Selalunya bila nak basuh toto, selimut besar atau comforter di dalam mesin basuh agak sukar. Susah nak dimuatkan dam tab mesin basuh, bila siap dibasuh tengok-tengok rosak. Span jadi nipis atau hancur.
Sebenarnya kalau anda berniat untuk mencuci sendiri toto, selimut dan comforter dalam mesin basuh, ada caranya. Tak bolehlah dicampak masuk dalam mesin basuh begitu saja. Nurul Ain Syed Mohd berkongsi cara yang betul untuk melakukannya.
Artikel Lain: [Cantiknya Art Piece Guna Daun & Frame Gambar Ni. Modal Tak Besar, Tapi Nampak Mewah!]
Pagi ini mommy basuh comforter.
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg.
Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
INFO TAMBAHAN
*Guna cecair pencuci lebih sedikit. Elakkan penggunaan sabun jenis serbuk kerana ia akan melekat pada toto, selimut atau comforter.
*Jika ada najis atau kotoran melampaun, bersihkan terlebih dahulu. Cara cucian ini untuk kotoran minor sahaja.
*Sekiranya anda menggunakan cadar patchwork, boleh juga guna kaedah yang sama.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu membersihkan kotoran minor pada toto, selimut atau comforter di rumah. Caranya mudah sahaja rupanya dan paling penting dapat mengekalkan kualiti materialnya.
Tak adalah lepas membasuh tu kita mengeluh sebab rosak. Pemilihan cecair pencuci pun penting juga. Pilihlah jenis lembut dan sesuai untuk pelbagai jenis kain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Pergi Dia Ada, Balik Pun Dia Tunggu” Setia Menanti Jebat Di Airport, Ramai Puji Sikap Sharnaaz Ahmad!
Selepas hampir dua minggu tidak bertemu dengan buah hati tersayangnya Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad tetap setia menantikan kepulangan malah melapangkan masanya untuk menjemput Jebat yang baru sahaja kembali ke tanah air kelmarin.
Seorang pengguna TikTok, menerusi akaun @nazilihazirah memuat naik video yang kebetulan ternampak Sharnaaz yang dilihat menjemput anak tunggalnya di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci.
Menerusi perkongsian video itu, Sharnaaz dilihat memangku kemas Jebat dan melepaskan rindu pada anaknya itu selepas hampir dua minggu tidak bertemu.
“Nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee 🖐🏻haaaai,” tulisnya di kapsyen.
Dua minggu lalu, Sharnaaz menjadi orang paling setia bila mana turut menghantar anaknya ke lapangan terbang yang mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama bekas isterinya, Noor Nabila.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memuat naik sekeping gambarnya yang memangku kemas Jebat di Instagramnya.
“Above All.. My Love @jebatjayden”
Meskipun sudah berpisah, namun Sharnaaz tetap menghantar dan menunggu di lapangan terbang malah berkawan baik dengan bekas isteri. Semuanya demi anak tunggal mereka, Jebat Jayden.
Dalam pada itu, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga bekas isteri.
Malah sikap Sharnaaz sendiri yang begitu penyayang turut dipuji orang ramai.
@nazilihazirah nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee 🖐🏻haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz ♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hakim Mesti Tengah Main Di Syurga.” Ibu Redha Anaknya ‘Pergi’ Selepas Berjuang 10 Hari
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak kecilnya yang baharu dilahirkan pergi meninggalkan mereka sekeluarga? Seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna laman Facebook, Cik Puan Reen, selepas habis tempoh berpantang dia kemudian kehilangan anak lelaki yang amat disayanginya. Bayi comel berusia 53 hari tiu akhirnya ‘pergi’ selepas sepuluh hari berjuang melawan penyakitnya.
Lebih menyedihkan, wanita ini tidak sempat memandikan anaknya dalam tempoh berpantang. Akhirnya hanya berpeluang mandikan jenazah si comel, Muhammad Hakim Muzri. Ikuti luahan hati ibu ini yang meneyntuh perasaan:
Al-Fatihah.
Muhammad Hakim bin Muzri
30.5.19 – 21.7.19
Mama coretkan di sini utk kenangan kita.
Hakim anak mama dan daddy…
11.7.19
Kami bawa Hakim ke Hospital Putrajaya selepas tengok dia ada sentakan sebelah kiri badan. Sebelum tu dia menangis teruk dan kami juga ke Darusyifa. Di hospital putrajaya, result ct scan tunjukkan ada pendarahan di kepala. Hakim disahkan IVH. Doc consult dan bgtau kena refer ke Hospital Kuala Lumpur sbb Hospital Putrajaya tiada pakar neuro utk baby tapi keadaan bergantung kpd kekosongan ICU di HKL. Malam tu anak mama warded di Hospital Putrajaya. Hanya Allah yg tahu perasaan kami mama dan daddy betapa sedih masa tu. Mama belum habis pantang.
Mama Penat, Jatuh Dalam Surau
12.7.19
Happy birthday Daddy. Tapi mama terlupa sgt sbb terlalu risaukan Hakim.Harini hari ke 44 pantang tapi mama sgt tak berdaya.Harini, Hakim dibawa naik ambulan ke HKL. Alhamdulillah ada kekosongan ICU dan pembedahan akan dilakukan segera. Di zon merah HKL , doc bgtau mengenai pembedahan EVD dan semua kemungkinan semasa pembedahan. Kami proceed utk kebaikan Hakim. Dalam jam 12 tgh pembedahan EVD dilakukan. Mama penat dan badan terlalu sakit mungkin sbb kurang rehat dlm pantang. Mama terjatuh dlm surau sementara tunggu pembedahan Hakim tapi takpe sebab selepas dua jam alhamdulillah Hakim stabil dan dimasukkan ke wad PHDW di Jab Pediatrik. Hakim strong sgt sbb lepas bedah terus boleh hisap susu botol.
13.7.19
Keadaan Hakim stabil tapi taknak hisap susu harini. Mungkin sebab sakit. Mama pujuk2 dan Hakim minum jugak. Hakim baik dan dengar cakap. Bila nak nangis, mama pujuk dan Hakim terus diam.
Hakim Duduk Depan Nurse
14.7.19
Oleh sebab Hakim dah stabil, Hakim dipindahkan ke Wad Neurologi N6B katil 2E. Nurse letak Hakim depan diorang sbb keadaan Hakim masih baby consider kritikal. Daddy temankan Hakim sebab mama sakit badan dan balik berurut.
15.7.19
Harini Hakim tarik cabut tiub susu dan ubat kat hidung. Tapi mama tak risau sbb Hakim pandai makan ubat dan dah boleh minum susu. Dan mama percaya Daddy jaga Hakim.
Tidur Sama-Sama Berhimpit
16.7.19
Mama, Daddy teman Hakim tido. Mama tak kesah kita bertiga berhimpit tidur atas katil single hospital ni asalkan anak mama cepat sembuh. Mama beli susu terbaik utk Hakim. Stok pampers pun mama beli sbb Daddy kata Hakim mcm lama lagi kat situ. Mama beli jugak baju baru utk Hakim.
Ramai Aunty Jadi Kawan Mama
17.7.19
Hidup mama dan daddy mcm dah sebati kat sini. Mama jadi sedikit kuat bila tengok ada yg lagi teruk sakitnya dari Hakim. Mama tenang bila berbual dgn auntie Safira. Anaknya kena kanser otak. Mama doakan Al-Alif anak auntie Safira dan uncle Asri terus kuat berjuang melawan kanser. Kawan2 lain pun sama..auntie Lily, Siti, Aina..masing2 dgn sakit anak masing2. We support each other masa dlm wad.
18.7.19
Hari-hari pakar neuro, Mr Azmi dan team doc neuro yg lain tengok Hakim. Doc kata next week nak buat MRA untuk check blood vessel sbb pendarahan tu tak tahu apa puncanya sbb Hakim tak pernah jatuh dan tak tidur buai pun. Nak check juga takut ada abnormal blood. Harini Hakim ada leaking di kepala tempat EVD. Tapi doc dan nurse bantu utk check sentiasa dan cuci.
19.7.19
Hakim panggil mama mama. Daddy dengar Hakim panggil Mama. Bila nangis Hakim merengek Ma…Ma..Mama…Mama happy sgt.
Hakim berbual ngn mama mcm nak cerita sesuatu.Bila mama panggil pun Hakim menyahut.
20.7.19
Pagi ni Hakim okay cuma Hakim asyik muntah susu. Dah burp kan muntah atas bahu mama.Hakim tido mengiring sendiri mcm menahan sakit. Nurse tukar tiub baru. Leaking stop kejap tapi fluid dan darah makin banyak keluar dan tak ikut anggaran doc. Mama jadi risau sbb Hakim mcm merengek sakit. Jam 11 malam Hakim menangis kuat sgt mcm terlalu sakit. Hakim tunjuk simptom sama macam mula2 sebelum ke hospital putrajaya dulu. Mama takut sgt. Semua nurse kerumun Hakim sbb Hakim mcm kena sawan. Mama tak kuat sbb kesian tengok Hakim. Doc on call datang dan decide ct scan utk Hakim.
21.7.19
Jam 1 pagi nurse berkejar bawak Hakim utk ct scan. Daddy pimpin tangan mama kita sama2 berkejar utk pergi ct scan kepala Hakim. Tumit kaki mama sakit sgt tapi mama gagahkan diri ikut nurse bergegas bawak Hakim pergi scan. Balik dari scan Hakim tak tido. Mama dan daddy sama2 tengok Hakim sbb Hakim demam on off. Jam 4 pagi, doktor panggil mama dan daddy. Doc neuro consult pasal result ct scan tadi. Katanya , pendarahan yg lama dah hampir clear tapi…. ada pendarahan baru sebelah kanan yg tak tahu apa puncanya. Pendarahan baru tu dah himpit otak. Pembedahan segera perlu dilakukan. Pembedahan kali ni lebih besar sbb makan masa 4 hingga 5 jam. Doc bedah perlu buka tengkorak sbb darah di kawasan tisu di bawah tengkorak kanan. Mama dan daddy setuju utk pembedahan. Jam 6 pagi doc tranfuse darah dua pack sbb Hb Hakim terlalu rendah. Risiko pendarahan tinggi kalau Hb tak sampai 10 sedangkan bacaan Hb Hakim 6 saja. 4 jam mama dan daddy tunggu Hakim dimasukkan darah . Hakim darah O sama mcm daddy. Kali ni mama rasa dalam solat subuh mama macam serba tak kena. Mungkin sebab mama terlalu risau.Pagi ni kita ambil gambar sama2 bertiga. Momen ni mama dan daddy happy sgt. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yg tahu sbb pembedahan kali ni lebih berisiko.
Jam 10 pagi ambulan hantar Hakim ke Jabatan Pediatrik semula utk pembedahan di Dewan Bedah Peadiatrik. Mama dan Daddy sama2 dgn Hakim. Mama teman Hakim sekejap dalam bilik bedah masa Hakim kena bius. Mancung hidung Hakim Doc bius kata. Hakim hensem comel kata Doc. Mama rasa kuat sekejap tengok team bedah yg sangat positif. Mama cium Hakim dan mama keluar dari OT. Mama tak sangka ni kali terakhir mama cium Hakim dalam suara tangisan Hakim.
10.45 pagi… pembedahan dijalankan. Mama dan daddy tunggu Hakim. Mama dan daddy berehat kat surau sementara tunggu Hakim.Masa waktu Zohor mama resah sgt. Mama baca yasin tapi hati mama gelisah. Tiba2 daddy laung panggil nama mama dari luar surau . Rupanya doktor bedah cari kami. Mama silent fon sbb solat Zohor. Mama tak dengar. Kami diminta tunggu di dalam kawasan dewan bedah. Tak lama kemudian 4 org doktor bedah keluar. Mama dan daddy rasa tak sedap hati. Doc bagitahu masa pembedahan mula2 semua ok sampailah time tengkorak dah dibuka utk keluarkan darah di kawasan tisu tiba2 darah keluar banyak. Doc tunjuk gambar tu. Allahu. Kasihan anak mama.
Habis Kesan Ubat, Hakim Tinggalkan Mama Papa
Masa tu kata doc kata blood pressure Hakim dah tak dapat dibaca. Nadi Hakim terhenti sampai team Doc bagi emergency CPR. Pembedahan tak dapat diteruskan lg sbb darah terlalu banyak dan doc terpaksa jahit semula. Doc beri ubat dan Hakim hanya bergantung hidup pada ubat tu dan oksigen. Habis kesan ubat bermaksud Hakim selamanya tinggalkan mama dan daddy. Doc akan bawa Hakim ke ICU dan kami panggil ahli keluarga.Ini menjawab semua keresahan hati mama. Ya Allah … kuatkan kanlah mama dan daddy..Jam 3 ptg Hakim dibawa ke ICU. Kesian anak mama. Kepala Hakim penuh berjahit. Family datang dan tengok Hakim. Adik beradik Hakim…Kakak Aleesya, Kakak Lala, Iman dan Aisya datang tengok Hakim. Kesan ubat mulai habis.. mama pangku Hakim sampai habis nafas Hakim.
7.15 mlm.. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Hakim dijemput Ilahi. Berat hati mama dan daddy tapi mama redha lepaskan Hakim. Sebab kematian yg doc tulis ‘ spontaneous non traumatic right acute subdural hemorrhage’.. Mama dan daddy redha sayang. Berat hati mama dan daddy melangkah masuk semula ke wad neuro utk ambil barang kita semua. Susu pampers dan baju baru mama sedekahkan utk baby di wad tu. Tak kuat hati mama utk hadap semua barang2 Hakim.
Pagi jam 7 pagi..Mama dan daddy mandikan Hakim di surau di HKL. Sepanjang pantang memang Daddy dan Tok yg mandikan Hakim.Mama belum sempat mandikan Hakim lagi. Tak sangka mama hanya sempat mandikan Hakim utk mandi jenazah. Ya Allah sedih Tuhan sahaja yg tahu.Tapi mama cuba utk tahan air mata masa mandikan Hakim. Mama dan daddy sabunkan Hakim dan jirus Hakim wangi2.
Terima kasih ya Allah pinjamkan amanah ini selama 53 hari. Kami semua bersyukur dan gembira dgn kehadiran Hakim walaupun sekejap. Terima kasih pada semua family dan sahabat2 yg sama2 mendoakan Hakim. Terima kasih juga kerana banyak membantu selama ini. Terima kasih kpd para doktor dan jururawat di Hospital Putrajaya ,Jab Pediatrik HKL dan juga wad Neurologi 6B Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman HKL. Terima kasih pada semua yg datang ziarah Hakim masa di wad hospital, di masjid UPM dan tanah perkuburan UPM tempat Hakim disemadikan.
InsyaAllah Hakim anak syurga mama dan daddy . Mama halalkan setiap titik susu mama untuk Hakim. Takpe nak, mama dan daddy redha andai ini yang terbaik utk Hakim. Hakim mesti tengah gembira bermain main di syurga. Mama dan daddy akan terus doakan Hakim. Mama masih terasa sejuknya nafas dan kulit Hakim dalam pangkuan mama sebelum Hakim dijemput Ilahi.
Hakim anakku sayang…tunggu mama dan daddy ya sayang. Mama dan daddy sayang Hakim selamanya
Al-Fatihah utk anakku sayang…
Muhammad Hakim Bin Muzri
30.5.19 – 21.7.19 (53hari)
#anaksyurgamamadaddy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Bertangguh Bawa Anak Suntik Vaksin, 270 Ribu Kanak-Kanak Bawah Umur 12 Tahun Dijangkiti Covid-19!
Siapa yang tidak sayangkan anak. Semua ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk terus melindungi anak-anak mereka. Pun begitu serangan Covid-19 di seluruh dunia yang masih mengganas, lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian baharu, Omicron bukan masanya untuk kita terus menunggu dan lihat.
Saranan kerajaan yang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun perlu disambut dengan baik oleh semua ibu bapa. Jangan bertangguh untuk membawa anak mendapatkan suntikan. Itu yang sebaiknya.
Malah perkongsian Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin seperti yang dikongsikan oleh Sinar Harian, tidak menolak kemungkinan ramai kalangan ibu bapa yang masih tidak berbuat demikian kerana mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Malah menurut perkongsian Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, kebimbangan tentang aspek keselamatan anak tidak sepatutnya timbul kerana banyak negara telah melaksanakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak.
Antaranya Amerika Syarikat, Eropah dan jiran kita, Singapura yang setakat ini menunjukkan kejayaan.
Keengganan ibu bapa yang masih tidak membenarkan anak mendapat suntikan vaksin wajar difikirkan sedalam-dalamnya kerana pada Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 270,000 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti Covid-19 antara Julai dan Disember tahun lalu.
Dalam tempoh itu, seramai 63 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Angka direkodkan itu seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua.
Terdahulu pada 3 Februari lalu, program menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak bertujuan untuk memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dibendung, sekali gus mengelak kluster dalam kalangan murid.
Setakat Selasa, seramai 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Syabas kepada ibu bapa yang bersetuju agar anak mereka diberi suntikan vaksin!
Menarik: Lepas Asyik Batuk Selesema, Akhirnya Terjawab, Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Paru-Paru
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI