Mabuk teruk ketika awal kehamilan itu lumrah. Ada waktunya keadaan mabuk atau alahan hamil ini membuatkan banyak aktiviti terbatas. Sudahnya ibu hanya berbaring lesu terutama waktu pagi.

Cara mengatasi mabuk teruk Waktu hamil adalah memperbetulkan corak diet anda sepanjang hamil. Namun ini anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai mabuk kehamilan.

Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat di rumah.

Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.

Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil, Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi!

Berapa lamakah ia akan berpanjangan?
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaannya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam.

Ads

Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.

Kesan mabuk hamil keatas kandungan

Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan naik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil, Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi!

Ads

Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:

* Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
* Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
* Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
* Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
* Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
* Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
* Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
* Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
* Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.

Anda perlu mendapatkan rawatan jika:

* Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
* Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda demam, cirit birit, sakit perut dan sakit kepala.

Ads

Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Portal MyHealth KKM

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI