, Puan Nor Hafizah Sobri, kesihatan anak bukan dinilai melalui berat badan sahaja tetapi ada banyak lagi faktor seperti:
– perkembangan motor skill (jalan, merangkak,berdiri)
– perkembangan fine skill (memegang, mencubit,memegang barang)
– perkembangan pertuturan (bercakap, kebolehan menyampaikan keinginan,membuat bunyi) dan lain lain.
Tapi kenapa ke klinik berat dan tinggi yang diukur? Pertumbuhan fizikal adalah yang paling senang nak diukur oleh nurse dan selalu memberi indikasi 1. Anak cukup zat 2. Anak tak kerap sakit 3. Perkembangan skill sedang berlaku
Indikasi lain perlu dinilai oleh health care profesional lain yang mungkin tak cukup manpower seperti speech therapist,occupational therapist, doctor dan dietitian/nutritionist. Maka kami ajar nurse nurse untuk screening (tapis) kes yang perlU dirujuk melalui penilaian berat dan ketinggian anak.
Berat badan mungkin statik atau tidak naik bukan sahaja dari makan tak cukup, ia mungkin sebab- Anak mengalami sakit dalam masa terdekat (demam, cirit birit, selsema, dan lain lain)
– Anak makin aktif
(dah mula merangkak, berdiri, berjalan)
– Anak tengah tumbuh gigi
(tidak selesa nak makan bukan sebab tak ada selera) Dan kemungkinan yang lain.
JANGAN RISAU BERAT TAK NAIK! Selagi dalam julat putih yang normal tidak perlu risau
Selagi tak turun ke tahap kuning tak apa teruskan usaha mommies untuk bagi anak makanan yang sihat dan seimbang. Jangan paksa anak makan lebih dari kemampuan.
Mommies boleh cuba cara berikut untuk naikkan selera anak
1. Ketika sakit
Boleh bagi makanan yang senang nak ditelan tetapi padat dengan tenaga (pudding,ice cream, soup berkrim, makanan berasaskan susu)
2. Ketika makin aktif
Banyakkan makanan yang boleh dipegang tetapi masih seimbang, ada protein,carbohydrate dan fiber
(Rice balls, homemade sosej/nuggets,sanwhiches, egg rolls dan lain-lain)
3. Ketika tumbuh gigi
Makanan yang anak boleh gigit sambil melegakan gusi yang gatal
(Buah buahan sejuk, ais dari susu/puri buah, biskut teething dan lain-lain)
Lagi sekali mommies jangan risau berat anak tak naik atau statik. Risau jika berat turun banyak (lebih 200gm) dan masuk ke line kuning.
Kalau stres dan risau sangat habis naik jerawat nanti tau. Sekian
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular di TikTok berkenaan isu anak picky eater disebabkan ibu bapa yang menyekat penggunaan gula dan garam dalam pemakanan anak dibawah usia 2 bulan.
Berkongsi tentang pemakanan anak, ibu ini menyatakan tiada penambah rasa dalam makanan bukan punca anak memilih makanan (picky eater).
NO SUGAR NO SALT BUKAN PENYEBAB ANAK JADI PICKY EATER
Khalish Affan ni saya dah buat no sugar no salt dari 6bulan sehingga 24bulan. Sekarang umur 2tahun7bulan, dah merasa masam manis masin. Affan sangat berselera makan.
Tujuan no salt no sugars ialah utk menjaga kesihatan dalaman bayi. Bukan sebab kita nak anak makan banyak. Ada anak yg banyak makan tapi lasak, berat tang tu juga kan? So begitulah. Siapa pandai buat sup ayam tanpa garam gula, lebihkan bawang sebenarnya sangattt sedap.
Ada masa kami bagi biskut, aiskrim, gula. Tapi kalau gula-gula Affan sangat tak gemar sebab terlalu manis. Kami pilih beri snack BUAH untuk kudapan Affan. Alhamdulillah sangat suka buah.
Bila rutin telah dilakukan perlu lah patuh. Rutin harian ni ibarat perkara yang kita didik anak dari kecik. Masa yang perlu anak patuh. Anak belajar bila perlu mandi, bangun dan makan.
Jika tidak, tak teratur lah masa kita. Anak pun rasa keliru dengan masa. Anak nak makan bila dia suka. Walhal perut ini, perlu di isi bila waktunya atau lapar.
Kita dewasa ni, bila skip waktu makan pagi bila masuk jam 11 perut dah berbunyi, waktu lunch kebulur dia sampai makan macam-macam.
Memang ada masa anak tak nak makan, sebab gigi nak tumbuh, mental leap, perkembangan fizikal dan lain-lain. Tapi perlu tackle dengan beri finger food. Buat nugget ayam isi nasi, buat kentang goreng berinti ke, beri pisang ke.
Ramai anak jadi picky eater adalah disebabkan sensory isu. Anak tak suka makanan yang kasar, keras. Tapi isu paling besar adalah, bila parents hanya beri anak susu sehingga 5 kali sehari. Walaupun anak dah berumur 3 tahun.
Lebih kurang 10 orang ibu mengadu di DM instagram saya. Anak picky eater taknak makan. Selepas saya tanya soalan demi soalan, ini antara punca anak jadi picky eater.
1. Kerap beri susu walaupun anak sudah setahun lebih. Selepas 2 tahun, susu hanya diberi 2 gelas sehari sahaja.
2. Anak tidak ada jadual/rutin yang tetap setiap hari. Sekejap tidur jam 9,10. Sekejap bangun jam 8, 9 ada yang anak bangun jam 11. Waktu makan juga tidak tetap menyebakan anak juga boleh makan ikut suka bila dia nak makan.
3. Hanya intro makanan yg blend sahaja. Asyik-asyik bubur dengan carrot. Kita dewasa bila demam makan bubur selalu pun bosan. Ini kan pula anak-anak. Kita tak berani nak intro finger food, nasi biasa pada anak. Anak mengunyah guna gusi bukan gigi. Bila kita tua, dah tiada gigi. Kita gigit guna gusi. By 9months dah boleh separa kasar.
4. Elakkan pemberian susu 1-2 jam sebelum waktu makan utama. Anak akan kenyang jika diberi susu dahulu. Kebanyakkan susu formula manis ada gula tambahan & buat anak kenyang.
5. Anak tak nak makan. Yep ada masa anak tak nak makan, beri apa yg anak suka selain susu. Boleh buat finger food, nugget sendiri dan pelbagai lagi.
6. Beri anak makan sambil tengok gajet. Anak tidak fokus pada makanan. Anak akan fokus pada gajet. Anak tidak belajar rasa makanan & tekstru makanan.
7. Disuap sentiasa. Ada masa kita beri anak makan sendiri supaya anak belajar merasa, hidu makanan yg mereka akan makan. Ini juga bantu tingkatkan sensori anak.
8. Bila mak takut anak tercekik. Kena bezakan nak muntah sebab rasa pelik (gagging) & tercekik. Boleh google or youtube.Biasalah bila first time makan rasa nak munta. Keep on bagi anak pegang hidu dan rasa. Kids learned everything from around them.
9. Parents tak duduk makan sekali dengan anak. Especially bila ibu ayah ada di rumah. Biarkan anak makan sorang, ibu ayah hanya duduk disebelah.
10. Tiada rules yg tegas. Perlu set rules bila boleh makan jajan, bila boleh makan manis. Berapa kali makan manis2 or jajan. Hanya kerana tak tahan anak menangis nak kan jajan kita langgar boundaries atau rules yg telah kita buat. Perlu beritahu anak sebab kenapa tak boleh makan selalu.
Jadinya ibu ayah, janganlah salahkan gula dan garam. Selagi mana kita jaga pemakananan kita dan anak-anak insyaAllah. Jadi kreatif, anak boleh jadi berselera makan.
Kita dewasa pun memang tidak digalakkan gula & garam yang berlebihan. Gula yang berlebihan juga punca muka jadi cepat nampak tua hahahah
Nak awet muda kurangkan makan & minum yang manis-manis.
Saya bukan pakar, saya hanya belajar untuk cakna tentang anak dan perkembangan anak-anak. Ummu Affan ♥️
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman telah berkongsi satu khabar yang mengejutkan apabila salah seorang anak kembar mereka, Zayyan cedera ringan selepas bibirnya tertusuk besi alat kawalan jauh kereta mainan.
Dipercayai Tergigit Besi
Menurut Syaheera menerusi laman Instagramnya, bibir anaknya iaitu Favian Adrazin Zayyan yang juga pasangan kembar, mengalami kecederaan berkenaan dipercayai akibat tergigit besi tersebut.
Sejurus selepas itu, anak selebriti ini dikejarkan ke hospital bagi membuang besi dan mendapatkan rawatan lanjut.
Selamat Jalani Pembedahan
Kongsi Syaheera lagi, besi tersebut berjaya dikeluaran dan anaknya selamat menjalani pembedahan sekitar 1.30 pagi. Dalam pada itu, dia turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan keselamatan anak mereka.
“Alhamdulillah semuanya selamat dah .1:30 pagi semalam masuk OT. Fully bius sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar. Doktor jahit balik gusi. Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih yang tak henti-henti tanya dan doakan anak mommy sorang ni”
Selain Zayyan dan pasangan kembarnya, Favian Adrazin Hayyan Fad dan Syaheera yang berkahwin pada 14 Mac 2015 juga dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Sumber: ig Syaheera Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.