Selalunya bila nak basuh toto, selimut besar atau comforter di dalam mesin basuh agak sukar. Susah nak dimuatkan dam tab mesin basuh, bila siap dibasuh tengok-tengok rosak. Span jadi nipis atau hancur.
Sebenarnya kalau anda berniat untuk mencuci sendiri toto, selimut dan comforter dalam mesin basuh, ada caranya. Tak bolehlah dicampak masuk dalam mesin basuh begitu saja. Nurul Ain Syed Mohd berkongsi cara yang betul untuk melakukannya.
Artikel Lain: [Cantiknya Art Piece Guna Daun & Frame Gambar Ni. Modal Tak Besar, Tapi Nampak Mewah!]
Pagi ini mommy basuh comforter.
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg.
Artikel Lain: [DIY Bakul Beroda, Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri. Senang, Tarik-Tarik Aje!]
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
INFO TAMBAHAN
*Guna cecair pencuci lebih sedikit. Elakkan penggunaan sabun jenis serbuk kerana ia akan melekat pada toto, selimut atau comforter.
*Jika ada najis atau kotoran melampaun, bersihkan terlebih dahulu. Cara cucian ini untuk kotoran minor sahaja.
*Sekiranya anda menggunakan cadar patchwork, boleh juga guna kaedah yang sama.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu membersihkan kotoran minor pada toto, selimut atau comforter di rumah. Caranya mudah sahaja rupanya dan paling penting dapat mengekalkan kualiti materialnya.
Tak adalah lepas membasuh tu kita mengeluh sebab rosak. Pemilihan cecair pencuci pun penting juga. Pilihlah jenis lembut dan sesuai untuk pelbagai jenis kain.