Rumah ada anak kecil, jika tertumpah air atau sisa makanan itu biasa. Tambah lagi bila anak dah mula pandai makan sendiri. Kadang pagi dah mop, beberapa jam kemudian, lantai dah melekit. Nak atau tak, ibu terpaksa mengemop beberapa kali bagi pastikan permukaan lantai bersih.
Bukan cerewet tetapi nak pastikan kebersihan untuk seisi keluarga. Jika anak dalam fasa mengutip lagilah kena lebih berhati-hati. Risau makanan yang terjatuh itu anak akan kutip dan makan.
Bukan itu saja, kadang karpet, sofa atau kusyen juga tak lepas dari kekotoran sisa makanan tumpah. Jika warna gelap mungkin tak nampak sangat, tapi sekiranya warna putih atau warna cerah, sakit juga mata melihatnya.
Jadi bagi membantu ibu membersihkan kekotoran tersebut, cuba buat cara yang dikongsikan oleh Norddin Ilias.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa ada anak kecil di rumah, nak menghias lebih-lebih susah sikit. Bukan apa, anak tengah melasak jadi apa saja kemungkinan boleh berlaku. Itu belum lagi kejadian air atau makanan tumpah di lantai, atas meja atau sofa.
Semua tu ibarat dah lali buat ibu bapa yang ada anak kecil ni. Itu sebabnya tetamu atau saudara mara yang datang tak boleh nak judge rumah ada anak kecil ni jika nampak berconteng di dinding atau di mana-mana sudut bahagian rumah.
Lagi satu yang selalu ibu susah hati bila nampak kesan tompokan air atau makanan tumpah di sofa hingga menyebabkan rasa kurang selesa nak duduk.
Bagi anda yang ada masalah ini, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Nurul Wahyu melalui Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY mengenai caranya membersihkan kesan tompokan pada sofa yang warna cerah dan mudah nampak.
Cara-caranya:
Mula-mula air panas saya letak dalam mangkuk. Lepas tu rendam dengan kain bersih dan lap di semua permukaan sofa bagi balance.
Lepas tu lap dengan kain kering. Akhir sekali biarkan kering menggunakam hydryer atau bawah kipas. Saya pakai kipas je. Memang berkesan dan hilang tompok semua.
Cara Hilangkan Kesan Conteng Di Dinding
Selain itu untuk ibu yang anak selalu conteng di dinding pun ada caranya nak hilangkan. Hanya guna tiga bahan ini. Berikut antara perkongsian tip dari Norhada Azhar.
Meh kakde share DIY mudah hilangkan #MURAL cantik kat dinding. Alahai anak. Membesar lah kamu dengan sihat.
UBAT GIGI
– Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding.
– Calitkan sedikit ubat gigi pada kain. Kemudian gosok di tempat kotoran pada permukaan dinding. Dan bilas dengan air menggunakan kain yang basah.
CUKA MASAKAN
– Kegunaa cuka amat banyak selain digunakan sebagai bahan masakan. untuk bersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, tuangkan cuka pada kapas dan sapukan pada kotoran.
BEDAK BABY
– Bedak juga mengandungi kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menaggal kesan kotoran pada dinding.
– Caranya sangat mudah, hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan dan lap sahaja menggunakan air bersih.
Lepas ni kalau anak buat lagi lukisan kreatifnya di dinding, tak perlu nak marah dah dan praktikan cara tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalunya ramai yang melabelkan anak kedua perangai lain sikit dan berbeza dengan adik beradik lain. Sikapnya orang kata susah nak dijangka tapi jika kena cara didikan dia boleh jadi orang yang hebat.
Istimewa juga anak kedua, mereka lebih pandai berdikari walaupun sesekali agak keras. Ingat walau apa sekalipun, anak-anak kita adalah amanah. Boleh jadi ia ujian, boleh jadi tauladan. Percayalah tiada anak yang lahir terus nakal, cuma kadang-kadang kita yang hilang kesabaran.
Bagaimanapun, perkongsian dari seorang ibu, Nur Haslaily benar-benar menyentuh hati dan boleh membuatkan sesiapa pun mengalir air mata. Beliau berkongsikan sisi lain anak keduanya yang membuatkan hatinya cukup tersentak sehingga tak mampu tahan air mata. Allahuakbar hebat angah!
Orang suka label anak no 2 lain dari yang lain
“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar. Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh. Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza. Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?” Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya. “Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu. “Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.” “Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.” “Amin. Amin.” Ibu sambut. “Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.” “Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.” “Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.” Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Tulusnya hati mu anak, air mata ibu mengalir laju
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya. “Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.” “Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.” “Amin Ya Robbal Alamin.” Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju. “Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.” Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label. Tanpa persepsi. Tanpa sangsi. Kata ulama, “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya, Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya. Begitulah juga kita manusia. Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya. Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.” Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Anak-anak kita semua ada kelebihan
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya.
Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah. “Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Nur Haslaily – Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti, Dahlia Shazwan yang terkenal dengan iklan Trivago suatu ketika dahulu mengakui dirinya banyak berubah setelah menerima kehadiran cahaya mata sulung pertama beberapa tahun yang lalu.
Perkongsian tersebut dikongsi olehnya dalam Pa&Ma Gala Award 2023, sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial.
“Perubahan besar dalam hidup saya lebih ketara bila jadi seorang ibu, bila jadi isteri tak banyak perubahan..cuma perlu adabt nak hidup dengan suami sahaja”
“Bila ada anak, dia tak faham kita sebab dia bayi. Kesabaran yang saya tak pernah saya tahu saya ada. Bila dengan anak, sifat sabar tu tak tahu datang dari mana. Setiap kali kita ada konflik dengan anak kita, dia tak tahu apa yang logik sebab kamatangan dari segi emosi tu tak ada”
“Setiap fasa dia lalui, saya akan cuba letak diri saya ditempat dia”
“Untuk 6-8 bulan pertama, syndrom mak anak pertama kita pun tak confident orang nak jaga anak kita. Kita burn out, saya hilang siapa saya sebab hidup saya ketika itu hanya berkisar tentang anak”
“Sejak tu saya tahu, kalau saya not in a good shape, saya tak boleh berikan terbaik untuk anak. Sejak umur anak 8 bulan saya mula percaya orang lain jaga anak saya. Banyak saya spend time untuk diri sendiri. Alhamdulillah bila spend time diri sendiri, saya rasa saya good mother yang tak perlu paksa sebab tiada paksaan”
“Bila dengan anak, saya akan betul-betul penuhi keperluan emosi dia. Bila keperluan emosi anak dipenuhi anak pun akan okey.
Ikuti perkongsian penuh Dahlia Shazwan sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.