Situasi anak di bawah usia dua tahun memukul adiknya yang masih bayi adalah perkara normal dalam keluarga.
Ia biasanya berlaku dalam kalangan anak yang mendapat adik baharu ketika dia masih berusia di bawah dua tahun.
Walaupun ia perkara normal tetapi ibu bapa hendaklah bijak mengendalikan situasi ini supaya anak yang besar tidak mengalami kesan emosi sekiranya kerap dimarah atas perbuatannya.
Jika tersilap kendali, dibimbangi boleh memberi kesan buruk pada tumbesaran anak yang besar dan menganggap kehadiran adik hanya membuatkan ibu ayah tidak sayangkannya lagi.
Ibu Rose, Family & Love Guru berkongsi cara mengatasi situasi tersebut sebagai rujukan dan tindakan oleh ibu bapa.
Pernah tak melihat anak dibawah 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby?
Ingat ya, dia bukan pukul.
Sebenarnya, dia sedang cuba hendak membelai, namun tangannya belum boleh dia kawal pergerakannya dengan baik.
Cuba 3 langkah berkesan ini, untuk atasi kejadian seumpama ini :
1. Parents jaga state diri.
Sabar dan ingat yang anak ini masih dalam PROSES belajar.
2. Pegang lembut dan kemas tangannya.
Ambil tangannya dengan kemas dan lembut. Jangan dengan cara yang kasar atau menyakitkannya.
3. Beri kata peneguhan dan tunjukkan cara.
Cakap kepada dia; ” Sayang nak usap adik ya…good boy sayang mama ni…kita usap macam ni ya…gently..gently… macam mama usap pipi sayang mama ni…good boy mama sayang adik ya… Mama Loves You so much!
Walaupun dia mungkin nak pukul, namun dengan melakukan cara ini, dia tahu perbuatan yang menjadikan mamanya lagi sayang dia.
Ingat anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adik dia. Oleh itu tunjukkan cara yang betul.
Jangan asyik menyangka dia jealous dengan adik dia. Itu namanya doa yang tidak diingini.
Mudah kan, bila dah faham ni.
InsyaAllah, ramai dah boleh lakukannya. Ibu yakin, sayang juga boleh. Ibu doakan.
Sumber: Iburose.com
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI